BAB 36

2.6K 89 15
                                    

Puas Ryana memberi salam kepada ahli rumah itu namun tiada suara yang menjawab. Mungkin mereka sengaja mematikan diri supaya tidak membuka pintu untuk aku, Ryana dan Shakeel. Mereka kejam, aku ternampak ada yang mengintai menyelak langsir tapi tak ada sesiapa membuka pintu.

"Aku dah cakap kau degil datang sini buat apa? Aku tau diorang dah bencikan aku Ryana." Kataku dengan nada yang lemah. Sejujurnya badanku masih terasa lemah tapi apakan daya dipaksa oleh Ryana untuk datang ke rumah umpama neraka itu supaya mengambil semula barang-barang peribadi aku seperti kad pengenalan dan dokumen-dokumen penting. Aku hairan padahal dia boleh saja mewakilkan diri sendiri.

Tiba-tiba pintu itu terbuka perlahan muncul muka bengis milik Puan Maria, mama kesayangan Encik Faiq Aiman. Iyalah panggilan aku kepada lelaki itu telah berubah! Berubah sepenuhnya!

"Kau lagi perempuan? Buat apa datang sini nak menagih simpati ke atau kau masih berharap untuk rujuk kembali dengan anak aku? Kesian kau kan. Sampai macam tu sekali kau rendahkan maruah kau supaya anak aku kembali pada kau." Sinis kata-kata Puan Maria.

"Puan tak payahlah sindir saya macam tu. Hidup mati balik pun belum tentu saya tak akan terima anak puan. Hati saya cukup puas dengan keputusan dia ceraikan saya. Hati saya memang tak bahagia dengan dia!" Bohongku.

"Kau tak bahagia? Tak payah bodohkan akulah. Kalau kau tak bahagia, kau takkan mengadunglah Aimara. Tak taulah pulak kalau kau termengandung anak haram pulak ops!"

"Puan! Puan boleh hina saya, Puan boleh letakkan maruah saya ditelapak kaki puan. Tapi bila Puan kaitkan anak saya anak haram. Puan memang melampau! Puan memang manusia berhati iblis!" Tergetar-getar badanku menahan amarah.

"Eh, apa bising ni?" Muncul Faiq yang terasa seolah-olah terganggu dengan bunyi bising akibat bergaduh. Mata aku dan dia bertentangan.

"Tengoklah perempuan ni datang merayu nak rujuk dengan kau balik nak." Puan Maria mereka cerita sambil menjeling ke arah aku.

"Hei hidup lagi kau rupanya ingatkan dah mampus dengan jantan yang kau curang tu. Kau tak payahlah bela diri kau. Anak haram kau dah mati sebab tu kau meroyan datang sini nak kembali rujuk dengan aku kan? Dahlah jangan rapat dengan aku! Pandang muka aku pun tak hinginlah perempuan, pergilah sana!" Lontaran kata-kata hinaan lelaki itu buat hati aku pedih, terluka dan sedih. Entahlah bercampur-baur 1001 perasaan aku tatkala anak yang ku kandung dihina begitu.

Ya Allah begitu benci ayah dengan kau anakku. Maafkan ibu nak. Jangan bencikan ibu kerana tak dapat hidup bersama dengan ayah seperti ibu bapa orang lain. Berubah sungguh karakter lelaki yang aku cintai sebelum ini. Faiq Aiman yang aku kenali dulu telah mati! Sehingga begitu sekali dia termakan dengan fitnah akhir zaman. Sanggup menuduh anak sendiri anak sah taraf. Habis apakah makna belaian mesra yang pernah aku dan dia lalui dulu?

Sebiji penumbuk melayang ke wajah Faiq sehingga membuatkan dia jatuh terduduk. Aku terkejut dengan tindakan lelaki itu.

"Itu makannya sebab kau hina anak kau! Kau memang lelaki bodohlah Faiq! Kau bukan lelaki yang aku kenal sebelum ni. Mana sifat asal kau? Kenapa kau berubah? Kau tak kesian ke dekat anak bini kau. Eh silap bekas bini kan? Kau tak pernah bagi peluang untuk dia explain yang kau tau dalam kepala otak kau Esha ni perempuan murah! Kau tau tak perempuan murah ni dulu yang pernah kau peluk cium sampai dia mengandungkan anak kandung kau. Itupun kau tuduh dia mengandung anak haram. Kau memang binatang! Eh aku sanggup putus sahabatlah dari bela orang bodoh macam kau!" Shakeel menghamburkan kemarahannya. Dia seolah-olah menyimpan kemarahan yang begitu lama.

Aku terkejut dengan perubahan mendadak Shakeel. Setahu aku dia adalah seorang yang penyabar. Aku tak sangka sampai begitu sekali dia membela maruahku dihadapan dua beranak ini. Ryana yang lama membisu hanya menggosok dada suaminya supaya bersabar.

"Kau melampau Shakeel sanggup kau buang aku sebagai kawan! Eh kau kalau dah tergilakan sangat janda aku ni kau nikahlah dengan dia aku cabar kau! Aku pun buat keputusan nikah dengan dia pun bukan atas dasar cinta!" Angkuh sungguh lelaki ini berkata.

"Cukuplah Encik Faiq hina anak saya! Saya datang sini bukan untuk tagih simpati mahupun rujuk. Saya datang cuma nak mintak barang-barang peribadi saya saja. Saya janji selepas ini saya pergi jauh. Jauh dari hidup Encik. Itu janji saya." Air mata aku yang mengalir laju membasahi pipi tak mampu ku bendung.

"Kau mintak barang kau? Kau tunggu." Puan Maria masuk ke dalam rumah semula lalu keluar dengan sebuah kotak yang besar dan mencampak ke bawah.

"Ambiklah. Aku memang dah siap-siap bungkus barang kau ni. Memang tunggu nak buang je kalau kau tak nak. Aku sengaja kemas dulu supaya kau tak perlu jejakkan dalam rumah ni lagi. Aku jijik bermenantukan perempuan macam kau!" Puan Maria berlakon meludah ke kiri seakan jijik sangat melihatku.

"Eh, makcik jangan ingat makcik bagus sangat! Sifat tu jangan terlalu mendongak ke langit ingat kita ni berasal dari tanah. Mana tau esok-esok dengan izin Tuhan kita pulak tersungkur ke tanah. Masa tu baru nak ingat Tuhan. Selama ini saya hormatkan makcik macam mak saya sendiri. Tapi hari ini saya tak akan teragak-agak bagi mak cik makan pelempang saya. Jangan cabar kesabaran saya puan!" Shakeel memintas.

Aku mengutip barang-barangku yang ada terhambur akibat dicampak oleh wanita tua itu. Hari ini detik ini Faiq Aiman telah mati dalam hati aku. Mati anak aku maka jualah perasaanku padanya. Terima kasih kerana bahagiakan aku cuma seketika. Hari ini aku dihalau bagai anjing kurap malah lebih hina dari itu. Aku takkan lupa apa yang mereka lakukan.

"Sudah Keel... Ryana aku nak balik. Aku dah dapat apa yang aku nak. Tuhan itu ada. Dia tau apa yang terjadi. Aku berani kerana benar. Apa yang jadi biar Tuhan yang membalasnya."

"Aku belum lagi habis buat perhitungan dengan mereka!" Suhu kemarahan Shakeel sudah naik pada tahap tertinggi. Orang penyabar sekali naik angin susah nak reda itulah Shakeel Iman. Ryana pun tak pernah nampak suaminya amuk seperti ini.

"Kau nak apa lagi Keel? Anak aku dah mati Keel. Kau buat perhitungan dengan diorang sampai mati sekalipun takkan dapat hidupkan balik anak aku! Baliklah! Takkan nak tengok aku mati jugak baru korang puas!" Jerit aku sepuas-puasnya.

Dentuman guruh menyambung-nyambung bunyinya.

"Jomlah balik bang, tak kesian ke dekat Esha. Dia kan tengah..." Ryana terputus kata lalu cuba menyambung kembali.

"Dia kan tengah sakit."

Tanpa banyak kata Shakeel mengambil alih kotak yang mahu ku angkat dan terus beredar daripada situ meninggalkan aku dan Ryana. Aku tahu lelaki itu terlalu marah. Kecewa dengan sifat sahabatnya yang melampau.

"Saya janji takkan datang sini lagi. Awak boleh hidup bahagia Encik Faiq. Saya takkan muncul dalam hidup awak lagi selepas ini. Itu janji saya. Assalamualaikum." Perlahan-lahan aku menapak pergi bersama Ryana. Langkahku terhenti saat Faiq membalas.

"Aku menyesal kenal kau! Mati hidup balik aku tak akan lupakan yang kau buat pada  aku!" Lantang suara Faiq.

Aku melajukan langkah masuk ke dalam perut kereta. Sebaik kami bertiga masuk ke dalam kereta. Hujan turun selebat-lebatnya. Situasi hujan ini seakan menangisi juga nasibku yang malang. Malang mencintai lelaki angkuh seperti Faiq Aiman.

 Malang mencintai lelaki angkuh seperti Faiq Aiman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now