Prolog III

2.3K 113 1
                                    

(EDITED)


Aku hanya duduk berseorangan di kerusi panjang di kawasan air terjun buatan rumah uncle Ilyas dan aunty Irma. Kebanyakan ahli keluarga dan sepupu Nashirah berkumpul di dalam rumah dan ada sebahagian di luar rumah. Sengaja aku lari dari suasana begitu kerana aku rasa sedih secara tiba-tiba.

Kerana sepanjang berlansungnya majlis sambutan ulang tahun Nashirah yang ke 18, aku jadi teringat dengan nasib diri sendiri yang tidak mempunyai orang tua. Biarpun ahli keluarga Nashirah sangat baik orangnya, tetapi mereka bukan keluarga sebenar aku.

Pernah aku bersoal kepada umi Yanti, siapa ibu bapa aku? Kemana dan mengapa mereka pergi tinggalkan aku? Kenapa aku perlu tingga disini?

Dan pernah aku menyoal takdir sendiri kenapa aku perlu lalui semua ini sejak kecil sampai menginjak umur 18 tahun. Tidak berhasratkah mereka untuk mencari aku setelah meninggalkan aku sendiri untuk masa yang panjang? Atau lebih panjang masa yang mereka perlukan?

"Janna! Hei, kenapa lepak sini sorang-sorang?" tegur Ashi dari jauh dan kemudiannya melabuhkan duduk di sebelah aku. Salah seorang sahabat yang mengenali aku sejak 9 tahun yang lalu.

"Saja nak duduk berseorangan. Muak dah aku tengok muka kau 9 tahun tak berubah." Gurau aku dengan mencebikkan bibir melihat Ashi.

Seketika kami berdua bepandangan dan terus meletus ketawa kami disitu. Perlahan Ashi rangkul bahuku lalu aku lentokkan kepala aku dibahunya. Sungguh dia memahami aku. Tidak bertangguh lama, jatuh terus air mata yang aku tahan dari tadi.

"Kau tahu Ashi, dalam dunia ni, yang aku ada hanya umi Yanti, aunty Irma, uncle Ilyas, kak long dan juga kau saja. Yang lain aku tak kenal seperti aku kenal korang. Hatta ibu bapa aku sekali pun." Luahku padanya tanpa dipinta.

Ya memang. Aku langsung tidak tahu siapa orang tua aku. Aku hanya mengenali mereka dengan sebaris nama saja. Ahmad Sufyan bin Aziz dan Nur Elina binti Zamri.

"Kau ada aku. Dan aku ada kau. Selalu."

Dan ketika itu, seluruh mukaku menahan rasa panas akibat malu apabila seorang lelaki memandang gelagat kami. Terus aku angkat kepalaku dari bahu Ashi sehingga membuatkan Ashi tersentak.

"Kau kenapa?" soalnya cuak.

Aku tidak menjawab. Hanya memandang figura yang tidak jauh dari kami yang sedang memegang gelas berisi air.

Lelaki itu tersenyum sinis sambil mengangkat keningnya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dengan muka yang menahan malu.


So, who is that guy?😍

I would like to see your vote and comment ❤

AUG 5,2019

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now