Janna Wafdan SE 2

1.2K 52 2
                                    

(EDITED)


TANGANKU meraba jasad di sebelah aku. Kosong. Cepat-cepat aku bukakan mata. Jam LED di sisi katil baru menunujukkan pukul 4.00 pagi. Tapi Wafdan sudah menghilang dari katil.

Rengekan Amaya membuatkan aku berhenti berfikir sebentar tentang Wafdan. Budak kecil ni waktu-waktu ni memang suka berbunyi nak ditepuk. Aku bangun menghampiri baby cot Amaya yang rapat dengan dinding. Penepuk perlahan punggung si kecil itu sampai dia kembali nyenyak tidur.

Semalam aku nak angkat, Wafdan tak benarkan. Takut Amaya tersedar. Aku akurkan saja.

Aku perhatikan lagi jam LED. Pukul 4.17 pagi. Lantas aku keluar dari bilik. Lampu dapur masih belum dipasang.

Aku hela nafas perlahan. Langkah kaki dibawa ke bilik solat yang Wafdan ubah suai untuk kami bersolat disitu. Pintu yang seikit renggang itu mengeluarkan sedikit cahaya. Perlahan-lahan aku hampiri. Terdengar esah seseorang yang perlahan kerana dikawal.

Hatiku kembali terasa sakit. Tiga bulan dulu, Wafdan kerap bangun pagi dan menangis hampir sebulan. Selepas itu, hampir dua bulan tidur Wafdan kembali nyenyak seperti biasa. Namun hari ini, entah apa yang triggered Wafdan untuk menangis seperti ini lagi.

Aku kesat air mata yang jatuh ke pipi. Aku atur nafas supaya kembali stabil. Tak mahu untuk Wafdan nampak aku lemah untuk menjadi kekuatan dia.

Pintu bilik itu aku kuak. Dari belakang aku nampak dia tersedu-sedu ditikar sejadah. Perlahan-lahan aku duduk bersimpuh disebelahnya. Tanpa memandang dia. Cuba untuk mengairkan air mata biarpun aku pun tak pasti dengan diri sendiri. Yang penting, aku mahu dia sedar yang aku sentiasa ada dengannya.

"Abang rindu mereka."

Aku kalih melihatnya bila dia mula bersuara. Seperti selalu, air matanya masih jatuh membasahi pipi. Aku pula, cuba untuk tidak menangis untuk kali ini.

"Sepatutnya, tahun ni kita beraya dengan mereka kan sayang?"

Aku anggukkan kepala.

"Tapi mereka dah tak ada." Air matanya jatuh lagi dan lagi.

Tak pernah aku lihat dia menangis begini. 3 bulan yang lalu, dia menagis, tapi tak teresak-esak begini.

"Dah 3 bulan. Tapi abang masih rindukan arwah mama dan abah." Wafdan kalih melihat aku. Kolam matanya penuh.

Matanya penuh sesak dengan rindu tak tertanggung. Rindu arwah mama dan abah yang meninggal dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk. Mama ketika itu diserang demam panas dan abah memandu untuk membawa mama ke hospital.

Dan kala Wafdan mendapat berita itu, dia jatuh terduduk menerima panggilan daripada pihak hospital. Jangan katakana Wafdan, Wafri yang turut rapat dengan mama dan abah turut rasa kehilangan bila asyik bertanya, "Kenapa tinggalkan atuk dan nenek dalam tu? kesian atuk nenek." Bersama-sama suara yang serak mahu menangais.

"Sayang rasa abang ni tak boleh terima kenyataan ke?" soalannya buat aku tersedar. Aku ukirkan sedikit senyuman untuk redakan amukan kesedihan dalam hatinya.

"Tak. Abang cuma rindu dan sedih. Abang terima, cuma abang rindu mama dan abah." Balasku perlahan dengan nada suara yang lembut.

Bila Wafdan tatap dalam mata aku, aku sedar, dia mahu aku redakan kesedihan dia. Aku depakan tangan menyuruh dia masuk dalam pelukanku.

Tak lama, Wafdan terus rebah dalam pelukan aku. Aku usap belakangnya. Masih terasa saki baki esakannya.

Tak mengapa. Aku akan terus-terusan pujuk hatinya supaya terus kuat.

"Terima kasih sayang sebab selalu ada dengan abang, tanpa abang pinta untuk sayang teman abang macam ni."

"You're my husband. Mestilah Janna akan selalu dengan abang. Selalu ada."




RIUH rumah mummy dan daddy dengan pekikan suara cucu-cucu mereka bergabung bermain bunga api di luar rumah. Tak kira Wafri dan Amaya, suara Adra, anak along dan Amelia yang baru berusia 3 tahun pun sama naik.

"Itu baru 3 orang cucu mummy. Ni kalau mummy request ramai-ramai, mau pening semua orang nak layan." Omelku pada mummy.

Mummy ketawa mengekek. "Mummy suka aje cucu ramai-ramai. Ni bila lagi nak bagi mummy dengan daddy cucu?" soal mummy.

Aku pandang Amelia. Amelia pandang aku. Kemudian kami kalih memandang Wardina.

Mata Wardina berkelip-kelip memandang aku dan Amelia.

"Apa kaklong dengan kak Janna pandang Dina? Dina tak involve eh dalam soalan mummy." Tukasnya cepat.

Aku menyengeh. Konon tak involve. Haritu tiba-tiba ada seorang lelaki dengan beraninya datang berseorangan dengan niat meminta restu mummy daddy mahu berkawan dengan Wardina. Seminggu lepas tu, terus ikat tali pertunangan. Laju gila!

Bila disoal siasat, rupanya lelaki yang kejarkan Wardina dari zaman university dulu. Along pernah warning lelaki itu dulu, berjanji, kalau nakkan Wardina, pastikan ekonomi stabil dulu. Tak kisah kerja apa, yang penting stabil. Kemudian, jumpa mummy dan daddy sebab Wardina masih ada ibu bapa.

Along sendiri tak sangka yang lelaki itu datang dengan janji yang telah dikotakan. Along terus approve tanpa berfikir panjang. Along kata, lelaki yang bernama Nubhan itu lelaki yang boleh menjaga Wardina seadanya.

Rasanya dah 5 bulan mereka bertunang. Bulan depan dah nak langsungkan perkahwinan.

"Ya la. Dina kan nak kawin tak lama lagi. Kiranya kaklong dengan kak Janna dah settle. Tunggu Dina lah pulak bagi anak sedara dekat kami. Tak gitu mummy dan Janna?" Kata Amelia sambil menahan tawa melihat muka Wardina yang sudah kemerahan.

"Betul!" serentak suara mummy dan aku bergabung di ruang dapur sampai memecahkan tawa kami tiga beranak. Wardina pula menjeling.

"Mummy ni.... Eiii geramlah Dina bila kaklong dengan kak Janna ada sekali. Terus mummy join masuk air sekali." Rungut Wardina. Tangannya masih ligat memotong daging nak dibuat rendang untuk raya esok.

"Qayeed bila sampai mummy. Malam raya gini belum sampai, kang tak beraya dia esok." Kataku menukar haluan perbincangan kami.

"Katanya malam ni sampai. Tak pula beritahu pukul berapa. Tapi nasib baik tahun ni dapat balik raya Malaysia. Kalau tak, meraung lagi gamaknya macam haritu." Kata mummy.

Aku ketawa kuat bila teringatkan beberapa tahun lepas, kali pertama Qayeed beraya sendirian. Last-last kena prank. Tahun seterusnya, Qayeed dah ada kawan-kawan untuk beraya sekali. Siap hantar gambar buat lemang instant lagi. Perghh, padu anak lelaki mummy yang tu.

Tapi, katanya tahun ini memang nak balik rumah. Nak jumpa anak buah. Qayeed kata takut kalau tak balik raya tahun ni, tahun depan anak buah dah double. Dah tu tak kenal paksu dia.

Tu dia. Dia punya berangan sampai anak buah yang dari 3 double jadi 6. Fikir kilang? Heh!

"Tadi Affan kata, nak pergi ambil Qayeed dalam pukul 10 gitu. Ni nak dekat pukul 10, dah gerak kot." Sampuk Amelia.

Mummy mengangguk. Tak lama, mummy kembali bertanya.

"Wafdan macam mana? Okay ke dia?" mama pandang aku.

Aku mengangguk dengan senyuman. "Insya Allah. Dia makin okay. Cuma sesekali tu, dia rindu." Beritahuku ringkas.



TBC...

MAY 13, 2021

S H I

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now