Janna Wafdan 26

1.2K 64 0
                                    

(EDITED)



"SEBENARNYA..."

Aku masih menanti. Jariku sudah bermain sesama sendiri. Adakah tentang itu? Ataupun ada hal yang lainnya.

"Abang dah jumpa keluarga kandung Janna." Ucap Wafdan perlahan.

Aku terkaku sekejap. Bicara Wafdan sangat perlahan, tapi masih jelas menyapa telinga biarpun sipi-sipi. Setelah beberapa bulan perkara ini terkubur sejak hari terakhir peperiksaan terakhir aku, langsung cerita ini tidak dibuka sekian lama.

Tapi pada malam ini, Wafdan akhirnya membuka mulut menyatakan kejujuran yang aku mahukan. Biarpun, agak lewat, tapi yang penting bagi aku adalah kejujuran. Biarpun aku tahu dari mulut orang lain, tapi aku tetap mahu dengar dari mulut Wafdan sendiri.

"Abang kata apa?" aku menyoal.

Jari jemarinya mencapai tangan aku. diusap lembut dengan tapak tangan kasarnya sebelum jari kami bercantum. Sempurna. Cantik dan kemas. Seketika, Wafdan bermain dengan cincin pernikahan kami yang dia sendiri pilih mengikut citarasanya. Katanya, itu ditempah khas untuk aku. Didalamnya terukir indah nama aku dan dia.

Aku menatap wajahnya yang masih menunduk merenung jari jemari kami yang bercantum itu. Wafdan bagaikan berat untuk berakata semula.

"Abang?" panggilku lagi.

Wafdan panggung kepala memandang tepat dalam mata aku. Sirna kerisauan jelas di dalam matanya. Aku tahu, dia risau. Dia takut. Takut untuk kehilangan aku.

Tapi ketauhilah sumiku, aku tidak akan kemana-mana dari sisinya melainkan Wafdan menyuruh aku menjauhinya.

"Abang dah jumpa keluarga kandung Janna. Dah lama. Dah hampir 6 bulan..."

"Kenapa tak beritahu Janna?" laju saja aku memotong bicaranya.

"Abang minta..."

"Kenapa abang tak beritahu Janna?" aku memintas sekali lagi.

Sungguh, bukan niatku untuk berkurang ajar, tetapi aku mahu dengar dari mulutnya sendiri sebabnya tersendiri untuk menyimpan rahsia ini?

"Abang risau Janna. You are my everything. Kalau Janna pergi dari hidup abang, semuanya bagaikan tak bermakna lagi. Lama abang ambil keputusan untuk berterus terang, tapi abang takut. Takut kalau Janna pulang pada keluarga Janna."

Aku menangguk perlahan. Faham akan keresahan yang melanda dalam hatinya. Faham dilema yang dia hadapi. Faham segalanya kerana dia suami aku.

Memang. Memang aku mahu kembali pada pangkuan keluarga aku sendiri. Bukan sekejap masa yang diambil aku berpisah dengan mereka. 22 tahun bukan tempoh masa yang pendek. Namun aku sedar, tempat aku sekarang bukan lagi pada keluarga. Tempat aku sebagai isteri kepada Wafdan Muammar disisi dia, suami aku.

Aku jatuhkan tubuh ke dadanya. Laju tangannya melingkar ke tubuhku.

"Abang syurga Janna. Mana mungkin Janna tinggalkan abang. Janna sayangkan abang. Janna sayangkan keluarga Janna. Dua-dua Janna sayang. Tapi abang berada di tempat teristimewa dalam hati Janna. Abang yang terutama." Jelasku lebar. Untuk memahamkan Wafdan tentang kedudukannya, aku jadi sebak.

Seperti yang Ashi pernah kata, Wafdan dan keluargaku sama-sama di tempat yang istimewa. Bezanya ruang yang berlainan.

"Abang minta maaf rahsiakan semua ni dari Janna." Katanya. Kali ini dia ucapkan tanpa aku meminta dengan laju meluncur di bibirnya.

Aku mengangguk dalam pelukannya. "Janna maafkan."

"Abang tahu, Janna dah tahu benda ni lama. Abang tahu Janna jumpa keluarga Janna senyap-senyap. Apa yang jadi tentang Janna dan keluarga, semua abang tahu." Kata Wafdan selamba.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now