Janna Wafdan 14

1.2K 72 1
                                    

(EDITED)


Are you ready for the next chapter??

Vote first. Hahahaa😂

Enjoy your reading lalingg🌼




ENCIK Nik, rakan kepada Encik Affan tidak habis-habis menghubungi aku waktu malam ini sehingga aku terpaksa silentkan telefon. Malas nak dengar telefon itu menjerit berbunyi.

Hati aku risau kalau-kalau Wafdan cemburu dengan tingkah Encik Nik. Sudah begitu seminggu yang lalu. Tiap malam ada saja nak dikacau.

Kalau hal kerja tak apa lah juga. Ni bertanyakan makan malam. Buat apa malam ni. Tengah buat apa. So annoying. Entah siapa yang memberikan nombor telefon aku kepada Encik Nik itu.

Amelia ada berpesan yang Encik Nik tu sama saja dengan Encik Affan. Tapi tahap buaya Encik Affan tak seperti Encik Nik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mahu saja dibuat stok teman wanita.

Encik Nik menjawat jawatan Project Manager. Ada juga yang kata Encik Affan dan Encik Nik sepupu. Tapi mengikut pengetahuan Amelia, mereka itu satu university.

Aku duduk di sofa mengahadap telefon. Dada telefon yang masih berkelip-kelip membuatkan aku tekad untuk meletakkan telefon dalam mod power off. Biarlah!

"Sayang... mengeluhkan apa tu?" tanya Wafdan yang muncul dari dapur.

Tangannya memegang dua gelas air milo sejuk, diletakkan di tas meja depan kami sebelum dia berlabuh duduk.

Aku menayang senyuman sambil menggelengkan kepala. Tak nak lah dia risau tentang lelaki yang menelefon aku itu. Lagipun aku tak mahu bercerita. Bimbang kalau-kalau Wafdan suruh aku practical di officenya. Lain ceritanya pula nanti. Lagipun, cemburu Wafdan jangan dibuat main.

"Tak ada apa abang. Thank you buatkan air. Janna nak tolong buatkan tadi abang ak bagi."

Wafdan memaut tangan pada bahuku. Perlahan aku labuhkan kepala di dadanya. Best place ever!

"Tak payah nak mengada. Macam lah buat air tu susah sangat." jawabnya laju.

Terdiam sebentar. Mataku kembali melihat drama kore bertajuk Decendant of The Sun. Sengaja menghasut Wafdan sekali layan kdrama. Selalu aku seorang saya beria depan TV  sebab dah tak ada geng. Kali ini memang kena hasut Wafdan join sekali.

Rasa sudah lama kami tidak meluangkan waktu begini. Mungkin? Sebabnya aku dah sibuk dengan practical. Wafdan pula sibuk dengan urusan kerjanya yang kadang membawa dia pulang ke lewat petang.

Tak pernah lagi lewat malam sebab Wafdan risaukan aku di rumah. Kalau kerjanya terlalu banyak di office, pasti diusung hingga ke rumah segala kerja itu. Berjaga Wafdan hingga pukul 3 pagi semata-mata menyiapkan kerja.

Workaholic!

"Janna macam mana dekat office? Okay tak? Ada orang ganggu isteri abang?" Wafdan bersoal. Tapi soalan terakhir tu macam... membunuh sikit.

Instinct seorang suamikah itu? Mungkin...

Terasa berat mulut mahu menjawab.

"Erm... so far okay la. Officemate pun semua baik-baik. Tapi ada la dua tiga orang yang macam suka membuli sikit. Tapi Janna okay je selagi cukup tangan kaki nak handle." Ceritaku serba sedikit

Wafdan ketawa kecil.

"Buli? Kuno betul orang macam tu. Dah masuk alam pekerjaan pun nak buli lagi. Kalau dia orang buli Janna, Janna lawan saja. Jangan nak menurut sangat. Nanti makin naik lemak kalau selalu diturutkan." Pesan dia.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now