BAB 11

4.2K 189 4
                                    

"Esha boleh tak hang teman aku keluar." Ryana mula duduk rapat dengan aku. Nampak gaya macam nak bermanja pun ada. Gelilah pulak aku dengan Ryana ni. Aku segera menolak tangan Ryana yang hinggap di bahu aku.

"Apa hal pulak ni? Malaslah nak keluar. Bukannya ada hal penting pun kan. Ajaklah si Shakeel hang tu. Hangpa berduakan tak boleh berpisah dah macam belangkas aku tengok."

"Hang ni tak baik tau mengata aku macam belangkas. Jomlah teman aku dating." Ryana mula menarik lenganku.

"Main kasar nampak, peliklah aku dengan dengan hang ni. Selalunya dating tak ajak aku pun. Dah kenapa mabuk ke?" Aku mencebikkan bibir. Nasib baik kawan kalaulah Faiq dah lama kena tumbuk dengan aku.

"Temanlah, hang pun mesti bosankan cuti macam ni duduk rumah sorang-sorang." Ryana masih tak berputus asa dalam memujuk aku.

"Aku lebih selesa duduk rumahlah boleh tidur. Malaslah, yang hang beria-ia ajak aku ni kenapa? Hang jawab dulu soalan aku. Kalau hang bagi jawapan tak bernas sorry aku tak nak ikut."

"Aku nak ajak hang beli barang kahwin. Aku tak pandai pilih barang, hang kan pandai dalam memilih barang ni kan sebab tu aku minta tolong dengan hang. Kalau hang tak nak ikut aku cium pipi hang!" Ryana mengugut aku dalam masa yang sama dia sudah memuncungkan bibirnya.

"Sebelum tangan aku ni lempang muka hang baik jangan dok buat benda yang tak senonoh. Okeylah, aku ikut. Bila nak keluar ni?"

"Tahu takut, kalau boleh bersiaplah sekarang. Dah, aku nak pi bersiap ni." Ryana sudah mula bangun dari duduknya dan segera berlari anak meninggalkan aku di situ.

❁❁❁❁❁

"Sampai hati hang tipu aku Ryana." Sempat aku menjeling pada yang lelaki yang sedang berdiri di hadapan aku ini. Dengan senyumannya yang tak lekang dari bibir. Macam kerang busuk, penampar nak?

"Mana ada aku tipu hang, aku tak tau pun yang mamat ni ikut Shakeel. Kalau nak tau sebabnya pergilah tanya Shakeel," bisik Ryana pada telinga aku. Eh, suruh kita pula pergi tanya Shakeel. Malaslah aku.

"Apa bisik-bisik ni? Jomlah ikut saya pergi beli barang penting sekejap. Esha, awak boleh tak tinggal sekejap dengan Faiq." Shakeel mula bersuara.

"Apa? Saya bawa Esha sebab nak suruh dia pilihkan barang untuk saya. Walaupun saya ni seorang perempuan tapi kalau bab pilih barang saya tak pandai." Baguslah Ryana tolong aku. Inilah contoh sahabat yang baik. Tak nak aku duduk dengan mamat kopi putih ni.

"Awak... saya nak beli barang penting ni dan saya nak awak aje ikut. Barang yang nak dibeli ni pun tak payah pilih pun tak apa."

"Ala... awak ni." Ryana mula mencebikkan bibirnya.

"Okey stop! Kalau nak gaduh macam ni lebih baik saya balik rumah." Aku mula mengugut, malas aku dengar orang bertekak macam ni.

"Iyalah, hang jangan nak mengada-ngada pi balik. Aku tumbuk muka hang sat lagi. Esha, hang tunggu dekat sini sat aje tau nanti aku belanja ais kepal milo. Bye tata titi tutu." Ryana segera berlari anak ke arah Shakeel yang sudah mendahuluinya dan dia siap memberikan flying kiss lagi padaku. Geli geleman aku tengok Ryana macam tu.

"Sekarang ni, apa kata kalau aku ajak kau jalan-jalan dekat shopping complex ni nak tak? Lagipun takkanlah kau tak bosan duduk dekat sini dan pandang muka aku yang kacak ni." Setelah kelibat Ryana dan Shakeel menghilang si Faiq mula bersuara. Eh, puji diri sendiri nampak. Dasar masuk bakul angkat sendiri.

"Kalau teman wanita awak marah macam mana?" Aku langsung tak berminat nak bercakap dengan dia.

"Bercakap tentang teman wanita, aku tengah berfikir ni. Adakah kau sebenarnya cemburu bila aku dengan perempuan tu?" soal Faiq.

"Cemburu? Memang taklah, saya pun pilihan hati sendiri. Tak ada masa nak cemburu."

"Malangnya pilihan hati kau tu langsung tak sedar tentang perasaan kau. Kita ni umur makin meningkat, kawan baik kau dengan kawan baik aku si Ryana dan si Shakeel dah nak kahwin. Apa kata kalau kita berdua kahwin nak tak?"

"Tak nak!"

"Kau nak tau tak aku ni cuma ambil masa dalam lima minit aje tau untuk berfikir melamar kau."

"Lima minit aje seriuslah? Yakin ke dalam masa berfikir awak selama lima minit tu tadi, kita akan bahagia selamanya nanti? Bukan apa boleh jadi jugak lima minit selepas itu awak akan ubah fikiran. Jadi sebelum buat keputusan lebih baik berfikir dengan betul dulu." Gila agaknya ambil masa lima minit saja untuk buat keputusan sebegitu.

"Aku yakin aje kita boleh bahagia, kahwin ajelah dengan aku. Bukannya aku tak tahu yang kau tu sebenarnya bukannya ada yang nak pun. Jadi kau nak tunggu siapa lagi?" Sesedap mulut dia aje mengata aku. Kalau macam inilah gaya dia melamar orang lebih baik dia ni kahwin dengan dugong ajelah. Macam tak ada perasaan langsung.

"Eh, biar ajelah saya ni tak ada orang nak sekalipun. Janji hidup saya bahagia dengan keluarga dah cukup. Awak sibuk sangat kenapa? Pergilah ajak teman wanita awak kahwin. Dahlah kuat perasan." Aku menjeling Faiq dengan perasaan meluat yang sedang membelit hati. Rasa nak cekik aje mamat ni.

"Perempuan tu bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan aku, dia tu adik akulah. Alahai, susah sangat nanti aku suruh ibu dengan ayah aku pergi meminang kau. Lepas tu kita kahwin okey." Faiq tersenyum nakal sambil merenung aku. Tangannya menolak rambut ke belakang. Aku segera mengalihkan pandangan ke tempat lain. Kang jatuh hati pulak payah jugak nanti.

"Amboi, aku dengar ada orang sebut hal kahwin. Adakah kita akan dapat makan nasi minyak nanti." Tiba-tiba suara milik Ryana yang penuh dengan nada memerli kedengaran. Bila masa pasangan ni tiba-tiba muncul!

"Betullah, saya pun dah terhidu nasi minyaklah." Shakeel tak kurang hebatnya juga. Mulalah tu nak memerli orang.

"Iyalah, memanglah terhidu nasi minyak. Nasi minyak siapa lagi kalau bukan nasi minyak kau dengan Ryana kan." Faiq dengan sengaja melakukan ketawa dibuat-buat sambil menepuk bahu Shakeel.

"Ryana hang beli apa tadi? Macam tak ada beli apa-apa pun." Aku pandang kedua pasangan ini. Memang langsung tak ada barang dibeli. Biar betul diorang ni?

"Aku ada beli barang ni, takkanlah semua benda aku nak tunjuk dekat hang kut," balas Ryana.

"Okeylah, sekarang ni aku nak tuntut ais kepal milo yang hang janjikan. Mana ais kepal milo aku. Dah tengahari macam ni makan ais kepal sedaplah kan?"

"Nak makan ais kepal milo pulak, iyalah jom tapi kau kena janji lepas makan kita kena datang sini balik ada barang yang belum beli lagi ni okey? Awak... jom makan ais kepal. Ada budak ni dia dah tuntut ais kepal milo." Ryana memanggil Shakeel dengan nada manja. Ceh, ingatkan dah boleh balik dah lepas makan ais kepal rupanya kena datang sini balik. Tak apalah janji aku dapat apa yang aku nak.

"Kau suka makan ais kepal milo?" soal Faiq tiba-tiba.

"Nak kata suka tu taklah kut, lagipun saya baru aje nak cuba makan."

"Kalau kau nak tau ais kepal milo tu tak adalah manis sangat sebab manisnya tu dah ada dekat kau," ujar Faiq lalu ketawa dibuat-dibuat sekali lagi. Ryana dan Shakeel dah pandang aku semacam. Mesti diorang akan fikir bukan-bukan nanti.

"Inikah yang dinamakan pickupline yang tak sampai? Dahlah gelak pun fake." Gumam aku lalu mengerutkan dahi. Geramnya aku tengok dia ni. Sabarlah duhai hati.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin