Janna Wafdan 2

1.9K 104 0
                                    

(EDITED)


TERSEDAR pada ketika itu, tanpa membuka mata, terasa lembut dan selesa tempat aku berbaring sekarang ini. Kepala dirasakan bagai telah berlapikkan bantal. Perlahan aku bukakan mata. Terlihat terus wajah jejaka itu sedang tubuhnya bersila menongkat dagu pada lutut melihat tepat ke wajah aku dengan sedikit senyuman pada bibirnya.

 Terlihat terus wajah jejaka itu sedang tubuhnya bersila menongkat dagu pada lutut melihat tepat ke wajah aku dengan sedikit senyuman pada bibirnya

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Awak angkat saya?" aku menguap kecil. Rasa mengantuk menguasai diri. Mataku melihat sekeliling dan kembali kuyu menggamit rasa mengantuk. Aku cuba menahan mata dari kembali tertutup dengan melihat wajahnya kembali.

"Iya lah. Siapa lagi nak angkat kau? takkan Ashi nak angkat kau pulak." Jawabnya bersahaja. Masih kekal begitu tidak berganjak.

"Awak tak tidur ke? Awak mengadap muka saya dari tadi ke apa?"

"Tak. Aku sedar je tengok kau dah terlentok dekat sofa. Aku angkat kau bawa masuk bilik. Aku mengadap je lah muka kau sejam dari tadi." Katanya dengan mata berkelip-kelip mamandang aku.

Entah iya entah tidak. Wafdan ni kadang sukar dipercayai.

"Kenapa nak kena mengadap muka saya pula?" rasa membahang pipi kerana diperhati oleh Wafdan.

"Aku tengah melepaskan rindu. Tapi sejam saja tak cukup."

"Dah tu awak nak sampai bila?

"Cukuplah sekadar seumur hidup." Dia ketawa kecil.

Aku tergelak melihat dia ketawa kecil. Hailaaaa, sweetnya suami saya.

"Tapi seriuslah. Walaupun aku perlukan seumur hidup, cukuplah sekadar 4 hari ini untuk aku rawat rindu aku yang lalu dan aku buat bekal untuk rindu akan datang." Sambungnya lagi dengan wajah yang serius. Tapi bibirnya masih melakar senyuman manis.

Dahiku berkerut. 4hari?

"Awak nak stay dengan saya 4 hari ke dekat sini?"

"Tak, aku nak stay dengan kau seumur hidup." Dia tegakkan badan membetukkan segala urat.

"Eh dia ni. Serius laaa." Meleret saja suaraku. Aku menjeling memandang. Dari tadi, main-main saja.

"Serius la ni. Tapi buat masa sekarang, 4 hari dah cukup. Aku ingat nak bawa kau pergi jalan-jalan. 2 minggu sebelum exam ni, Biar kau tenangkan fikiran dulu sebelum kau start study untuk final nanti." Jelas Wafdan panjang lebar. Yakin saja dengan perancangannya.

Aku ukirkan senyuman. Wafdan nak bawa aku pergi jalan-jalan? Seronok ni! Tak boleh jalan dengan Ashi, Wafdan tolong bawakan.

"Serius? Awak nak bawak saya pergi mana harini? Saya bersiap kejap." Ceria saja suara aku.

"No, kau pergi packing baju kau untuk kita pergi short honeymoon kita. Okay?" senyuman gatal menghiasi wajahnya. Dengan kening terangkat-angkat.

"Sekarang, kau pergi kemas baju. Aku nak tidur kejap. Lepas zohor kita pergi okay sayangku Janna?"

[C] Janna WafdanOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz