Janna Wafdan 34

1K 53 2
                                    

(EDITED)


matriyeeee semua... Semoga sihat selalu❤️


HARI kerja begini, aku hanya melepak dirumah. Along minta aku berehat dirumah sebab sejak dua menjak ini, aku kurang fokus mahupun ketika melakukan kerja. Entah kenapa, sejak balik dari rumah mama dan abah mertua aku tempoh hari, aku jadi banyak berfikir sebab hati merasakan bagai ada sesuatu yang akan terjadi.

Pernah aku bercerita pada Wafdan, tapi Wafdan kata mungkin aku terlalu overthinking.

Perempuan, hobinya memang overthinking.

Bila Wafdan kata begitu, aku hanya mampu menerima biarpun hati aku menafi sekeras-kerasnya apa yang Wafdan katakan itu. Jadi sejak itu, aku jadi malas nak bercerita kalau itu respon Wafdan berikan pada aku.

Dari bilik tidur, aku turun ke ruang tamu. Semua sudah siap dikemas. Sekarang sudah jam 1.00 petang. Perut lapar tapi malas mahu masak. Wafdan pula katanya tak pulang untuk makan. Jadinya aku hanya membancuh secawan milo ais untuk melapik perut.

Telefon bimbit yang berbunyi di ruang tamu buat aku kembali ke sana dengan cepat. Nama Ashi terpapar di screen telefon.

"Lambat angkat. Dating ke?" soal Ashi setelah aku menjawab salamnya.

"Mana ada. Aku dekat rumah ni. Cuti. Kau apa tahu. Dah la tinggalkan aku dekat sini." Balas aku.

Sebaik saja habis tempoh internship, Ashi tidak berniat untuk berkerja terus disitu. Ashi kata dia ingin mencari pengalaman baru di syarikat milik keluarganya. Berkerja bersama Wafdan.

"Hahahaha.. sorry girl. Tapi kau tahu papa aku. Kalau boleh papa nak aku kerja dengan family. Iya lah, memandangkan aku ni tak minat law, mana boleh nak sambung firma papa aku tu."

Aku membalas dengan ketawa. Ashi pernah bergaduh besar dengan Uncle Ilyas sebab tak mahu sambung asasi dalam bidang guaman. Nasib ada kaklong yang sanggup belajar law tapi kaklong terlebih dahulu nak jadi pensyarah.

"So, kau macam mana sekarang. Dah lama tak jumpa kau. Okay tak kerja?"

"So far aku okay je kerja tempat baru. Tapi kau tahu je lah, aku nak kena sesuaikan diri dengan environment kerja kat sini, dengan pekerja yang lain semua macam takut nak kawan dengan aku."

"Lah, kenapa pula?" Milo sitangan aku sisipkan sedikit.

Sedap pula minum milo terlajak pekat ni. Terlajak masukkan milo tiga sudu, memang minta potong kaki awal betul ni gayanya.

"Bila dia orang dapat tahu aku ni sepupu Adan, dia orang macam takut. Entahlah dia orang." Adu Ashi dengan nada mengada.

Kalau aku di depan Ashi sekarang, mungkin dah melekat tangan aku di belakang badannya.

"Suami aku garang kot kat tempat kerja?" tanya aku kepada Ashi. Sengaja mahu tahu karakter Wafdan di tempat kerja. Wafdan selalu chill saja di rumah. Cool. Walaupun hari itu, dia pernah marah aku. Tapi itu pun sebab cemburu. Tak lah sampai menengking.

"Mana ada lah. Husband kau okay je. Friendly je dengan semua orang walaupun aku pernah tengok dia marah pekerja dia buat kerja salah. Tapi after that, dia okay balik. Tapi kalau nak dibandingkan, mungkin ayah mertua kau, tegas gila bab kerja." Cerita Ashi serba sedikit.

Aku ketawa kecil. Abah di rumah nampak sangat friendly. Selalu tolong mama di dapur. Tak tahu pula kalau daddy memang garang orangnya.

Dan semestinya semua orang ada karakter yang bebeza di setiap situasi. Macam ketika group discussion waktu zaman university dulu, aku sangat tegas. Tapi lepas meeting, bertukar menjadi orang lain.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now