Ya Tuhan... Salah aku ke dia berubah?

Air matanya jatuh, rindunya dia pada si isteri hanya Tuhan yang tahu, walaupun baru sahaja seminggu, mereka tidak seperti selalu, terasa seperti terlalu lama untuk seorang suami sepertinya. Tidak mampu rasanya ingin menganggung rindu yang terasa berat dalam hati

"Sayang... Abang rindu". Air matanya yang mengalir setitik demi setitik tadi berubah menjadi semakin lebat, tangannya naik menekup wajahnya, air mata lelakinya terasa mudah sahaja mengalir jika melibatkan Darin. Terasa lemah yang tidak pernah dia rasai sesiapa.

Lemah dan kecewa

Tiba-tiba telingganya menangkap bunyi azan yang terdengar jelas ditelingga, wajah yang ditekup dengan tangan tadi dibuka, perlahan dia memandang ke kanan, dia tidak perasan dia berhenti di tepi masjid. Sudah lama dia tidak datang ke sini. Selalunya dia hanya menunaikan suruhan Tuhan di rumah ataupun di surau pejabat sahaja.

Kereta dijalankan masuk ke dalam perkarangan masjid, air mata dilap, enjin ditutup, kaki melangkah keluar, perlahan dia berjalan menuju tempat berwudhu

Anggota wajib dibasahkan satu persatu, selesai berwudhu, dia naik ke atas selepas membaca doa untuk masuk ke dalam masjid, saf hadapan menjadi pilihan memandang tidak terlalu ramai orang, mudah untuk dia mendapatkan tempat dihadapan.

Tuhan sudah panggil, dia sebagai hamba wajib menyaut panggilan agung itu, mungkin Tuhan ingin dia tahu, bersujud pada-NYA juga akan mendapat ketenangan. Jawapan untuk kepala yang sudah berserabut sepertinya

Aku hambamu serahkan segalanya pada-Mu. Tuhan

"Allahuakbar..." Dia hayut....
______

"Darin, awak nak makan, saya dah masak". Hairah menegur. Namun pandangan tajam daripada Darin membuatkan dirinya terlangkah sedikit kebelakang, air liur ditelan. Seram

"Kalau aku nak makan, aku boleh ambil sendiri, kau tak perlu kisah". Perlahan tapi cukup jelas ditelingga Hairah. Kasar dan senada. Begini sekalikah 'benda' yang dia buat?

"Saya risau je, awak tak makan dari pagi, abang Rayyan..."

"Berambus".

"Huh?"

"Keluar! Bawak sekali dia". Tangan tepat menujukkan dibelakang Hairah. Tercari-cari gadis itu ke arah yang ditunjukkan Darin. Mana ada sesiapa disitu selain dia dan Darin

"Tolong Hairah, bawak dia keluar, aku tak suka dia dekat sini, aku benci!". Tangan masih menujukkan belakang Hairah. Kini air matanya pula jatuh

Hairah terkedu. Air liur ditelan. Kesat. Tidak sangka begini sekali jadinya 'benda' itu

"Pergilah! Aku tak suka lah kau!". Kini Darin menjerit-jerit pula, tangan menutup telingganya. Matanya ditutup

"Darin...."

"Pergi!". Sergah Darin. Matanya tajam memandang Hairah. Cepat-cepat gadis itu membawa langkah keluar dari situ. Pintu bilik ditutup. Namun masih juga terdengar suara rayuan Darin kepada seseorang

"Tolonglah pergi, aku tak suka kau...". Hairah berjalan turun ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di atas sofa. Tiba-tiba terasa ada yang memerhatinya, sekeliling dilihat

Tiada siapa kecuali dia, bulunya meremang, belakang tengkuk diusap perlahan. Sepertinya semakin salah apa yang dia lakukan

"Lepas je aku dapat abang Rayyan, aku akan buang 'benda' ni"

"Benda apa?". Suara dari belakang badannya membuatkan dia menoleh. Wajah Aryan dan Malika dipandang terkejut

"Tak ada apa". Dia menafikan. "Aryan buat apa dekat sini?"

[C] : PSYCHO MR HAZEL Onde as histórias ganham vida. Descobre agora