BAB 10

4.1K 206 17
                                    

Tanganku meraba-raba mencari telefon bimbit di bawah bantal. Tengah malam macam ni siapalah yang call? Suka betul menganggu waktu rehat aku. Dengan mata yang masih terpejam aku menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, ada hal penting ke? Tengah malam macam ni call orang kenapa? Tak tau ke orang dah tidur?" Bertubi-tubi soalan aku beri oleh kerana terlalu geram.

"Walaikumussalam, awalnya tidur. Baru pukul sembilan, ini saya Faiq. Penat sangat ke dating petang tadi?" Perli Faiq dihujung ayat terdengar tawa halusnya.

Mataku segera segar kembali sebaik sahaja terdengar nama Faiq. Aku ada bagi nombor telefon dekat dia ke? Aduhai, ada saja modal dia nak kacau aku.

"Dating? Tak adalah, saya keluar dengan kawan lelaki aje. Saya anggap dia tak lebih dari seorang kawan aje. Awak pun dating tadi kan?" Entah kenapa tiba-tiba aku boleh dapat keberanian tanya soalan sebegitu kepada Faiq. Nanti dia marah macam mana?

"Iya, saya dating. Cantikkan girlfriend saya." Sempat Faiq memuji tentang kecantikkan teman wanitanya. Eleh, itupun sibuk nak kacau aku lagi kenapa? Lelaki ni tak pernah cukup kan?

"Cantik, sesuai sangat dengan awak. Bagai pinang dibelah kapak," balasku bersahaja.

"Apa dia?" Suara milik Faiq berubah menjadi sedikit tegas selepas mendengar pujian aku yang tak seberapa ikhlas itu.

"Awak kenapa call saya malam macam ni? Nanti teman wanita awak marah macam mana? Lagi satu mana dapat nombor telefon saya, saya tak pernah bagi pun nombor telefon saya dekat awak."

"Tanyalah dekat bestfriend awak tu. Dia yang bagi, saya minta dekat dia sebab senang saya nak hubungi awak nanti," ujar Faiq.

"Lepas sorang-sorang kau bagi nombor telefon aku ya Ryana." Aku menepuk dahi.

"Bebelkan dekat siapa tu?"

"Eh, tak ada apalah. Boleh saya tanya satu soalan, awak dengan girlfriend awak tu dah berapa lama kenal," soalku. Sejak bilalah aku dah pandai ambil tahu fasal hal orang lain ni.

"Kenapa nak tau? Kau cemburu ke?" Faiq mula menduga. Kan aku dah agak mesti mamat kopi putih ni syak bukan-bukan. Eh, tak ada kerja aku nak cemburu dengan kau bukannya suami aku pun.

"Tak ada maknanya, saya pun dah pilihan hati saya sendiri. Dia pun jauh lebih baik dari awak tau!" Aku baru tersedar yang aku dah terlepas cakap. Ya ampun, mulut! Kenapa jahat sangat ni!

"Yakin ke yang dia jauh lebih baik dari saya?"

"Okey bye, assalamualaikum. Saya nak sambung tidur." Aku segera mematikan telefon. Menggigil habis aku satu badan sebab terlepas cakap dengan dia. Itulah kau Esha mulut puaka sangat. Ingatlah sikit yang dia tu majikan kau jugak.

Tiba-tiba telefonku berbunyi tanda mesej masuk.

Sekejapnya dah nak tidur, Okeylah sweet dream okey. Mimpikan saya, jangan mimpikan pilihan hati awak tu tau.

Aku menelan air liurku. Mimpikan Faiq Aiman? Itu bukan mimpi indah aku tapi mimpi ngeri namanya! Minta dijauhkanlah.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now