Prolog II

2.7K 127 2
                                    

(EDITED)


Si isteri yang menangis tanpa henti itu membuatkan si suami terpagut sayu. Bukan dia tidak kasihankan isterinya itu, namun keadaan memaksa mereka untuk berbuat begitu. Mereka bukan tiada pilihan, tapi pilihan itu yang lebih selamat dan sekaligus menjaga masa depan anak gadis yang masih dalam pelukan isterinya itu.

"Ina baru bersama Janna 2 bulan abang. Ina sayangkan dia. Kesian dia abang kalau kita tinggalkan dia di sini. Kesian anak kita kalau membesar tanpa kita." Kata si isteri dalam nada yang sayu. Sedih hatinya untuk meninggalkan satu-satunya anak gadis yang baru dilahirkan 2 bulan lalu.

"Abang tahu Ina. Tapi, ini saja pilihan paling selamat setakat ini. Kita sama-sama sayangkan Janna, tapi apa yang kita boleh buat untuk masa sekarang ni. Dia kecil lagi sayang. Kalau dia masuk dalam dunia kita, dia tak akan selamat." Perlahan saja suami itu mengucapkan ayat terakhir.

Isterinya itu terdiam. Memikirkan apa yang dikatakan suaminya. Semuanya benar. Tapi anak itu...

"Kalau kita tinggalkan dia disini, dan kita balik ke sana. Setidaknya dia selamat." Pujuk suaminya lagi.

Air mata si isteri masih jatuh bertali arus. Teresak-esak tanpa suara. Menahan rasa esak itu sama hebatnya menahan rasa sakit untuk meninggalkan bayi comel yang diberi nama Janna Warda. Kombinasi nama yang indah yang membawa maksud syurga dan bunga mawar. Seindah anak gadisnya ini.

"Mummy janji, mummy dan daddy akan datang cari Janna kembali. Walau apa pun yang terjadi, Janna tetap mummy sayang biarpun kita akan berjauhan untuk tempoh masa yang lama."

"Janna anak mummy, tolong jadi anak yang baik untuk mummy dan daddy. Biarpun kita jauh, restu mummy dan daddy selalu mengiringi setiap langkah dan perbuatan Janna." Teresak-esak dia meluahkan kata. Lalu dilabuhkan ciuman disegenap wajah anak gadis itu.

Isteri itu menghadap suaminya. Matanya tertangkap mata merah suaminya itu. Dia tahu, mereka masing-masing sedih. Diamuk perasaan bersalah, sayang dan rindu yang semuanya bercampur baur. Tapi apakan daya.

Lalu bayi itu dihulur kepada si suami. Sendu senyuman suaminya itu ketika menatap bayi yang sedang tidur itu.

"Daddy akan datang sini balik untuk cari Janna. Daddy dan mummy minta maaf tinggalkan Janna sayang. Maafkan kami." Akhirnya benteng air mata yang ditahan tadi turut jatuh berlinangan.

Janna dihulurkan kepada Yanti. "Jaga anak aku baik-baik. Didik dia seperti namanya. Kau saja harapan yang aku ada, Yanti."

Yanti hanya mengangguk perlahan. Lalu perlahan berlalu dari tempat itu. Meninggalkan pasangan itu dengan satu amanah yang berat.

"Abang, Janna..."

Maafkan daddy, Janna. Kami terpaksa. Demi keselamatan Janna. Kerana di luar sana, ramai yang kejarkan Janna. Kerana apa yang kita ada, buat mereka ingin hapuskan keluarga kita.

Ketahuilah Janna, kami buat semua ini untuk masa depan Janna. Ini yang terbaik kami mampu berikan pada kamu, anakku.

Kerana sayang kita terpaksa berpisah. Dan kerana masa kita akan bertemu semula.

Saat ini adalah saat yang tidak adil untuk mereka. Kerana harta, tumpah darah pun sanggup. tapi bukan anaknya sebagai mangsa.

"Kita kena pergi sekarang."

What do you think about this? Mind to share your thought?

Love love♥♥

AUG 4,2019

Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now