BAB 52

3.4K 99 5
                                    

Ariz yang sedang terbaring diatas sofa itu ku geletek perutnya yang montel itu. Terkekek dia ketawa. Sesekali dia cuba untuk bangun. Tiba-tiba Mak datang menghampiri lalu duduk bersebelahan denganku.

"Hang yakin ka nak kahwin dengan Hilman? Hang pun tau apa yang jadi pada Faiq selama ini bukan sebab salah dia." Ujar Mak. Lantas ku merenung wajah Mak. Aku tahu Mak dulu bukan main sayang betul dengan Faiq.

"Takkan Esha nak batalkan Mak, kesian dekat Hilman. Alah, Faiq tu lelaki bila-bila aje boleh kahwin mak. Esha ni kalau dah tua siapa aje nak." Sempat aku berseloroh.

"Hang ni aku cakap betul-betul hang buat main pulak noh. Ni hang habaq kat aku sat. Betul ka hang cintakan Hilman. Bukan Ryana kata Faiq tu cinta pertama hang ka?"

Hampir tersedak aku mendengar pabila Mak berkata begitu. Bukan main Ryana ni semua benda nak cerita kat mak aku!

"Mak, cinta tu boleh berubahlah. Bagilah peluang kat orang jadi menantu Mak pulak." Balasku.

"Masalahnya hang tu dah ada anak Esha oi. Bukannya bapak dia dah mati. Aku yakin kalau aku offer Faiq jadi menantu aku balik mesti dia nak punya. Tapi terpulang kat hanglah. Kalau hang rasa dah tak suka sangat dengan Faiq. Sekurang-kurangnya hangpa berkawanlah. Kesian dekat Ariz tu. Mak pun bukannya tak suka dengan Hilman tu. Mak memang cukup suka dengan dia baik lepastu handsome. Aku ingatkan kalau Hilman tu tak nak dengan hang aku nak jodohkan aje dengan Sofea adik hang tu." Ujar Mak selamba sambil memuncungkan bibir kepada adik bongsu aku.

"Sofea pulak kena Mak ni. Sofea tak nak kahwinlah." Sofea menggeleng kepala sambil tercebik-cebik bibirnya.

"Mak su Pia dia couple dengan Abang Daniel lah." Lancar mulut Qayyum berkata-kata. Pantas Sofea menekup mulut lancang Qayyum.

"Siapa Daniel tu Pia?" Soal Mak sambil merenung tajam anak bongsunya.

"Daniel tu ala anak Makcik Saloma. Pia tak bercintalah dengan dia. Pia kawan aje, haritu Pia bawak Qayyum dengan Qaseh keluar jalan dekat mall. Pia jumpa dengan Daniel. Kebetulan Daniel baik dia belanja kami makan. Itu Qayyum ingat kami bercinta." Sofea menerangkan dengan secara jelas.

"Anak Makcik Saloma? Ya Allah, budak tu handsome! Baik hang tau dak. Mak cukup berkenan betul le kalau dia nak ambik hang jadi bini. Dulu masa Mak pi pasar, dia tak segan hantaq Mak balik. Masa tu Mak tengah tunggu teksi la. Dia ada tanya pasal hang. Dia tanya Sofea macam mana sihat ka dak? Lepastu dia kata lagi. Dia kata dia nak try ambik hati Mak dulu lepas tu baru dia nak ambik hati Pia. Ya Allah, Mak memang sokong sangatlah hang dengan Anak Sal tu." Mak punya bercerita dari kisah aku melalut sampai ke kisah Aimara Sofea.

"Eloklah tu, tak lama lagi makan nasi minyak la kita mak." Balas Along yang tiba-tiba muncul. Makin merah padam muka Sofea dibuatnya.

"Mak ni merepeklah. Daniel tu memang suka bergurau dari zaman sekolah lagi. Suka mengusik Pia nak jadikan Pia ni isteri dia." 

"Alah, usik-mengusik lama-lama jadi kenyataanlah. Bertuahlah Mak dapat anak menantu lagi sorang." Aku mencelah percakapan mereka.

"Hang pun sama lagi seminggu nak jadi bini orang. Apa-apa jadi pun. Hang pakat-pakatlah berbincang dengan Faiq pasal hak penjagaan anak. Kita ni bila dah ada tanggungjawab kena jalankan betul-betul faham dak?" Mak menasihati aku.

Aku hanya mengangguk faham. Iya walau apa pun terjadi. Aku takkan berpatah balik pada Faiq. Hilman adalah lelaki yang baik aku tak mahu kecewakannya untuk kali kedua. Bukan aku tak tahu besar harapannya untuk bersama aku hingga akhir hayat. Bukan aku tak mahu beri peluang Faiq tapi aku masih ingat juga budi Hilman selama ini. Aku takkan sia-siakan lelaki bernama Amerrul Hilman. Itu janjiku.

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now