BAB 2

6.6K 320 10
                                    

Beberapa tahun kemudian....

Kucing yang berbulu lebat dan berwarna putih itu aku usap. Namanya Qish, aku bagi nama dia macam tu sebab bila pandang muka dia mesti rasa nak kiss. Qish memang manja, bila nampak aku atau Ryana mesti dia terus datang menghampiri lalu menggeselkan kepalanya pada kaki.

Kuat makan dan kuat tidur itu sememangnya telah menjadi hobi yang wajib bagi Qish. Teringat masa mula-mula jumpa dekat taman. Waktu itu dia kelihatan sangat comot sebab jatuh dalam longkang, mujurlah Ryana ada boleh terjun dalam longkang dan selamatkan. Kalau aku yang terjun dalam longkang itu silap-silap tak boleh naik dah, sebab aku tak cukup ketinggian sedangkan longkang itu agak dalam.

"Esha, hang ada nampak dak aku punya handphone?" soal Ryana tiba-tiba muncul. Aku pandang dia dari atas sampailah bawah. Eleh, bergaya nampak nak keluarlah tu? Entah-entah nak jumpa Shakeel. Maklumlah sejak insiden nota lekat tu, Shakeel dan Ryana terus menjadi melekat. Maksud aku hubungan mereka jadi rapat.

"Ada aje kat meja makan tu. Hang lawa sangat ni nak pi mana? Nak jumpa Shakeel ka?"

"Yup, aku dengan dia sebenaqnya dah rancang nak kahwin. Seronoknya weh, bila dia cakap dia nak lamar aku jadi bini dia. Oh Abang Shakeel, terima kasih kerana melamar kami isteri hangpa." Ryana tersenyum nakal. Gedik sungguh na!

"Untunglah orang tu dah nak kahwin, aku ni ja mereput menunggu jodoh."

"Itulah hang, dulu kenapa tak mau cuba pikat Faiq. Tengok aku sekarang diusia muda bakal mendirikan rumah tangga. Lagipun, hang ada simpan perasaan kat dia kan?"

"Hisy, ke situ pulak hang. Tak dak kerja aku nak pi mengurat si Faiq tu. Hang tau tak insiden nota lekat tu masa kita umoq berapa? Masa tu kita baru umoq 14 tahun, hang tau dak! Time tu aku dok fikir pasal belajaq aje. Lainlah hang gatal." Dia ingat aku ada masa nak bercinta macam dia? Apalah Ryana ni.

"Iyalah, hang betul aku salah." Ryana terus berlalu masuk ke dalam rumah. Ambil telefon bimbitnya mungkin.

Tak lama kemudian Ryana keluar dan seperti yang aku ramalkan memang benar terdapat telefon bimbit dalam pegangannya. Orang tengah hangat bercinta lagutulah perangai! Telefon pun tak mau lepas.

"Esha, sekejap lagi Kak Najla yang aku cakap tu datang. Hang siaplah dulu apa yang patut." Nada suara Ryana kedengaran seperti sedang merajuk. Dia membuka pintu pagar lalu segera masuk ke dalam perut kereta Myvi berwarna kelabu. Enjin kereta dihidupkan dan terus berlalu pergi.

Nampak sangat tengah merajuk dengan akulah tu, sensitif sangat. Aku bangun dari duduk, Qish yang sedang lena dalam dakapan terus aku lepaskan. Kaki segera melangkah masuk ke dalam rumah dan menuju ke dapur.

Sekejap lagi tetamu akan sampai. Lebih baik aku siapkan apa patut daripada melayan perangai Ryana serupa kanak-kanak. Dah tua pun, hati tetap macam tisu. Tapi... memang patut pun dia selalu terasa, aku pun sejenis cakap suka main lepas tak ada selindung apa dah. Jujur sangat!

❁❁❁❁❁

"Assalamualaikum." Suara seorang wanita memberi salam. Diiringin dengan bunyi ketukan pintu.

Aku segera berlari anak untuk membuka pintu. Itu mesti Kak Najla. Tangan aku pantas sahaja membuka pintu dan memang benar tekaanku. Walaupun aku tak pernah mengenali siapa Kak Najla, tapi hati aku tetap kuat mengatakan perempuan itu ialah Kak Najla. Lagipun, Ryana juga yang cakap dekat aku yang Kak Najla akan datang takkan Kak lain pulak.

"Walaikumussalam, ini Kak Najla kan?" soal aku dalam keadaan terkebil-kebil.

"Iya, ini Kak Najla. Kamu Aimara Qalesha kan?" Takkanlah Kak Najla tak kenal aku? Aku ingatkan, aku aje yang tak kenal dia rupanya dia pun tak kenal aku.

"Iya, saya Aimara Qalesha. Jemputlah masuk Kak. Maaflah rumah ni tak berapa nak kemas, kadang-kadang saya ni sibuk sikit." Sibuklah sangat!

"Alah, bukannya bersepah pun. Kak Najla tengok okey aje rumah ni. Bersih dan barang-barang pun tersusun elok. Baguslah rumah sentiasa kemas, untung suami awak dapat isteri rajin." Kak Najla memuji aku. Aku rasa hidung aku kembang kempis menahan malu. Senyuman pula tak lekang di bibir aku. Alahai Kak Najla ni malu pulak kita!

"Kak Najla, duduklah dulu. Saya nak buat air."

"Eh, tak payah susah-susahlah buat air. Kita cuma nak berbincang sekejap aje." Kak Najla cuba menghalang supaya aku pergi ke dapur.

"Tapi Kak... air tu dah siap. Tak apa, Kak tunggu aje sekejap nanti saya bawa air." Aku segera mengatur langkah masuk ke dapur.

Gelas kosong aku capai lalu segera di letakkan di dalam dulang. Air sirap yang sudah siap dimasukkan gula aku angkat dan letakkan dalam dulang juga. Kemudian, dulang itu perlahan-lahan aku bawa ke ruang tamu.

"Kak Najla ni menyusahkan kamu aje Esha." Sebaik ternampak kelibat aku, Kak Najla terus berkata begitu. Dulang itu aku letakkan perlahan di meja pendek itu lalu aku tuangkan air ke dalam tiga gelas kosong.

"Kak Najla, tak menyusahkan pun. Biasalah kalau tetamu datang mestilah kena layan elok-elok. Kalau Kak Najla bernasib baik saya nak aje belikan kuih bagi Kak makan. Tapi... tak sangka Kak Najla datang secara mengejut, lagi satu jam nak datang ke sini baru Kak nak cakap."

"Sebab tu Kak datang secara mengejut. Bukan apa, Kak memang jenis tak suka nak menyusahkan orang." Aku hanya mengukirkan senyuman buat Kak Najla. Aku bangun lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Kak Najla.

"Jadi ke Kak Najla nak saya jaga Nabihah ni?" Aku pandang ke arah tubuh kecil yang berusia dalam lingkungan empat tahun. Comel macam anak cina. Wajahnya memang seiras dengan Kak Najla.

"Apa pulak tak jadi. Mestilah jadi, Kak pun sekarang tengah sibuk bekerja. Suami pun sama sibuk, sampai kami ni kadang-kadang tak ada masa untuk bersama dengan Nabihah. Ada Pak Su dia pun bukannya boleh harap, dia pun sibuk dengan butik dia tu," ujar Kak Najla rancak bercerita tentang keadaan keluarganya. Itulah, bila semuanya berkerjaya, bilanya untuk luangkan masa bersama anak?

"Insha-Allah, saya akan jaga Nabihah baik-baik."

"Nabihah ni kadang-kadang nakal tau. Harap-harap, kamu tahanlah dengan perangai dia. Gaji berapa kamu nak?" soal Kak Najla.

Aku sudah menelan air liur. Nak jaga budak nakal? Ini yang payah ni tapi tak apa, nasib baiklah aku pernah ada pengalaman jaga adik aku. Aku yakin, yang Nabihah ini nakal macam adik aku aje. Alah, senang aje jaga.

"Kalau soal gaji terpulang kepada Kak Najla ajelah."

"Okey, nanti Kak akan tetapkan berapa gaji kamu. Kalau dia nakal ke, Esha marah aje dia. Tak pun, jeling aje. Kak ni bukan jenis nak manjakan anak-anak nanti kalau tak ditegur dah besar karang dia akan degil dan tak nak dengar cakap," Kak Najla membebel sambil bercekak pinggang memandang anaknya yang berada sebelah. Ralit betul Nabihah bermain telefon sebijik macam Ryana tak boleh berpisah dengan telefon.

"Baik Kak, saya akan tegur dia kalau ada buat salah."

"Baguslah."

Setelah habis berborak tentang topik Nabihah. Kak Najla beralih kepada topik yang lain-lain pula. Sehinggalah, habis air sirap yang aku bancuh tadi. Bukan sebab habis diminum tapi disebabkan tertumpah oleh kerana tendangan padu dari Nabihah.

Merengek nak balik punya fasal. Sampai ditendangnya meja pendek itu. Nabihah... aku belum mula kerja kau dah buat hal. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dalam menjaga budak bernama Nabihah ini.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now