Janna Wafdan 20

1.3K 84 9
                                    

(EDITED)


pleaseeee, tekan button vote before reading. ehehe. Thank you so much lalink.


WAFDAN berjanji untuk menjemput aku hari ini. Tapi langsung bayangnya belum nampak. Petang ini pula hujan turun dengan lebatnya tanpa kompromi untuk aku berlari ke kawasan bus stop.

Bagus juga tunggu disini. Tak terkena tempias hujan. Hujan lebat diselangi dengan angin kuat membuatkan aku sedikit takut. Bimbang kalau-kalau tubuh kurus aku ini melayang. Ehh.

Si Encik suami belum juga sampai. Entah kenapa dia lewat untuk menjemput aku pada hari ini. Jangan buat hal. Sudahlah dilarangnya aku untuk tidak membawa kereta selepas berlaku kemalangan kecil seminggu yang lalu. Bermakna, sudah seminggu Wafdan menjadi driver tidak berbayar.

Untung juga tidak bawa kereta pada hari ini. Sememangnya aku tidak gemar untuk memandu dalam keadaan hujan. Apatah lagi lebat begini.

"Janna? Tak balik lagi?" soal Cik Ikin yang mungkin baru keluar.

Aku senyum. "Belum. Tunggu orang datang ambil." Aku membalas pendek.

"Cik Ikin tak balik lagi?" soalku berbasa basi.

" Nak balik dah ni. Tadi dah turun, kunci kereta pula tertinggal dekat atas. Saya naik balik. Ni dah nak balik lah ni. Saya balik dulu la Janna."

Aku menangguk. Cik ikin pula berlalu pergi.

10 minit berlalu. Masih aku disitu. Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang. Aku terkejut terus menghayunkan siku ke dadanya.

"Aduh! Sakit lah!"

Opss! Tindakan refleks.


SATU per satu pakaian kerja Wafdan aku masukkan ke dalam beg. Last minutes business trip katanya. Nak tak nak, kena pergi juga. Dah namanya pun kerja. Kalau bukan kerja, aku kemas baju aku sekali dalam bagasi itu.

"Abang pergi seminggu je pun sayang. Bukannya sebulan." Wafdan bersuara yang duduk di birai katil sebelah begnya. Tangan aku dicapai.

Aku menatap wajahnya apabila suntuhan tapak tangannya menyapa belakang tanganku. Diusap situ perlahan. Kemudian tangan aku ditarik seraya menyuruh aku duduk di pehanya.

"Marahkan abang?" suaranya kembali.

Aku menggeleng.

Tidak! Aku kecewa sebenarnya.

"Iya ke ni? Sayang nampak pelik."

"Tak ada yang peliknya."

Aku berpaling dari melihatnya. Tidak tahu untuk membalas apa. Iyalah, kecewa la juga last minute business trip ni. Wafdan dah janji nak bawa aku berjalan hujung minggu ini. Tapi kena kerja pulak. Mahunya tak rasa nak menangis sekarang.

Dia memegang wajah aku berpaling melihatnya semula.

"Look at me, sayang. Inikan kerja abang. Lagipun abang bukannya pergi dengan orang lain. Dengan Ikram dan beberapa orang lain yang terlibat je." Pujuk Wafdan dengan nada suara yang rendah.

Tapi, takkan la dia tak tahu janji dia pada aku? Tolonglah jangan dia lupa. Hujung minggu ini hari lahir aku!

"Abang janji dengan Janna nak bawa Janna berjalan." Beritahuku jujur. Eh, malas kita nak pendam-pendam ni. Bukannya orang lelaki dapat faham pun bahasa diam perempuan ni.

Wafdan terdiam. Sejenak, dia tepuk dahinya kuat.aku terus menjeling. Baru ingat lah tu!

"Ya Allah sayang. I'm so sorry. Abang lupa."

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now