Janna Wafdan SE 3 (LAST)

2K 75 11
                                    


(EDITED)


"ABANG dah okay sayang. Jangan pandang abang macam tu." Wafdan kali memandang aku yang melihat di terus dari pantulan cermin.

Aku ukir senyuman untuk dia bila dia mendekati aku. Duduk bersila diatas katil berhadapan denganku.

"Janna tahu abang okay." balasku. Jari kami bersulam antara satu sama lain.

"Tapi? Ayat sayang tak lengkap."

Aku tunduk memandang tautan jemari kami. Tak lama, aku kembali angkat kepala melihat terus ke dalam mata dia.

Masih ada sisa kesedihan, tapi tak seperti semalam.

"Janna risaukan hati abang masih terluka."

Wafdan angguk kepala beberapa kali.

"Abang okay. Dan akan selalu kuat selagi isteri abang ada untuk beri abang kekuatan. Jangan risau. Hmm?"

Mendengar jawpan Wafdan, aku dekatkan tubuh memeluk dia. Tak lama sebelum Wafdan kembali menyoal.

"Wafri mana? Takkan Amaya seorang je tidur dengan kita malam ni?"

Wafri? Sejak nampak muka paksu dia, tak berenggang terus. Selama ni hanya nampak di telefon saja bila kerap kali Qayeed berbual dengan aku, pasti ada Wafri sekali. Tadi, bila Qayeed offer tidur sekali, terus Wafri setuju tanpa berfikir.

Si Amaya, jenis susah nak rapat dengan orang. Tapi tadi meraung juga nak main lagi dengan Adra bila sudah masuk hampir tengah malam.

"Awal-awal lagi dia lari masuk bilik Qayeed. Takut Janna tak bagi la tu." aku ketawa kecil.

Teringat bila tadi kami tercari-cari, rupanya sudah menyorok masuk bilik Qayeed. Malas nak kata apa, biarlah dia bersama paksunya itu.

"Tak apa ke Qayeed nak jaga Wafri malam ni? Dah la baru balik. Tak jetlag?"

"Okay je tu. Pandai-pandai la dia nanti."

Kami terdiam seketika.

"Abang, jadi daddy minta pendapat Janna untuk ambil alih syarikat." Aku hela nafas perlahan.

Bukan sekali daddy bangkitkan perkara ini. Memang syarikat itu atas nama mummy, dan daddy kata dia hanya bertanggungjawab untuk menguruskan saja.

"Janna terima?" soal Wafdan pendek.

Aku menggeleng.

"Janna tak mahu nanti Janna terlalu sibuk. Nak uruskan anak-anak lagi, nak adakan masa dengan abang lagi. Kalau kita sama-sama sibuk nanti, kesian la kat anak-anak." Beritahuku.

Acapkali aku menyuruh daddy berikan saja pada along. Tapi along pun tidak mahu kerana dia merupakan orang luar mengikut aliran perniagaan.

Mummy juga suarakan pendapat yang sama. Tapi, along tetap along.

"Janna dah pujuk along tapi along cuma janji sampai Qayeed habis belajar saja. Dia ada perancangan lain dengan Amelia katanya."

"Kalau itu yang along kata, takkan kita nak membantah kan? Tapi abang pun setuju dengan apa yang Janna kata tadi, kalau abang sibuk, Janna sibuk, mesti nanti kita kurang bonding time dengan anak-anak. Tengok-tengok, diorang dah besar tanpa kita sedar." Wafdan kalih melihat Amaya yang tidur di tengah katil.

Aku turut melihatnya. Rasanya macam baru semalam aku dan Wafdan dikhabarkan tentang kehamilan Amaya. Kini dah hampir dua tahun umurnya.

"Kita bila nak tambah anak lagi?" kata Wafdan tiba-tiba.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now