Janna Wafdan 29

1.1K 68 2
                                    


(EDITED)

Assalamualaikum semua. sorry lambat update. So before that, Selamat Hari Raya kepada semua followers Shi dan pembaca Janna Wafdan dan books yang lain-lain. Shi nak minta maaf kalau ada salah silap sepanjang Shi dengan korang selama ni. macam, lambat update, terlepas baca comment dan macam-macam lagi.

raya ni, jangan pergi merata-rata tempat tau. kalau boleh, duduk je rumah untuk keselamatan diri kita dan orang lain. plus, jangan tinggalkan amalan baik kita di bulan puasa haritu. teruskan istiqamah. lepasni, kita puasa sunat 6 hari bulan Syawal dan ganti puasa pulak eh... okay byeee..

jom baca!



AKU fikir sudah tiada gangguan daripada Encik Nik. Ternyata, firasatku salah sama sekali. Lewat petang begini, dia masih menyendeng disebelah aku. Silap aku tidak mambawa kereta pada hari ini kerana aku sangat malas memandu. Kalau tidak, mesti tak akan jadi begini.

"Belagak betul awak dengan saya kan Janna. Haish." Katanya bersama dengusan dihujung ayat.

Sudah berapa kali aku katakana kepada dia yang aku sudahpun berkahwin. Pun begitu lelaki ini gayanya sangat susah untuk mempercayai kata-kata aku. Dah naik berbuih mulut aku. Nak kena mengaku sepupu baru nak berhenti menganggu mungkin?

"Mana ada saya belagak Encik Nik. Saya cuma tak suka orang sekeliling mengata belakang saya. Lagipun saya dah bersuami."

Memang pun. Ramai orang mengata dibelakang aku. Tak padan dengan intern!

Eh helloo! Intern bukan sekadar intern okay. Kalau mereka tahu aku anak kepada shareholder terbesar dalam syarikat ni, mahu esok buat pres conference untuk permohonan maaf terbuka.

Over tau!

"Saya baru tahu awak dah kahwin Janna. Eh no, baru percaya yang awak dah pun berkahwin." Encik Nik membalas dengan senyuman hambar.

"Teruk betul awak ni. Lain kali bagi tahu saya awal-awal yang kita ni sepupu. Tak ada lah saya nak mengorat awak macam tu sekali. Habis saya ke libas dengan Affan haritu tahu tak." Katanya lagi.

Aku sudah membulatkan mata. Dia dah tahu? Like seriously!

"Err, macam mana Encik Nik tahu? " aku bersoal kembali. Rasa ingin tahu membuak-buak.

"Siapa lagi? Haruslah abang awak. Si Akram Affan tu. Qayeed pun selalu mention nama awak waktu saya pergi rumah parents awak minggu lepas. Malu tahu tak test market dengan sepupu sendiri." Katanya lagi dengan nada yang agak menyampah dihujung ayat.

Aku hanya mampu ketawa. Itulah. Sudah berbuih mulut aku cakap yang aku ni isteri orang. Dia yang tidak mahu percaya. Jadi salah siapa? Jatuh salah pada aku ke?

"Saya dah cuba bagitahu okay sebelum-sebelu ni. Awak yang tak ambil kisah."

"Nanti kenalkan lah husband awak dengan saya tau. Nak kenal juga siapa suami sepupu saya. Iye dok?"

Aku mengangguk meniyakan kata-katanya.

"Boleh saja. Husband saya pun tak berapa kenal lagi dengan family dan sepupu saya yang lain. Saya sendiri pun tak berapa kenal."

"Alah, berapa kerat sangatlah sepupu yang kita ada. Ayah kita tu dua beradik saja. Dalam family kami, saya sorang je. Family awak meriah sikit. Affan, Dina dengan si Qayeed tu."

Oh, baru aku tahu. Ayah Nik sebenarnya anak sulong dalam keluarga manakala daddy merupakan anak terakhir. Hanya mereka berdua sahaja.

"Jom saya hantarkan awak balik lah kalau macam tu. Dah petang ni."

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now