Janna Wafdan 22

1.1K 67 2
                                    

(EDITEd)

VOTE AND COMMENT ARE NEEDED


"JANNA! Buka pintu ni."

Mendengar suara along di sebalik pintu yang berkunci, aku terus bangkit untuk membuka. Belum sempat aku membuka, along terlebih dahulu menolak.

Tubuh Along dan Amelia berdiri di depan pintu. Along nampak cemas. Amelia nampak penuh dengan kemusykilan.

"Amelia, boleh bagi kami ruang kejap?" tanya along penuh berhemah.

Mungkin dia tahu, Amelia belum tahu hubungan kami yang sebenarnya.

Amelia angguk kepala perlahan. Kemudian dia mula melangkah pergi dari ruangan itu. Mungkin mahu masuk ke biliknya.

"Amelia... it is not like you think. Aku janji aku ceritakan semuanya. But please, don't be mad at me."

Aku tahu yang Amelia kecewa. Siapa yang tidak kecewa bila melihat orang yang disayangi mencari orang lain. Itu yang aku rasakan apabila menerima gambar yang tidak tahu pengirimnya.

Amelia senyum tawar sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

Along menarik aku ke dalam bilik. Pintu dikunci rapat.

"Kenapa? What happened? Kenapa tak nak balik rumah? Kenapa nak bersembunyi?" soalan along yang bertalu-talu itu langsung aku tidak mampu menjawab.

Ianya membawa aku ke rasa yang sakit. Rasa yang kecewa teramat sangat. Rasa dikhianati. Its hurt damn much. Lalu, air mata yang aku tahan kembali jatuh.

"Shhh. Jangan macam ni. Beritahu along apa yang jadi? Siapa buat adik along menangis?" along membawa aku ke dalam pelukannya. Mengusap belakang badan aku yang teresak-esak bersama tangisan.

Bengkak mata semalam belum lagi reda. Ditambah dengan tangisan yang baru membuatkan mata aku terasa pedih. Namun tak sepedih perasaan aku sekarang.

Wafdan, jangan buat Janna macam ni. It's hurt me. So much. Tolong jangan tipu Janna. Tolong jujur dengan Janna.

Masih ada beberapa jam sebelum Wafdan pulang. Berkemungkinan Wafdan akan pulang pada esoknya. Seperti yang dia pernah kata sebelum berangkat. Nampaknya aku harus kuat untuk menerima segala jawapan bagi soalan yang aku mahu pertanyakan.

Kadang itu, bila kita mencari dan jawapan yang kita dapat itu tidak seperti yang kita mahukan membuatkan kita rasa menyesal. Menyesal kerana mencari. Kalau boleh diundurkan masa, pastinya aku tidak akan menelefon Wafdan pada malam itu.

Dan jika aku tidak menelefon, barangkali aku tidak akan sakit hati seperti ini.

Huh! Aku buntu. Sangat buntu.

"It's okay kalau Janna nak diamkan. Tapi kalau meluahkan itu buat Janna rasa lega, you know where to find me. Okay?"

Aku membalas dengan anggukan perlahan. Biarlah ini tangisan terakhir aku sebelum Wafdan pulang.



AMELIA nampak keresahan. Sekejap-sekejap dia memandang aku. Sekejap kalih memandang televisyen di depan bila aku berpaling melihatnya.

Dari tengah hari tadi lagi Amelia diam. Tidak bercakap banyak apabila aku menyoal. Tidak seperti selalu. Aku rasa sangat awkward. Rasa macam duduk serumah dengan stranger.

"Kalau kau nak tahu tu, tanya je lah. Janga mcam nak tanya." Lampu hijau aku buka apabila Amelia mengerling aku untuk ke sekian kali. Aku kalih melihat Amelia. Dia menelan air liur.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now