BAB 13

3.4K 169 0
                                    

Sejak kejadian tengahari tadi hinggalah sekarang Ryana masih belum mahu berbicara dengan aku. Kalau nak marah aku pun atas sebab apa? Seingat aku, aku langsung tak buat salah hari ini. Tak boleh jadi kalau keadaan begini berterusan. Adakah ini semua terjadi kerana Hilman?

Telefon bimbit aku ambil lalu mencari nombor milik Hilman dan membuat panggilan. Tak lama kemudian kedengaran suara Hilman dalam talian.

“Assalamualaikum Hilman, boleh tak cakap dekat Kak Lydia. Saya tak boleh datang malam ni, saya rasa tak sedap badan. Macam nak demam pun ada, maaf Hilman.” Aku terpaksa berbohong. Iya, terpaksa berbohong pada lelaki sebaik Hilman ini. Maaf, Hilman.

“Walaikumussalam, tak apalah saya faham. Awakkan tak sihat, takkan nak paksa pulak. Banyakkan berehat ya, jangan lupa makan ubat. Insya-Allah nanti saya cakap dekat Kak Lydia.”

“Terima kasih Hilman.”

“Sama-sama, jangan lupa pesanan saya tadi. Okeylah, saya ada hal sikit kalau nak minta tolong ke apa call aje tau. Bye Assalamualaikum.” Hilman terus mematikan talian. Walaupun nada suara milik Hilman tadi jelas kedengaran hampa, tapi apa aku boleh buat. Aku terpaksa berbohong. Ini semua Ryana punya fasal.

Telefon bimbit dalam pegangan aku letakkan atas bantal. Kemudian, aku terus melangkah keluar daripada bilik dan mencari Ryana yang tak kelihatan. Manalah budak ni menyorok? Dia tengah mengadu dekat Shakeel ke? Hisy! Tak mungkin, apa kejadahnya dia nak mengadu hal aku dekat Shakeel.

Aku mengintai bilik Ryana. Ya Ampun, macam kapal tongkang lepas kena bom. Bersepah sana-sini barang. Orangnya tak ada pulak, pergi mana minah ni? Dengan bersepah barang. Aku pun pemalas juga tapi aku tak suka keadaan bersepah macam ni. Aku harap Shakeel tu seorang yang rajinlah.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Ryana berbunyi seperti panggilan masuk. Dalam kesemakkan baju yang bertimbun macam bukit, aku mula menyelongkar timbunan baju dan mencari telefon milik Ryana. Akhirnya aku jumpa telefon Ryana dan nama yang tertera adalah Faiq.

Kenapa mamat Faiq telefon kawan aku? Aku hanya menekan butang hijau sebagai tanda menjawab panggilan.

“Assalamualaikum hello, aku dah ikut semua benda yang kau dengan Shakeel plan tapi semua benda tak jalan. Macam mana ni? Kau tau tak hati dia tu keras, aku nampak sangat yang dia sukakan lelaki tu. Kau ada lagi tak cadangan untuk cuba dapatkan dia untuk aku.” Faiq membebel panjang fasal apa entah. Tapi kenapa aku rasa dia ni tengah bercakap fasal aku ya? Eh, janganlah perasan. Siapalah nak dekat aku kan? Entah-entah dia nak dapatkan perempuan yang aku jumpa dengan dia dekat restorang tu kut. Tapi Faiq cakap itu adik dia. Entahlah, lantaklah.

“Kau diam kenapa Ryana?” soal Faiq lagi mengejutkan lamunan aku.

“Iya, Ryana di sini. Awak bercakap tentang apa ni? Saya tak faham. Untuk pengetahuan awak Ryana ada dekat dalam bilik mandi dan yang tengah bercakap ni Esha,” balas aku.

“Hah! Kau ke yang angkat!”

“Saya dengar tentang plan, awak ada plan apa-apa ke dengan kawan baik saya tu?”

“Tak ada, bye aku sibuk assalamualaikum.” Faiq segera mematikan talian. Nampak tergesa-gesa pulak.

“Manalah Ryana ni, bilik mandi pun nampak kosong aje.” Aku cuba mengemas bilik Ryana yang bersepah ni. Sakit mata aku tengok bilik tidur anak dara macam ni rupa. Shakeel... Shakeel bertuah kau dapat bini macam Ryana ni. Cantik dan pakej 'rajin' sangat.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now