Janna Wafdan 42

1.3K 56 4
                                    

(EDITED)


Quite bored...... sorry huhuhhuu


GADIS yang duduk selang semeja darinya dipandang penuh minat. Gadis yang bernama Janna Warda. Seorang lagi dia tidak tahu. Tapi sering kali Janna bersama gadis itu. Mungkin teman rapat.

Air di dalam gelas dikacau sebelum disedut menggunakan straw. Matanya masih tidak beralih melihat Janna yang kusyuk bercakap tanpa henti. Sesekali mereka berdua ketawa.

Bila kawan Janna pandang dia, dia terus alihkan pandangan dari memandang Janna. Tidak mahu dianggap mamat psiko walaupun pada hakikatnya dia ibarat gila bayang melihat Janna Warda buat kali pertama dulu.

Bukan sekali dia cuba hampiri, tapi Janna sering buat muka malas melayan. Kalau di library berseorangan, Janna pasti pasang earphone takpun headphone di kepala. Dimana-mana pun sama. Sama ada ke kelas, ke café, ke library kalau berseorangan memang benda itu wajib melekap di telinga Janna.

Terlalu nampak sangat jelas Janna tidak mahu bersosial dengan orang yang dia tidak kenali.

Hari makin hari, lelaki itu mula cuba untuk mendekat. Kerap kali Janna memandang lelaki yang sering ada dimana-mana itu. Kalau di café bersama Nashirah, pasti nampak wajah lelaki itu setiap hari. Entah mungkin jadual rehat sama atau lelaki ini psiko mengekori tanpa henti.

Hari ini, Janna cuba memberanikan diri. Dia nampak ada kelibat yang mengekorinya di belakang. Mujurlah jalan yang Janna lalui ini seringkali student guna kerana menghubungkan library dengan mall university. Lantas Janna beranikan diri untuk berdepan dengan lelaki itu.

Janna lajukan langkah. Lelaki itu turut berbuat perkara yang sama. Bila jarak mendekat, Janna hentikan langkah dan terus berjalan ke arah lelaki itu. Lelaki itu terhenti terkejut.

"Kenapa kau ikut aku?" soal Janna berani dan tegas. Dia berani kerana tempat ini terbuka. Dan tak mungkin apa-apa akan terjadi pada dirinya.

Lelaki itu terkesima.

"Ma.. ma.. mana ada aku ikut kau. Perasan betul kau ni ye?" balas lelaki itu dengan tergagap pada awalnya namun sempat selitkan perlian buat Janna.

"Kau fikir aku tak tahu ke yang kau selalu ikut aku sana sini tambah - tambah bila aku seorang diri?" Balas Janna dengan soalan lagi.

Memang benar dia tidak suka bersosial. Tapi dia tidak sebodoh itu untuk berjalan seorang sambil menyumbat earphone ke dalam telinga. Dia cuma masukkan wire earphone ke dalam baju namun ianya seumpama dia tidak hirau keadaan sekeliling.

Headphone pula dipakai dengan keadaan off dan sebelah terkeluar dari telinga. Janna begitu berjaga-jaga dan sebab itu dia tahu dia sering diekori.

"Eh, kau fikir kau cantik sangat ke sampai aku nak kena ikut kau? Kau ingat kau famous? Kau ada bukti ke nak tuduh aku ekori kau?"

Janna tersenyum sinis. Dia tidak sebodoh itu. Haruslah dia ada bukti.

"Berlambak bukti dalam phone aku ni. Kalau kau nak, aku berbesar hati untuk tolong kau passkan terus ke pejabat dekan." Balas Janna sinis.

Lelaki itu tercengang. Lantas Janna keluarkan telefon dan menunjukkan video dirakam ketika dia mengekori Janna.

"By the way, aku ada banyak lagi collection video ni untuk sebulan kau buat kerja tak berfaedah ni." Beritahu Janna lagi sebelum terus berlalu.

Seminggu selepas Janna perasan, dia terus merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbit. Apabila dia berjalan, terus button record video di'on'kan lalu tangan diletakkan disisi dan camera menghala ke belakang.

Itu semua atas nasihat uncle Ilyas untuk mencari bukti apabila Janna mengadu rasa diekori. Nasib dia come out dengan idea yang bernas ini.

Selepas daripada kejadian itu, Janna memang tekad untuk mengemukakan aduan ke pejabat dekan bersama bukti yang dia ada. Lelaki itu digantung kuliahnya selama satu semester kerana kehadiran yang tidak melebihi 60 peratus.

Janna beranggapan, tidak akan ada lagi gangguan daripada lelaki itu. Ternyata apa yang dianggap itu salah sama sekali. Lelaki yang dikenali sebagai Safwan itu datang menganggu dia dengan cara mendekati Ashi.

"Kau memang serius bercinta dengan Safwan tu ke?" Soal Janna apabila mereka tengah makan malam di rumah.

Ashi tersenyum bahagia sambil mengangguk.

"Haah. Dia ada tegur aku sem lepas dekat ig. Tak sangka meleret sampai macam ni. Dia baik tau Janna." Beritahu Nashirah siap dengan pujian.

Kala itu, Janna rasakan ini adalah petanda buruk. Safwan bukan lelaki yang baik. Bila uncle Ilyas tahu perkara sebenar, memang dibangkang habis-habisan bersama aunty Irma.

Tapi Nashirah tetap Nashirah. Menerima fakta berdasarkan penglihatannya sendiri. Sukar untuk percaya kata-kata orang lain. Memang itu bagus, tapi bagi situasi begini, itu adalah kelemahan Nashirah.

"Kau selalu kata yang Safwan tu tak sesuai dengan aku. Kenapa kau selalu kata macam tu? Jahat sangat ke Safwan pada mata kau? Pada mata semua orang sampai korang benci sangat dengan dia? dia tak pernah buat bukan-bukan pada aku. Dia hormat aku sebagai perempuan. Apa yang jahatnya? Cuba bagitahu aku terang-terang Janna, supaya aku faham kau dan kau faham aku."

Beritahu Nashirah terang-terang? Seterang mana lagi yang Nashirah perlukan? Tak cukup terangkah video yang Janna berikan? Memang Nashirah buta dengan cinta. Terlalu taksub dengan cinta Safwan. Itu yang menjelikkan hati Janna.

Nashirah tidak percaya. Dia kata itu cuma kebetulan. Malas hendak berkata lebih, Janna angkat bendera putih lebih awal. Itupun sebab Janna tidak mahu cetuskan pergaduhan mereka berdua disebabkan lelaki.

"Kalau kau taknak percaya, its up to you. Tapi aku harap kau tak menyesal dan belajar dari salah silap kalau suatu hari nanti terjadi benda yang aku taknak itu terjadi. Dan aku nak kau tahu, aku akan selalu dengan kau. Okay?" kata Janna bila dia sendiri tak mampu lenturkan buluh yang sudah dewasa. Takut kalau nanti dia terluka dan Nashirah turut patah kepercayaannya.

Bagi Safwan, tidak dapat cara bersih, banyak cara lagi yang boleh dia guna untuk mendapatkan Janna. Termasuk cara kotor. Tapi bila di dapat tahu Janna berkahwin pada awal semester 7, memang berang dia dibuatnya.

"Takkan ada siapa yang layak untuk kau Janna selain aku." Itu yang disematkan dalam kepalanya.

Hampir dia mengamuk tapi dia tahu, dia boleh gunakan Nashirah sebagai batu loncatan untuk mendapatkan Janna.

Hari demi hari dia mengekori Janna hanya untuk mengetahui perkembangan Janna. Bila dapat tahu suami Janna perlu fly ke Sabah, dia come out dengan idea yang boleh meruntuhkan rumah tangga Janna.

Tapi ternyata semuanya berantakkan tak seperti yang dia rancang.

"Tak apa. Aku banyak lagi benda yang aku boleh buat untuk hancukan rumah tangga kau Janna. Termasuk bunuh suami kesayangan kau tu."

Perhatian Safwan tertumpu kepada Nik apabila ternampak Nik bersama Janna di pejabat. Dari pandangan, dia sudah tahu Nik turut menaruh hati biarpun Janna itu hak orang.

Tapi Nik tak segila dia. Dia memang tekad orangnya. Dimalukan? Langsung dia tak kisah. Yang penting Janna itu milik dia selamanya.




DEC 1, 2020

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now