Episode 12

173 94 2
                                    


Tidak semua perkahwinan lahir dari cinta sejati namun apa yang penting adalah pendampingmu itu sejiwa denganmu hingga nafas terakhir.

🌹🌹🌹

Tahun 2002...

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Aku sudah mengemas barang-barangku sejak semalam, bersedia untuk pulang ke rumah hari ini. Ada lagi rakan-rakan yang lain belum dapat pulang kerana masih menjalani peperiksaan mengikut bidang pengajian masing-masing. Ini sudah masuk tahun kedua aku belajar di Universiti Putra Malaysia untuk program Ijazah Pengurusan Perniagaan.

"Cuti panjang ni nanti apa aku nak buat?" aku bertanya kepada diri sendiri sambil menyimpan bekas sabun mandi dan segala barangan kebersihan diri ke dalam plastik termasuk baju-baju kotor yang tak sempat dibasuh.

"Best-nya awak, dah boleh pulang. I dengan Kiko masih ada ujian lagi," kata Ayu kepadaku.

Aku memandang ke arah Ayu Zureena Bt. Mohammad Dahlan yang sedang duduk di meja belajar mengulangkaji, petang ni dia ada satu lagi kertas ujian.

Aku tersenyum. Teman serumah aku ni memang cantik, namanya sesuai dengan perwatakannya yang lembut dan ayu, anak jati Taiping, Perak, mengambil jurusan Ijazah Perakaunan.

"Berapa lagi ujian yang tinggal Ayu?" tanyaku.

"Ada dua paper lagi, petang ni satu, yang satu lagi minggu depan. Kalau, tak, esok I dah boleh balik tau..haishhh," jawab Ayu sambil mengeluh. Aku tersenyum lagi.

"Tak mengapalah, sekejap saja tu. Yang penting jangan pula awak rasa patah semangat, fokus dalam ujian, habis ujian cutilah," aku segera mencapai air kotak milo yang ku beli semalam dan memberikannya kepada Ayu untuk menceriakan mood dia.

"Wah, terima kasih Gee. Pandai kawan aku ni pujuk hati yang gundah gulana ni yer," Ayu tersengih dan mencucuk pinggang ku yang membuatkan aku terkejut dan secara spontan kucubit bahunya. Dia ketawa.

"Hurmm, Kiko mana?" tanya ku.

"Pagi tadi dia ada ujian," jawab Ayu.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka dan seorang gadis yang tinggi lampai, rambut hitam lurus paras bahu masuk. Membawa beg galas yang kelihatan terlebih muatan, tak cukup dengan itu, penuh buku-buku ditangannya.

"Hah, tu pun dia. Baru saja kami sebut nama you tadi. Panjang umur kau," kata Ayu.

Kiko atau nama sebenarnya, Khyra Kho, orang KL ni berdarah campur. Tinggi lampai dan berhidung mancung. Memiliki rupa paras yang menawan. Kalau aku bediri hanya paras bahunya sahaja.

"Ooo.. Kamu berdua mengumpat pasal aku ya, jahat," Kiko mencebik muka dan menuju ke arah meja belajarnya.

"Eh, mana ada. Tak adalah. I tanya Ayu, you dekat mana sebab I dah nak balik dah ni," jelas ku sambil menunding ke arah beg-beg yang bersusun di tepi dinding menunggu masa untuk dibawa keluar.

"Oh, ya ke. Eee... Best-nya awak dah habis ujian, dapat balik bercuti dah. Kita orang terpaksa tunggu lagi seminggu. I tinggal dua lagi paper tau," ujar Kiko yang mengikuti pengajian Ijazah Sumber Manusia. Aku sekadar tersenyum.

CAS [Completed] ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz