BAB 15

3.7K 155 0
                                    

"Esha, aku ada buatkan hang cheese cake. Ini pertama kali tau aku buat kek, hang jangan marah tau kalau tak sedap." Ryana tiba-tiba datang mendekati aku di meja makan dengan sepotong kek keju setelah lama dia membuat sepah di dapur. Ini mesti misi Ryana untuk memujuk hati aku semula. Hati aku masih sakit sehingga sekarang pabila mengenang semula apa yang dia sudah buat. Faiq pula sudah hampir seminggu aku langsung tak nak bercakap dengan dia, biar padan muka dia. Aku yakin yang Faiq akan mengalah juga nanti.

"Letak ajelah kek tu depan aku ni, nanti aku rasalah kalau sedap aku bagi Nabihah tapi rasa takut pulak nak bagi budak tu makan kek hang ni, kang murung pulak dia lepas rasa kek hang. Kalau tak sedap hang bagi ajelah dekat Qish si kucing tu, tu pun kalau dia nak makan," balas aku dingin. Ryana hanya diam dan akur dengan pantas dia meletakkan kek keju di hadapanku.

"Hang masih marahkan aku ka?" soal Ryana kemudian dia duduk di hadapanku. Mungkin dia menanti komen aku tentang kek itu.

"Marah? Sekarang ni aku nak tanya hang, bayangkan tiba-tiba aku bagi cadangan dekat Faiq suruh family dia masuk meminang hang sedangkan hang cintakan Shakeel. Adakah rasa hang suka?"

"Aku tau aku salah dan aku tak patut masuk campur dalam hal ini. Aku cuma nak tolong dia, dia pernah mengaku yang dia cintakan hang. Dia tak boleh lupakan hang dan dia juga sebenarnya..." belum sempat Ryana menghabiskan kata-katanya aku segera mencelah.

"Cukup! Aku tak nak dengar. Kalau betul dia cintakan aku dia perlu belajar buang perasaan tu jauh-jauh. Aku tak nak dia jadi suami aku." Aku masih tak faham mengapa Ryana mahu sangat aku bersuamikan Faiq.

"Aku tahu dia pernah menjadi cinta pertama hang tapi masa tu dia tak nak layan hang. Kali ini aku memang nampak yang dia betul-betul nak dekat hang. Terima ajelah dia tu."

"Ya Allah, Ryana Shafirah please Faiq dah pukau hang ke? Sekarang ni aku nak tanya apa sebab aku kena kahwin dengan dia?" Saat aku bertanyakan soalan itu Ryana terdiam seribu bahasa.

"Tak apalah, aku cuma nak hang fikir baik-baik. Aku naik atas dulu." Ryana meminta diri dulu naik ke atas. Belum sempat kaki Ryana memijak anak tangga aku kembali bersuara.

"Ryana, aku dah penatlah bergaduh dengan hang. Okey, aku akan fikirkan benda ni baik-baik. Tapi tak semestinya aku nak kahwin dengan dia. Hang tau kan yang aku sukakan...."

"Hilman? Apa lagi yang hang tunggu dia tu? Dia pernah tak luahkan perasaan cinta dia pada hang? Pernah ke tak?" Bertubi-tubi pertanyaan dari Ryana membuatkan lidah aku menjadi kelu. Kenyataannya Hilman memang tak pernah luahkan apa-apa perasaan pada aku.

"Iya, memang Hilman tak pernah luahkan perasaan pada aku. Aku tau aku ni syok sendiri, tapi aku bahagia dengan apa yang aku rasa sekarang."

"Sampai bila Esha? Sampai hang dah dapat kad kahwin dia macam tu? Sedarlah Esha kenapa hang nak tunggu orang yang belum pasti nakkan hang?" Apa yang Ryana cakap ada benar juga, sampai bila aku nak tunggu Hilman.

"Aku tau susah hang nak buat keputusan ni sebab melibatkan masa depan. Apa kata hang buat solat istikharah, aku dapat rasakan yang hang sebenarnya tersepit antara dua cinta. Hang tak tau nak pilih yang mana satu antara Faiq dan Hilman kan?" Benar tekaan Ryana, aku tak tahu nak pilih yang mana. Aku sukakan Hilman dalam masa yang sama aku masih cintakan Faiq. Mustahil aku dapat lupakan Faiq walaupun dah bertahun lamanya aku cuba untuk lupakan dia tapi dia masih kekal di dalam ingatan.

"Insya-Allah nanti aku buatlah solat istikharah, sekarang tukar topik boleh tak? Duduklah sini balik makan kek kau yang tak sedap ni." Seloroh aku. Aku mula merasai sedikit kek keju buatan Ryana.

"Belum rasa hang dah kutuk kurang asam." Ryana mencebikkan bibirnya lalu duduk semula di hadapanku.

"Sedap, bolehlah kahwin kan? Kau dah lulus buat kek ni. Nanti cubalah pikat mak mertua kau dengan kek ni. " Dalam beberapa minit sahaja kek keju dalam piring kecil itu sudah dimakan oleh aku. Nampaknya Nabihah tak merasalah kek keju buatan Ryana ni.

"Tadi kata tak sedap habis juga hang telan." Dalam diam Ryana tersenyum-senyum sendirian. Mungkin gembira kerana dia telah berjaya menghasilkan kek keju untuk pertama kalinya.

Aku kena berjumpa dan berbincang dengan Faiq tentang hal ini.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon