Janna Wafdan 50

2.1K 67 4
                                    

(EDITED)


HEHEHEHEEE sebenarnya Shi gurau je sebenarnya yang last chapter dah tamat. Tak sangka ada orang percaya🤭🤭🤭. Kan Shi janji nak bagi 50 chapter untuk this book. Minta maaf bebanyakkkkk yaaaa. So here we go, Last chapter before Epilog....

Actually, Shi tak percaya mampu habiskan buku ni setelah 2 tahun peram. Tak sangka selama tu Shi tulis and finally tamat juga akhirnya. T_T

Korang please Vote and Comment untuk kali terakhir sebagai tanda support Shi... pleaseeeeeee







PUASA hari ke-20. Tinggal lagi 10 hari berbaki sebelum umat Islam meyambut perayaan Aidil Fitri. Tahun ini pada aku akan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelum ini. Yang selalunya aku sambut sendirian, takpun bersama-sama keluarga Ashi.

Tahun ini banyak kelainan. Seperti yang pernah aku syukuri, dihadirkan keluarga-keluarga baru yang melengkapkan kebahagian aku sebagai seorang anak, seorang isteri, dan sebagai insan Tuhan yang menyukuri segala yang Allah telah berikan atas semua kesabaran yang telah aku berikan sebelumnya.

Aku pandang jam, serentak azan berkumandang. Tak lama, aku makan tanpa berpaling. Lapar punya pasal biarpun pagi tadi aku bersahur macam orang berbuka. Dua pinggan aku bedal. Wafdan tak marah, lagi seronok dia bila aku banyak makan tak seperti biasa.

Tak masuk lagi, lepas makan, dikeluarkan balik makanan itu. Penat muntah-muntah. Berbaring saja dari pagi sebab pening bila duduk dan berjalan.

Masuk suapan ketiga, aku nampak kelibat seseorang berdiri. Perlahan-lahan aku angkat kepala. Figura Wafdan berdiri memandang tak jauh dari aku.

"Tak puasa?" tanyanya terus tanpa simpang.

Aku tersenyum malu. Rasa kebas muka menahan malu. Wajah kembali tunduk mengaul nasi di dalam pinggan.

"Makan la. Abang faham sayang penat. Ni abang nak pergi masjid kejap. Solat zohor berjemaah. Sayang, lepas makan, terus solat okay?"

Aku mengangguk tanpa suara. Bila kedengaran pintu rumah ditutup, baru aku berani angkat kepada. Wangian Wafdan basih bersisa di ruangan dapur.

Sejak mula Ramadan, Wafdan memang rajinkan diri sesekali solat berjemaah di masjid pada hujung minggu. Ada kalanya, solat bersama-sama aku.

"Eiiiii tak memasal dah kantoi!"gumamku peralahan.

Biarpun ini bukan kali pertama aku berbuka puasa, tapi selalunya tak kantoi macam hari ini. Selalunya aku lebih berterus terang pada Wafdan sebelum waktu berbuka. Hari ini, memang silap timing. Sepatutnya aku tunggu Wafdan ke masjid dulu sebelum menjamu selera.

Aku meneruskan suapan sehingga habis. Sendawa kecil terlepas. Kenyang betul bila dapat makan macam ini. Pinggan-pinggan kotor dicuci dan dibilas sebelum dilap dengan kain bersih. Meja yang ada sisa makanan, aku sembur dengan air sabun sebelum lap sehingga berkilat.

Disebabkan aku ada suami yang terlalu rajin, selalunya Wafdan yang tolong bersihkan. Tapi takkan semua nak harapkan dia.

Selesai urusan di dapur, aku naik ke bilik. Menggosok gigi menghilangkan bau makanan sebelum mengambil wuduk untuk solat Zohor. Solat zohor didirikan.


"KAK JANNA! Nak balik puasa di Malaysia. Sini sunyi lah..." ujar Qayeed dari video call yang aku dapat.

Seperti yang aku kata, Qayeed pasti akan call mengadu, merengek macam-macam. Ternyata naluri aku betul.

Aku tahan ketawa. Yang lain pun sama mendiamkan diri untuk melihat sejauh mana Qayeed nak berdrama kali ini. Aku sandarkan kepala di dada Wafdan.

[C] Janna WafdanΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα