Episode 7

216 116 2
                                    


Pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan. Jika perpisahan itu menyakitkan, penantian itu menyiksaan.

🌹🌹🌹


"Cik..cik..! Bangun cik! Cik okey tak?"

Terasa bahuku digoncang-goncang. Sayup-sayup kedengaran beberapa bunyi suara disekelilingku namun aku tidak berdaya untuk menjawab. Ku cuba untuk membuka mata namun samar pemandangan, dadaku terasa begitu perit, sakit yang mencengkam dan nafasku sesak.

"Kita tak boleh tunggu lagi, nadi dia lemah dan muka dia pucat. Tolong panggilkan ambulans, cepat!" Kedengaran satu suara menyusul. Bunyi suara seorang wanita pertengahan umur.

Aku hanya mampu mendengar bunyian di sekitar ku namun aku tidak berdaya untuk bergerak ataupun memberi respon, badanku lemah, nafasku tersekat dan dadaku begitu sakit. Terasa seperti nyawaku sudah diambang maut. Saat ini hanya mindaku yang masih sedar. Perlahan-lahan semuanya menjadi sunyi.

X X X X X X X X X X X X X

Kuching International Airport (KIA) tersergam indah di hadapan mata. Keadaan persekitaran sedikit sesak dibanjiri orang ramai dari pelbagai pelusuk, berbilang kaum dan bangsa. Perbezaan warna kulit dan juga bahasa semuanya dapat dilihat dan didengari disini kerana disinilah tempat pertemuan atau perpisahan.

Yang datang menjemput kenalan atau orang yang tersayang balik dari luar negeri atau luar negara, sudah pasti terpancar kegembiraan di wajah mereka kerana rindu mungkin atau bersyukur sebab dipertemukan kembali dan pulang dalam keadaan selamat tetapi bagi yang menghantar ahli keluarga, sanak-saudara atau sahabat handai untuk berlepas pergi ke sesuatu destinasi, sudah pasti perasaan sedih menyelubungi hati masing-masing. Segala emosi yang bercampur-aduk ada disini.

Dan apa yang kurasakan saat ini..

Aku marah, aku kecewa, aku sedih dan aku rindu. Marah kerana mengapa papa harus menerima tawaran bekerja di Kuala Lumpur dan mengapa kami sekeluarga harus berpindah kesana? Mengapa semua ini terjadi dalam masa yang begitu singkat?

Aku kecewa, ya sungguh kecewa kerana aku merasakan papa tidak mendengar keluhan ku, tidak peka dengan keinginanku dan tidak perduli akan perasaanku. Aku sedih kerana memori zaman kanak-kanak ku ada disini. Tempatku membesar. Disinilah kenangan ku, sahabat-sahabat ku.

Aku sedih harus meninggalkan itu semua, harus berpisah dengan semua ini dan dia. Ya, dia, lelaki yang bernama Cassidy. Yang hadir dalam hidup ini dan memberikan cintanya, yang berkongsikan kasihnya.

Mengapa ini semua harus terjadi? Airmataku bercucuran menelusuri pipi, ku kesat perlahan. Ku pejamkan mataku dan membayangkan gelak ketawanya, senyumannya, gurau-sendanya dan gelagatnya yang suka mengusik.

Jika saat ini dia berada disisiku dan melihat aku sedih, dia tidak akan biarkan, sudah pasti dia akan memujukku dan membuat lawak jenaka untuk menghiburkanku.

Namun tika ini, aku hanya dapat membayangkan wajahnya saja. Aku rindu...aku sangat merindui dirinya. Entah bilakah dapat dipertemukan kembali dengannya. Apakah cinta ini berakhir disini sahaja? Adakah itu hanya persinggahan kasih sementara?

Aku menarik beg bagasi berwarna merah jambu dan sederhana besar dengan perlahan. Melangkah lemah namun sekali-sekala dipercepatkan langkahku mengekori papa mama dan adik-beradikku yang berjalan di depan menuju ke ruang perlepasan di dalam negeri.

Tiba-tiba aku mendengar jeritan suara-suara melaungkan namaku di belakang.

"Gee! Suzi! Suziana!"

Pelbagai panggilan namaku disebut. Aku segera menoleh. Kelihatan sekelompok pelajar yang masih berpakaian sekolah berlari ke arahku, menjerit-jerit dan memanggil-manggil namaku.

CAS [Completed] ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora