Janna Wafdan 43

1.2K 56 1
                                    

(EDITED)


vote and comment❤️
uhuuhuuu



MASING-MASING kelu tanpa bicara. Baik along, Wafdan dan juga aku. Tambah pula tetamu lagi 2 orang di dalam rumah aku dan Wafdan, memang sunyi sepi walaupun 5 orang disitu.

Merungkai apa yang terjadi dari mula hingga menjadi nanah dalam rumah tangga aku dan Wafdan. Pun begitu, tak semudah yang aku nampak.

Ternyata, hakikatnya sangat menyakitkan. 2 orang wania telah dipergunakan Safwan hanya untuk membalas perbuatan aku yang telah menyebabkan dia digantung selama satu semester semasa di university dulu.

Tak mustahil dia mendekati Ashi kerana Ashi memang rapat dengan aku sejak dulu. Dan hanya itu motifnya yang aku nampak. Untuk membalas dendam.

"Aku tak tahu nak kata apa Janna. Sungguh aku tak ada rasa syak langsung pada dia. Tapi aku mula ragu-ragu hari kita graduate. Dia mula tunjuk perangai. Dah mula naik tangan dan marah-marah. Tapi aku masih tak curiga langsung sampai Wafdan sendiri beritahu aku tentang nombor yang aku tak pernah guna tu." Bergenang mata Nashirah apabila berkata.

Aku usap perlahan bahunya. Aku sendiri sukar untuk percaya. Tapi itulah kenyataan. Nak tak nak, hakikat pahit itu Ashi kena telan. Bukan sekali aku beri amaran, tapi dia sendiri enggan menerima.

Jatuhnya air mata Ashi turut membuatkan aku turut merasa sedih. Bila dijadikan mangsa oleh Safwan, memang sangat menyakitkan hati aku. Teganya Safwan buat Ashi begini. Naik tangan? Terlalu dayus lelaki yang memukul wanita.

"Huh! I pun bodoh boleh percaya lelaki macam tu. No wonder dia ajak I holiday dekat Sabah dulu semata nak jayakan rancangan bodoh dia tu. Bila phone berdering tak berhenti, dia kata orang salah number. Lepas tu terus blah ke toilet. Entah perempuan mana dia bayar untuk jawab call you tu. Padanlah seronok sangat bila I jumpa Wafdan." Fazira meluahkan kekesalannya. Tangannya melurut rambut ke belakang.

Aku dan Wafdan pandang sesama sendiri. Terlerai satu benda. Cumanya, entah. Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena.

"Pasal kes yang bilik hotel tu, macam mana dia tahu kau ada dekat hotel tu dengan Nik?" soal Nashirah tiba-tiba.

Nafas dihela perlahan. Aku urut pelipis. Eh! Pening lah aku dengan lelaki itu.

"Along rasa dia selalu follow Janna. Tapi kita saja yang tak peka. Tak tahu dia pasang niat jahat. Dia dekat dengan Ashi sebab Ashi bestfriend Janna. Dia dekat dengan Fazira sebab Fazira ex Wafdan. So dia boleh dapat info apa-apa dekat situ."

Laluan sudah tersedia. Safwan cuma lalu untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan menyakiti 2 orang wanita yang langsung tidak bersalah. Kenapa perlu meletakkan mereka sebagai batu loncatan? Hanya untuk membalas dendam atas perbuatan aku dulu?

Sangat biadap!

"Janna nak buat apa dengan lelaki tu?" Soal along tiba-tiba.

Aku menggelengkan kepala entah aku pun tidak tahu apa yang perlua kau buat untuk menyelesaikan masalah ini.

"Janna tak tahu along. Yang Janna nak tahu, kenapa perlu libatkan Wafdan kalau dia betul-betul sakit hati dengan Janna? Kenapa kalau ada dendam dalam diri dia perlu libatkan orang yang Janna sayang? Entahlah, Janna rasa nak bersemuka dengan dia depan-depan."

"Kalau kita buat report pun apa yang kita boleh buat. Atas tuduhan apa? Ada bukti dia follow Janna? Ada bukti dia dendam dengan Janna? Kita tak ada bukti kukuh. Kalau ada pun, semua akan berbalik pada Ashi juga nanti walaupun Ashi sendiri tak bersalah." Ujar Wafdan memberi pandangannya.

Along menggarukan kepalanya. Nampak buntu benar dengan masalah yang asalnya hanya melibatkan aku dan Wafdan tapi menjadi semakin rumit bila banyak orang yang terlibat angkara kami.

"Along fikirkan nanti. Korang jangan risau sangat. Yang penting, Wafdan! Jaga adik along elok-elok. Itu pun kalau tak nak merasa penumbuk along lagi lepas ni."

Kami ketawa. Wafdan hanya mampu menunduk menggarukan kepala sambil senyuman segan terhias dibibirnya.


TERASA bahuku ditepuk perlahan. Namun aku abaikan saja. Mata aku tetup rapat. Rasa megantuk masih menguasai diri setelah selesai solat asar tadi. Banyak kali juga Wafdan menegah aku tidur, at last, dia dah malas nak melarang. Maka dibiarkan saja.

"Bangun sayang. Dah nak dekat maghrib dah ni." Gerak Wafdan sambil menguis bahuku perlahan.

Aku merengek perlahan sebelum menukar posisi telentang kepada mengiring membelakangi dia. Orang mengantuk, dia suka pula nak mengacau.

"Sayang.... Bangun la." Seru Wafdan kian meleret. Macam dah mengalah.

"Janna mengantuk abang." Gumamku kepada dia. Antara dengar tak dengar. Kalau tak dengar tu nasib badan la. Malas nak ulang.

"Tahu mengantuk. Tapi dah senja sangat dah ni. Bangun la. Karang malam tak boleh tidur pula." Bebel Wafdan.

Sebab malas nak dengar Wafdan berleter panjang, baik aku bangun. Sebabnya kalau Wafdan membebel, lagi panjang dari aku.

Melihat aku mahu angkat tubuh untuk duduk, Wafdan lingkarkan tangannya ke bahuku. Lalu dia tersenyum. Dengan muka aku yang baru bangun tidur , rambut kusut macam kak limah pun, boleh senyum suami aku ni.

"Apa senyum-senyum? Tak pernah tengok orang baru bangun tidur ke?" mataku enjeling melihat dia. walaupun senyuman dia manis sekarang, tapi sebab rasa mengantuk, rasa nak berangin saja sekarang.

"Tak ada apa lah. Saja nak pandang isteri kesayangan abang ni. Salah ke?"

Aku menjeling lagi. Ayat tu... tak pernah kata tak manis. Apa yang keluar dari mulut Wafdan, semuanya manis-manis. Rasa nak kerat kaki saja rasanya.

"Eyy sayang ni. Sejak bila pandai menjeling ni? Geram abang. Rasa nak cubit-cubit. Dah la makin tembam sekarang." Komen Wafdan.

Bila mendengar perkataan tembam tu, terus aku mengalih mata melihat Wafdan. Fuhh panasss.

"Physical appearance jangan main-main eh. Sentap tahu tak? Dah kita tembam sebab dia juga, dah tu nak kata kita macam-macam. Benci la macam ni."

"Sayang makin manja eh sejak pregnant ni?" Wafdan membelai kedua belah pipiku.

"Tapi tak apa. Abang suka je bila sayang tembam dan manja macam sekarang. Makin comel je abang tengok."

Aku senyum.

Tanpa duga, nafas kami hilang 3 saat bila Wafdan satukan jarak kami. Terus mataku membulat. Terkejut!

"Evening kiss. Dah, pergi mandi. Pukul 6 dah sekarang. Abang nak turun bawah main game."

Wafdan bangun mencapai tuala di penyidai lalu dihulurkan pada aku.

"Abang kata dah dekat maghrib tadi!" aku bersoal geram bila rasa ditipu hidup-hidup.

"Well, itu je cara nak bangunkan orang yang taknak bangun."

Bayang Wafdan hilang dari bilik usai berkata. Eyy geram betul la!

Sejak bila entah pandai berjinak-jinak dengan game. Nasib kalau dipanggil, dia masih menyahut. Menyahut je la. Gerak tak pun. Mata terpaku pada kaca yang menegeluarkan cahaya tu saja. Kadang tu rasa malas nak mintak tolong. Ergh!

Dengan malas, aku bawa tuala masuk ke dalam tandas untuk mandi.









sorry. ini last chapter yang ada dalam draft sebab Shi dah lama tak buat backup untuk next chapter. selalu ada backup if shi busy tak sempat tulis. tapi kali ni memang busy sebab shi ambik 7 subjek sem ni. plus, online class memang kerja akan double dari selalu student dapat waktu di uni. penat dah nak nangis sebab stress gila kadang tu. tapi its okay. pengalaman kan... so, part 44 coming soon. tapi shi tak sure lagi tau bila. 

DEC 13, 2020

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now