BAB 56

3.6K 91 6
                                    

Air mataku masih tak kering mengenangkan peristiwa yang berlaku hampir seminggu yang lalu. Mana mungkin aku boleh menerima lelaki yang baru saja ku nikahi di bunuh di hadapan mataku. Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Lain yang ku rancang lain pula yang jadi.

Kes Jefri bakal dibicarakan nanti. Dia telah didakwa membunuh dalam masa yang sama ketika dia menyerang arwah Ratna di masjid dia sedang dalam pengaruh dadah. Oleh itu dia mampu bertindak di luar kawalan. Tujuan kedatangan pihak polis sebenarnya adalah untuk memberkas arwah Ratna atas dakwaan kes penganiayaan terhadap aku dahulu.

Arwah suamiku, Hilman. Dia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di kampung kerana di situ ada kubur mak ayahnya. Aku tak dapat mengikuti semasa urusan pengebumian arwah Hilman atas alasan iddah. Aku kini dalam tempoh iddah.

Faiq? Entahlah, aku dah lama tak mendengar khabarnya. Entah hidup atau mati aku tak peduli. Apa yang ku fikirkan tentang Hilman. Sedih memikirkan takdir kami berdua.

Kami belum sempat merasai hidup berdua tapi akhirnya terpisah dengan cara yang tragis. Aku menghela nafas yang panjang.

"Esha, marilah makan." Ryana menyapa.

"Tak nak. Aku tak nak makan." Aku membalas dengan tubir mata yang bergenang.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni Esha. Kau tak ingat anak kau ke? Kalau kau sakit siapa nak jaga?" Ryana memujuk.

"Kau tak ada kat tempat aku Ryana. Kau bayangkan masa kau tengah nikah hari tu tiba-tiba Shakeel mati kena bunuh. Kau tak sedih ke!" Aku meninggikan suara. Serabut memikirkan masalah.

"Tenang Esha, dah itu takdir Hilman yang tertulis dia akan pergi dengan cara macam tu. Kau patutnya redha dengan ketentuan Ilahi."

"Kau cakap senang! Kau tak ada kat tempat aku."

"Aku dah tak tau nak cakap macam mana lagi. Jangan buat Hilman macam ni Esha. Tak tenang dia di sana nanti. Relakan dia pergi."

"Kau bisinglah pergilah keluar!" Aku membalas.

"Kesian Ariz, ibu dia dah tak pedulikan dia. Okeylah, kalau macam ni keadaan kau. Aku tak boleh nak cakap apa. Kau layanlah perasaan itu." Ryana sudah mengalah.

"Aku sayang Ariz, walau apa pun jadi aku tetap sayang anak aku tapi aku terlalu tertekan dengan apa yang jadi. Depan mata aku nampak lelaki tak guna tu membunuh! Aku nampak dia kelar Ratna dan aku nampak dia tikam Hilman bertubi-tubi!" Suaraku hampir separuh menjerit.

"Habis kau tak nampak Faiq yang ditikam? Kau tak nampak macam mana pengorbanan lelaki tu selamatkan kau? Kau tau tak apa jadi pada Faiq?"

Aku menggeleng. Malas nak ambil tahu sebenarnya.

"Faiq kena tikam di bahagian peha. Syukurlah dia masih selamat."

"Baguslah kalau dia selamat, sekurang-kurangnya dia dah tentu bahagia dengan perempuan lain tapi aku? Suami aku dah meninggal dunia. Aku ni memang tak layak nak bahagia dengan orang yang aku cinta ke Ryana? Perkahwinan pertama aku gagal dan perkahwinan kedua aku...." Belum sempat menghabiskan ayat Ryana dah menyambung.

"Kau tak pernah gagal dalam perkahwinan. Ini adalah takdir yang tertulis untuk kau. Tuhan takkan uji kalau hambanya tak kuat. Ini ada surat untuk kau." Ryana mengeluarkan surat daripada poket seluar jeans miliknya.

"Dari siapa?" soal aku yang kehairanan.

"Kak Lola. Dia kata tolong beri pada Sha." Balas Ryana.

"Macam mana dia tahu Hilman dah tiada." Soal aku lagi.

"Kau tahu tak kes pembunuhan dalam masjid tu dah viral. Siap masuk dalam berita lagi. Macam manalah Kak Lola tu tak tau."

Aku mengambil sampul itu dan mengeluarkan sehelai lipatan surat. Lipatan surat itu ku buka dan baca.

Assalamualaikum,
sayangku Aimara Qalesha.

Mungkin Sha baca surat ini tatkala Hilman sudah tiada di dunia yang fana ini. Hilman amanahkan surat ini supaya Kak Lola yang pegang. Kak Lola akan serahkan tatkala Hilman dah pergi. Maafkan Hilman kerana menyembunyikan perkara ini dari Sha. Hilman terlalu takut kehilangan Sha untuk kali kedua. Hilman akui Hilman menderita barah otak. Entah sampai bila Hilman mampu bertahan Hilman pasti. Hilman tahu Hilman terlalu mementingkan diri sendiri. Akhirnya, Sha yang terpaksa menanggung derita nanti. Maafkan Hilman.

Hilman tahu Faiq adalah cinta pertama Sha. Susah untuk Hilman jelaskan tapi apa yang Hilman nampak pada mata Sha. Sesukar mata Sha menafikan perkara itu Sha masih tak mampu menipu Hilman. Sha masih cintakan Faiq. Hilman tahu hakikatnya Sha terhutang budi pada Hilman oleh kerana Hilman pernah menghulurkan bantuan untuk Sha.

Hilman akui Hilman tak terasa hati mahupun kecewa. Hilman sedar di mana kedudukan Hilman dalam hati Sha. Ikutkan hati Hilman tak mahu buat Sha menderita kerana kehilangan Hilman nanti tapi Faiq. Faiqlah insan yang mendorong agar Hilman menikahi Sha. Faiq nak lihat Hilman bahagia sebelum Hilman menutup mata. Maafkan Hilman kerana mementingkan diri. Hilman sedar Hilman bukanlah lelaki yang layak untuk mendampingi Sha selamanya. Oleh  itu, di akhir warkah ini Hilman ada permintaan terakhir. Hilman pohon agar Sha bersatu semula dengan Faiq. Tolonglah, demi anak Sha iaitu Ariz. Ayah kandungnya lebih layak mendampingi ibu. Ayah Man, hanyalah kenangan untuk Ariz seketika. Untuk anakku Ariz, Ayah Man akan tetap sayangkanmu hingga akhir nafas Ayah Man.

Salam sayang.

Muhammad Amerrul Hilman.

Seusai membaca makin berderai-derai air mataku jatuh membasahi pipi.

"Ya Allah, Hilman. Kenapa dia sembunyikan perkara ni dari aku?" Aku memeluk Ryana dan menyembamkan muka di bahu Ryana. Ryana mengusap belakangku.

"Kenapa dengan arwah Hilman?" Ryana ingin tahu.

"Hilman selama ini sakit. Kenapa aku tak sedar?"

"Sabar Esha, sabar." Ryana menenangkan aku.

"Ryana, aku tak boleh tunaikan permintaan terakhir arwah Hilman. Aku tak nak kahwin dengan Faiq." Rayuku.

"Kenapa?"

"Aku tak nak! Dia dah hancurkan hidup aku. Selama ni aku tak jumpa dia, aku boleh hidup bahagia aje tapi lepas aku jumpa dia balik hidup aku huru-hara! Aku tak nak kahwin dengan dia Ryana. Biarlah aku tak kahwin sampai mati sekalipun."

"Apa kau cakap Esha? Astagfirullah ingat Tuhan. Ini semua takdir. Kau ni bercakap macam orang tak ada iman." Marah Ryana kepadaku.

"Ryana, cakap dengan Along. Hantar aku balik kampung. Aku nak duduk sana. Aku nak habiskan iddah aku kat sana. Aku dah tak nak tinggal di sini." Ujarku lalu terus berbaring di atas katil lalu badanku mengiring menghadap tingkap sambil melayan perasaan.

Tiba-tiba aku terdengar suara Along bertanya.

"Yana macam mana dengan Esha?"

"Macam tu lah, ikutkan sangat perasaan tu. dia suruh kita hantar dia balik kampung. Dia nak habiskan iddah kat sana." Ujar Ryana.

"Dahlah, nanti kami bincang biarlah dia sorang-sorang."

"Tapi dia belum makan."

"Nanti dia rasa lapar dia makanlah."Selamba Along membalas.

Tak lama kemudian aku sudah tak mendengar suara mereka mungkin mereka dah keluar dari bilikku. Aku pandang surat yang masih ku pegang dan dekatkan ke dada. Aku teringatkan Faiq. Aku dah tak mampu untuk teruskan hidup dengan lelaki itu. Maafkan Sha... Hilman, Sha dah tak mampu lagi nak bersama dengan Faiq. Biarlah kami berdua hanya menjadi kawan sampai bila-bila dan tak lebih dari itu.

 Biarlah kami berdua hanya menjadi kawan sampai bila-bila dan tak lebih dari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now