Janna Wafdan 4

1.4K 86 0
                                    

(EDITED)


Vote and comment please🤗


AKU perhatikan lagi dada telefon yang masih tidak ada notifikasi daripada Wafdan. Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Takkan masih tidak sampai di rumah. Selalunya, Wafdan kalau tiada aku disisi, dipecut kereta Audi A5 tu tak kira masa. Mana mungkin masih belum tiba di rumah.

Dah la duduk rumah seorangan. Risau pulak hati aku bila mengenang encik suami yang seorang tu.

Tanpa menunggu panjang, aku capai telefon bimbit dan namanya dicari. Bersambung.

Pertama. Tidak berjawab

Kedua. Juga tidak berjawab. Hatiku semakin risau.

"Awak, kenapa tak angkat ni. Suka buat orang risau dekat dia. Orang suruh balik rumah mama dengan abah, tak nak. Ni orang call tak angkat pulak." Bebel aku sendirian.

Sekali lagi aku cuba untuk menghubungi dia. Masih begitu. Tidak berangkat. Aku mengeluh kuat.

"Mana awak Wafdan Muammar. Jangan buat saya risau. Aduhhh."

Call mama? Atau call abah?

Ehhh. Tak perlu kot. Risau nanti kedua orang tua itu. Susah hati pulak dengan anak lelaki seorang tu.

Ashi? Ha Ashi!

Baru saja pintu dibuka, telefonku menjerit lantang. Laju aku tutup pintu dan berlari ke arah telefon. Sudah aku tahu, nada dering itu hanya diset untuk number Wafdan Muammar, suami aku.

"Awak... Awak pergi mana? Saya call awak tak dapat-dapat. Awak okay? Awak dah sampai rumah belum? Awak..."

"Sayang. Hey, calm down. Kenapa kalut sangat ni?" lembut suaranya menyapa peluput telinga.

Aku hela nafas berkali-kali sehingga nafas menjadi perlahan. Lalu aku bawa tubuh duduk di birai katil. Setitis air mataku jatuh mengenai tangan. Aku takut!

"Sayang... are you okay? Hmmm? " tanya dia lagi dengan lembut.

Lagi deras air mataku jatuh. Aduh, aku ni dah kenapa? Bersyukurlah Wafdan dah angkat call.

"Saya risaukan awak. Sepatutnya pukul 9.00 tadi mungkin awak dah sampai. Tapi awak langsung tak call saya. Saya risaukan awak, awak tahu tak." Beritahu aku dalam esakan yang terkawal.

Wafdan disana kedengaran ketawa halus. Entah apa yang lawak, aku tak pasti.

"Sorry sayang. Tadi dalam pukul 8.30 aku dah sampai KL. Lepas tu, abah dengan mama ajak jumpa dengan kawan jauh mereka. So I need to go. Tak sempat nak call. Waktu kau call aku tadi tu pun, aku tengah mandi. Lepas tu aku solat. Dah lewat sangat isyak aku harini. Sorry okay?"

Penjelasannya yang panjang lebar buat aku kembali tenang. Wafdan memang jenis yang bersolat awal. Nasib baik tengah solat tadi. Kalau tak, memang berbakul-bakul ayat merajuk aku nak keluarkan.

"Jangan la menangis lagi. Kita dah la jauh. Tak sampai aku nak pujuk kau kat sana sayang." Sambungnya lagi. Dengan suara memujuk. Perlahan saja nadanya.

"Awak jangan buat saya macam ni lagi. Nak tercabut jantung saya bila saya call tak berangkat. Selalunya, pantang saya call, tak sempat bunyi tut tut yang ketiga dah berangkat." Aku mula membebel. Bakat semulajadi isteri-isteri dan ibu-ibu.

"Hey, itu sebab aku rindu kau. Plus, selalunya aku yang call kau tiap-tiap hari. Kalau kau yang call, itu dikira maca miracle tau" Katanya dengan suara yang menyampah. Pura-pura.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now