Janna Wafdan 10

1.4K 76 0
                                    

(EDITED)


AKU atur nafas setenang yang mungkin, biarpun hati aku melonjak tidak sabar ingin berjumpa dengan kedua mummy dan daddy.

Wardina di sebelah hanya tersenyum melihat gelagat aku. Aku tengah takut, dia boleh pula tersengih.

"Jangan lah gelabah. Mummy dan daddy betul-betul nak jumpa akak. Don't worry." Pujuk Wardina. Matanya masih memandang jalan raya di hadapan.

"Akak tak tahu. Akak risau sangat. Tapi akak tak tahu nak risaukan pasal apa. Berdebar gila jantung akak ni tahu tak." Luahku tanpa dipinta. Memang berdegup laju jantung ini. Perut pula rasa memulas sejak pagi tadi. Nervous!

"Dina. Mummy dengan daddy bila tahu yang kakak dah kahwin?" aku tertanya.

Iyalah. Ikutkan, Wafdan dah simpan rahsia ini dalam tempoh 2 bulan. Jadi, 2 bulan sebelum majlis atau selepas majlis? Itu yang aku nak tahu.

Tapi yang aku dengar dulu lebih kurang 3 bulan kan?

"You will know. Now kita dah.... Sampai!"

Handbreak ditarik apabila masuk didalam kawasan pakir rumah. Besarnya rumah!

Kami keluar bersama-sama. Wardina menghampiri aku. tangan aku digenggam kuat lalu dibawa aku masuk ke dalam rumah.

"Kak Janna, ini mummy dan daddy. You biological parents."

"Janna Warda?" seruan wanita itu membuatkan air mata kami sama-sama mengalir. Tak pernah dalam hidup aku rasa sesebak ini apabila nama penuhku disebut.

Mata aku melihat dua orang yang berdiri berpegangan tangan itu. Wanita den lelaki itu, masing-masing aku pernah lihatnya. Di majlis akad nikah aku. Lelaki separuh umur itu yang menggenggam tangan Wafdan ketika itu. Dan wanita itu yang berada di sisi aku sepanjang akad nikah berlangsung. Malah dialah orang pertama yang memeluk aku sewaktu itu.

"Mummy, daddy. Kak Janna is here. Your first daughter." Sebak Wardina berkata. Lalu Wardina menarik tangan aku mendekati mereka berdua.

"I don't know how to describe how much I miss you mummy, daddy." Ujarku. Lalu tubuh mereka aku bawa dalam pelukan. Pelukan yang aku inginkan sepajang 22 tahun ini.

"We miss you too, Janna. We really, really miss you." Lelaki itu berkata. Lelaki merangkap ayah kandung aku. Daddy.

Tangan merek aku capai dan cium lama. Aku rindu. Terlalu rindu. Dan akhirnya rindu ini terlerai.

Selepas sesi menangis tadi, aku masih berada diatara mummy dan daddy di ruang tamu. Suasana yang aku rindukan.

Tadi mummy beritahu yang aku ada adik lagi selain Wardina. Muda setahun daripada Wardina. Umur adik aku 18 tahun. Kata daddy, itu adik lelaki bongsu. Qayeed Wafiuddin.

"Qayeed tak balik-balik lagi Dina? Awal-awal pagi dah keluar rumah,ni dah masuk tengah hari tak balik lagi." Daddy mula membebel. Dari tadi sebenarnya daddy menunggu Qayeed, tapi tak pulang-pulang.

"Abang macam tak biasa anak bongsu abang tu. Berjalan je la kerja dia sejak balik sini. Tak lekat dekat rumah. Qayeed ada bagi tahu Dina dia nak kemana?" mummy pula bersoal.

Wajah Wardina mula kelat. Dia tayang muka tak puas hati.

"Semalam dia kata nak cari kerja. Saja cari duit sebelum masuk belajar semula. Mummy dengan daddy jangan la risau. Pandai lah dia jaga diri. Besar panjang dah pun." Balas Wardina panjang. Matanya kembali memandang televisyen.

Daddy hanya menggeleng kepala.

"Jangan risau lah daddy. Balik la nanti tu Qayeed. Cari kerja kan, bukan senang nak jumpa sekarang."

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now