BAB 62 ( END)

5.9K 107 10
                                    

Hari ini detik ini kami bahagia. Walaupun ada yang telah tiada. Tapi kami bersyukur masih diizinkan oleh Allah S.W.T kerana masih di beri peluang untuk bersama. Faiq memeluk erat pinggangku.

"Terima kasih sayang, sayang dan anak-anak penguat semangat Bie selama ini." Faiq berbisik di telinga.

"Berapa kali nak terima kasih." Aku mendongak memandang Faiq.

"Kalau boleh berjuta-juta kali Bie nak sebut."

"Tengoklah Ariz layan adik-adiknya. Pandai betul Abang Ariz ni." Aku melihat Ariz mengajar adik-adiknya membuat istana pasir.

"Macam perangai Bie kan?" Mulalah masuk bakul angkat sendiri.

"Perasan." Aku menjuihkan bibir.

"Abang Ariz, Airiena, Airisy dengan Aira mari sini. " Aku mula memanggil satu-satu persatu nama anakku. Berlari-lari anak mereka mendapatkanku.

Aku teringtkan bertapa sayangnya Faiq menamakan anak kembar tiganya sempena nama adiknya arwah Feiqah.

Airiena Afeiqah, Airisy Afeiqah dan paling bongsu buat masa ini Aira Afeiqah. Aku suka dengan nama itu. Bukan main suka arwah mama dulu apabila tahu yang Faiq menamakan anaknya sempena nama Feiqah. Sekarang segala itu tinggal kenangan. Mama meninggal dunia ketika sedang tidur.

"Jangan main tepi pantai tau, Abang Ariz jaga adik baik-baik tau. Main dengan kawan baik-baik." Mereka mengangguk faham lalu meninggalkan aku dan Faiq semula. Aku memandang anak Ryana, anak Kak Najla, anak Along dan anak Angah. Kali ini Angah dah berpindah ke sini. Seronok Mak bila tahu Angah dah pindah sini. Selama ini Mak menahan hati kerana rindukan anaknya. Gusar memikirkan keadaan anaknya yang jauh di negeri orang. Selepas ini dapatlah kerap berjumpa.

Aku teringatkan saat pertemuan aku dan Faiq. Nabihah! Desis hatiku.

"Bie, ingat tak Nabihah punca kita selalu berjumpa." Aku berkata.

"Mana tak ingatnya, anak buah kesayangan tu." Faiq tertawa kecil.

"Dah besar Nabihah sekarang." Aku merenung Nabihah dan Qayyum menjadi ketua mereka bermain.

"Sayang nak tahu tak, Bie sebenarnya memang tak cintakan sayang masa kahwin dulu." Faiq tiba-tiba berkata.

"Jadi kahwin kerana terpaksa ke?" Aku mengerutkan dahi.

"Tak, Bie rela sayang jadi isteri Bie. Cuma Bie terkilan dengan perangai Bie dulu. Dulu Bie pernah tanya arwah Hilman. Bie tanya kenapa dia tak pernah buka hati untuk mana-mana perempuan. Dia kata gadis yang ada dalam hati dia tu gadis yang istimewa. Bie suruh dia confess tapi dia tak nak, dia malu. Bie hairan apa yang bagus sangat perempuan itu. Bie tanya siapa gadis itu. Rupanya inilah gadis yang pernah salah letak nota lekat kat meja Bie dulu. Gadis yang pernah tergilakan Bie dulu..." Belum sempat Faiq menghabiskan kata-kata. Aku mencubit perutnya.

"Melampau! Mana kita tergilakan awak." Aku menjeling Faiq. Faiq dah berderai ketawanya.

"Bagilah Bie cerita habis dulu." Faiq memegang perutnya.

"Okey sambung."

"Kebetulan Bie tahu yang gadis itu kawan kepada tunang Shakeel. Itu yang Bie nekad nak tawan hati gadis itu tapi dia jual mahal. Kesudahannya Bie nekad, Bie plan dengan Ryana untuk kahwin dengan gadis itu walaupun ditentang hebat oleh arwah mama dulu.

Itu silapnya Bie kerana kahwin tak meminta restu seorang ibu. Paling epik sekali akhirnya Bie tersungkur dalam cintanya. Patutlah arwah Hilman susah nak lupakannya. Tapi Bie dah buat silap besar. Keputusan Bie buat arwah Hilman menjadi kecewa. Dia bawa diri jauh. Tapi, sekarang Bie tak terkilan sangat. Sekurang-kurangnya dia dapat jadi suami gadis itu walaupun sebentar." Luah Faiq sambil merembeskan air mata.

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now