BAB 25

3.7K 171 6
                                    

“Abang cemburu eh Esha dengan Hilman tadi.” Iya aku tau itu soalan yang bodoh. Tapi saja aku tanya nak menguji tahap cemburu dia macam mana nak tau tak susah dapat laki kuat cemburu ini. Sebenarnya aku suka tengok lelaki ni cemburu nampak yang dia ni betul-betul cintakan kita. Cemburukan tandanya cinta. Dia cintakan aku? Iya Aimara Qalesha dia cintakan kau. Crush kau yang dulu dah cintakan kau ahak malunya.

“Soalan apa ni? Dah Sayang tu isteri Abang mestilah Abang cemburu. Takkanlah Abang nak berjimba pulak bila tengok isteri dia dengan lelaki lain.” Faiq mencebikkan bibirnya. Dia terus mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Eleh nak mengelaklah tu.

“Janganlah cemburu, Esha tak ada apa-apa pun dengan dia. Please jangan kuat cemburu sangat macam malam tadi. Tak kesian ke dekat bini awak ni? Kita ni kan baru aje kahwin.” Aku membalas lagi. Namun Faiq masih dengan egonya yang menggunung.

“Abang, Esha ni tak pandai memujuk tau tapi bila Esha dah start memujuk ni maknanya Esha serius. Kalau Esha pujuk sekali aje tau kalau tak jalan jugak Esha tak nak pujuk dah,” ujarku dengan nada yang manja.

“Cepatnya Sayang putus asa.”

“Bukan putus asa tapi menyampah. Menyampah sebab jual mahal sangat.” Jeling aku geram. Ya Allah malunya aku tak pernah aku menggedikkan diri sendiri semata-mata nak pujuk orang.

“Jadi Sayang pun nak merajuklah?” soal Faiq memaling wajah memandang aku.

“Tak, kenapa pulak Esha nak kena merajuk? Tak ada sebab pun.”

So memang dah tak nak pujuk Abang ke ni? Kalau tak nak tak apalah, biar ajelah Abang terus macam ni sampai bila-bila.” Faiq kembali ke posisi menghadap jendela.

Eii gediknya laki aku. Mahu tak mahu kena pujuk juga kalau tak nanti Mak tanya kenapa jadi macam ni aku nak jawab apa?

“Okey, Esha pujuk. Abang jangan merajuk boleh.” Masa inilah aku ambil kesempatan berdiri di hadapannya lalu mencubit kedua belah pipinya. Kenapalah comel sangat laki aku ni? Patutlah dulu aku suka sangat dengan dia ni rupanya bukan aje handsome tapi pakej comel tau dok.

“Hisy, lepaslah.” Faiq sudah tertawa kecil apabila aku memperlakukan sebegitu. Tanganku ditepis lembut tiba-tiba tubuhku dengannya semakin rapat dan kami berpelukkan. Aku kaku seketika. Lebih memeranjatkan Faiq menghadiahkan aku sebuah kucupan di dahi. Gila ke apa dia cium aku kut! Eh kau dah lupa dia tu laki kau.

“Nak peluk jugak!” Tiba-tiba Qayyum meluru masuk ke dalam bilik. Aku segera menolak tubuh Faiq. Parah! Macam mana budak ni tiba-tiba sesat dalam bilik ni. Siapa yang tak tutup pintu ni rapat-rapat hah? Ya Allah nasib baik tak buat apa-apa lagi. Kalau tak mana aku nak taruk muka ni hah?

❁❁❁❁❁

“Qayyum buat apa ni? Aunty Esha baru aje kahwin, kenapa kacau dia?” bebel Kak Seri dengan muka ketatnya.

“Eh, tak apalah kak. Lagipun Esha yang cuai sangat sebab tak kunci pintu tadi. Nasib baik kitorang tak ada buat apa-apa.”

“Nasib baik? Kalau nasib tak baik macam mana?” Hampir kelu lidahku. Marah betul Kak Seri ni. Tak apa Kak Seri kami tak akan berani buat apa-apa lagi tau hehe.

“Kak Seri maaflah sebab dah susahkan Kak seri,” balasku dengan suara yang tergetar-getar.

“Tak, patutnya Kak Seri yang kena minta maaf. Budak Qayyum ni dah menganggu privasi kamu berdua. Nak aje Kak tibai budak ni. Geram aje tengok. Lain kali kalau budak ni menganggu kamu berdua beritahu aje pada Kak Seri.”

“Tak apa okey ajelah biasalah budak-budak manalah tau apakan.” Aku rasa perasaan malu aku semakin bertingkat-tingkat. Woi malunya aku. Qayyum pun nak masuk bilik salah masa.

“Iyalah, Qayyum pergi dekat Papa sekarang!” Suara Kak Seri yang meninggi membuatkan aku juga turut kecut. Qayyum segera berlari anak kemudian Kak Seri mengikuti anaknya dari belakang.

“Dengar tu Sayang, lain kali kunci pintu tau kalau kita berdua dalam bilik.” Faiq ketawa dengan mimik wajah yang nakal. Aku yang masih dengan rasa geram terus menyiku perut Faiq. Padan muka siapa suruh gatal sangat. Faiq tersenak seketika. Aku segera meninggalkan Faiq di situ tanpa belas kasihan.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now