Janna Wafdan 27

1.2K 65 2
                                    

(EDITED)


so guys, seperti yang dijanjikan! ehekkk enjoy! plus, jangan lupa vote and comment okay?

and also, thank you for yang kata sis talented. sis tak talented pun. Shi suka berangan kalau tengok orang sekeling sweet-sweet depan sis. hahahaa

❤❤❤

support sis selalu 


SARAPAN pagi kali ini meriah. Cukup ahli keluarga pakej menantu datang bertandang ke rumah. Mulut Wardina tak habis-habis terkumat-kamit dari tadi menceritakan tentang seorang lelaki yang cuba attract dia di kolej. Dengan wajah yang annoying, cukup pakej Wardina membebel pada aku. Mummy pula hanya mampu senyum.

Satu perkara yang aku kenal, Wardina sangat anti dengan lelaki. Tidak tahu kenapa. Tapi setiap kali aku ajukan soalan, single ke taken, Wardina pasti menjawab,

"Malas nak fikir. Nak study dulu baru nak fikir benda-benda remeh macam tu. Kalau bercinta tapi tak sampai pelamin buat apa? Buang masa jaga jodoh orang. Dina nak jadi macam cerita akak dengan Abang Wafdan."

Itu balasan Wardina siap dengan wajah berangan yang cukup tinggi.

Bagi aku, berkawan berlainan jantina itu tidak salah. Cumanya perlu jaga batas-batas antara lelaki dan wanita Muslim. 

Nasiblah Nufa Wardina tidak begitu.

Qayeed Wafiuddin. Adik bongsu kesayangan. Sangat manja dengan keluarga. Tapi Wardina kata, kalau di luar, muka sombong habis. Sekali senyum, cair perempuan luar sana. Dengar cerita, lepas dia kerja sebagai barista, ramai peminatnya berkunjung disitu. Setakat ni, tak ada lagi aku mendengar cerita liar tentang Qayeed.

Yang paling membimbangkan, Affan Akram tu. Agak playboy orangnya. Tapi wanita yang menjadi pasangan along mempunyai standard tertentu. Ikut cerita daripada Amelia.

"Kakak, cubalah tolong Dina. Dina tak suka lah dia tarik perhatian Dina. Perasaan Dina ni bukan boleh percaya sangat." bebel Wardina lagi sambil tangannya mengaul nasi goreng kampung di dalam kuali.

Aku masukkan susu ke dalam teko setelah milo dimasukkan. Mendengar kepada pertanyaan Dina, aku jadi terhibur sendiri. serentak aku mengerling mummy yang pada masa yang sama melihat aku.

"Dina rasa tertarik ke dengan dia? Orang kata kalau jodoh tu tak kemana. Dina larilah sampai hujung dunia sekali pun, at the end, you will meet him. No matter what happen." Aku menjawab dengan jawapan basic. Apa lagi nak dikatakan. Aku tiada pengalaman.

"Tapi kakak, Dina nak study dulu." Wardina kalih melihat aku. Kemudian tangannya mencedok nasi goreng dipindahkan dalam mangkuk besar.

Teko aku bawa ke meja. Cawan dan pinggan sudah tersedia. Mummy sudah siapkan tadi.

"Apa bising-bising kat dapur ni? Bertengkar ke apa diorang ni mummy?" soal along yang baru masuk ke dapur. Dengan muka serabai, nampak sangat baru bangun tidur.

"Tak ada apalah. Ni Wardina cerita yang dia bakal ada...."

"Mummyyyy, no!" jerit Wardina kuat. Nampak sangat tidak setuju dengan pernyataan yang bakal mummy keluarkan tu. Aku jadi terhibur sendiri.

Along sudah tersengih sinis. Ehh, dia fikir along tak tahu, apa semua benda mesti ada dalam poket along. Itu yang aku berani jamin. Along macam guardian angel pada kami adik beradik. Even pada aku yang berkahwin ni pun, along still ambil peduli, apatah lagi adik-adik aku yang single.

"Malas la along nak layan. Along nak mandi."

"Sebelum mandi tu tolong kejutkan Qayeed sekali. Lepas tu ajak daddy dengan Wafdan makan sekali." Suruh mummy sebelum hilangkan diri di bilik basuh.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now