BAB 19

3.3K 175 0
                                    

Hari ini, aku sedang menghitung detik untuk menjadi isteri kepada seorang insan. Insan yang tak pernah ku duga dialah yang bakal menjadi suamiku. Dia lelaki yang pernah jadi cinta pertamaku dan dia jugalah lelaki yang pernah aku cuba untuk melupakannya. Perancangan tuhan itu hebat tak ada yang boleh sangkakan.

"Tak lama lagi Esha akan jadi isteri kepada Faiq, tak sabar mak ngah nak tengok anak kamu berdua. Kamu dahlah cantik suami kamu pulak kacak." Mak Ngah memuji tentang kecantikkan aku ke?

"Apalah mak ngah ni, tang mana yang cantiknya Esha ni? Esha ni cantik sebab solekan mak ngah aje. Kalau tak bersolek mesti sebiji macam hantu Kak Limah."

"Mak ngah puji pun salah, dah memang anak buah mak ngah ni cantik. Takkanlah mak ngah nak menafikan pulak? Okey dah siap, nanti dah nak bertolak mak ngah panggil Esha tau." Mak Ngah yang baru sahaja selesai menyolekku terus mengemas barang-barangnya dan keluar dari bilik.

Sedang aku leka membelek wajah, baru aku teringat sejak dari pagi tadi Ryana langsung tak menghubungi aku. Dia dah lupakan aku ke? Lantas tanganku mengapai telefon dan panggilan dari seseorang pun masuk. Lebih mengejutkan panggilan itu bukan dari Ryana tapi dari Hilman. Terketar-ketar jariku saat ingin menekan sebagai panggilan dijawab.

"Tahniah Aimara Qalesha," kata- kata itu membuatkan hati aku sedikit pedih. Entah kenapa aku boleh rasa sebegini saat ini. Setelah lama tak bersembang dengannya jadi rasa kekok pula.

"Terima kasih Hilman, awak datang tak majlis perkahwinan saya hari ni?" soal aku tergagap-gagap.

"Tak, saya minta maaf sangat tak dapat hadir majlis awak. Ada masalah yang tak dapat dielakkan."

"Kenapa Hilman? Awak okey tak?" Hilman masih kawan baik aku jadi apa salahnya kalau aku masih mengambil berat tentangnya.

"Saya okey, cuma saya ada satu perkara yang nak cakap dengan awak. Perkara ni langsung saya tak luahkan pada awak dari dulu sebab saya terlalu lembab." Dihujung-hujung ayat terdengar suara Hilman seolah-olah mahu menangis.

"Perkara apa Hilman?"

"Saya cintakan awak Esha... sejak diawal perkenalan kita lagi saya dah mula jatuh hati pada awak. Tapi saya tak tau nak luahkan macam mana. Saya minta maaf kalau luahan hati saya ni akan menggangu awak dihari perkahwinan ni. Saya janji takkan ganggu awak, saya dah redha yang awak bukan jodoh saya. Selamat pengantin baru Esha." Entah kenapa luahan hati dari Hilman ini membuatkan aku menitiskan air mata.

"Kenapa awak tak luahkan semuanya dulu Hilman? Kenapa tak? Awak takut yang saya tak terima awak?"

"Cukuplah Esha, saya dah terima dengan hati yang terbuka. Mungkin kita hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat dan bukannya sebagai pasangan suami isteri. Saya harap hubungan awak dengan bakal suami awak akan kekal abadi dan bahagia selamanya."

"Hilman, saya doakan awak dipertemukan dengan jodoh yang baik. Saya akui yang saya sukakan awak Hilman tapi dalam masa yang sama saya tak boleh menafikan yang saya masih cintakan bakal suami saya. Andai awak melamar saya dulu mungkin saya dah jadi isteri awak. Tapi tak apalah, mungkin Allah S.W.T dah takdirkan kita untuk menjadi sahabat sampai bila-bila." Air mataku jatuh dengan deras. Kuatkan hatiku Ya Allah. Aku masih cintakan Faiq, jangan sampai ada yang perasan aku menangis dihari bahagia ini.

"Terima kasih, assalamualaikum Esha." Hilman menamatkan panggilannya. Telefon bimbit aku letak semula di meja solek.

"Esha, kenapa menangis ni? Habis buruk solekkan mak ngah tadi." Suara Mak Ngah yang tiba-tiba kedengaran mengejutkan aku.

"Tak ada apalah tadi kawan Esha dia telefon, dia cakap dia tak dapat datang sebab sakit. Esha kesian dengan dia sebab tu tak sengaja menangis ni." Bohongku.

"Dia sakit? Kesiannya tak apalah kita doakan dia supaya cepat sembuh ya. Sekarang ni kita dah nak bertolak ke Masjid. Meh, mak ngah nak betulkan balik solekkan kamu yang dah comot ni. Hari ni hari bahagia Esha jadi jangan sedih-sedih tau." Aku menghela nafas lega mujurlah Mak Ngah tak banyak tanya.

❁❁❁❁❁

Tatkala kakiku melangkah masuk ke dalam masjid. Hatiku merasa sedikit tenang dan terus melupakan kejadian antara aku dan Hilman tadi. Aku duduk bersebelahan dengan Ryana. Baju Ryana dan Shakeel berwarna merah jambu manakala Faiq dan aku memilih untuk memakai baju berwarna putih.

"Ryana, cantiknya hang hari ini." Sempat aku berbisik pada Ryana. Ryana sudah mengukirkan senyuman yang lebar. Pantang kena puji mulalah kembang kempis hidung dia.

"Hang pun apa kurangnya," balas Ryana.

Kini tiba saat Shakeel untuk melafazkan terima nikahnya Ryana. Walaupun ini belum giliran aku tapi jantung aku tetap berdetak laju.

"Shakeel Iman Bin Ahmad Saiful, aku nikahkan kau dengan Ryana Shafirah Binti Razali dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Pak Cik Razali menjadi wali kepada Ryana. Semoga berjaya Shakeel jangan gugup sudah.

"Aku terima nikahnya Ryana Shafirah Binti Razali dengan mas kahwin lima ratus ringgit tunai." Dengan sekali lafaz Ryana telah sah menjadi milik Shakeel. Ryana menangis terlalu gembira kerana semuanya telah berjalan dengan lancar.

Kini giliran Faiq pula untuk melafazkan nikah. Jika tadi jantung aku berdetak dengan laju tapi kali ini aku rasakan jantung aku berdetak dengan lebih laju rasa jantung ni nak meletup pun ada.

"Dah sedia ke?" soal Along. Along akan menjadi wali bagi pihak aku. Kalau arwah ayah ada mesti dia yang akan mewalikan aku. Aku lihat yang Faiq sudah mengganguk sebagai tanda dia dah bersedia.

"Bismillahirahmanirrahim, Muhammad Faiq Aiman Bin Nasir, aku nikahkan kau dengan Aimara Qalesha Binti Shafie dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Aimara Sofea..." Faiq tergagap-gagap untuk melafazkan terima nikahnya.

"Aimara Sofea?" Aku mengangkat wajah memandang Along sudah ketawa terkekek-kekek.

"Faiq tu gugup rasanya. Aimara Sofea tu adik hang kut." Ryana pun galak ketawa.

"Takkanlah Faiq nak kahwin dengan adik aku pulak? Adik aku baru tingkatan tiga kut." Aku menggeleng dalam pada masa yang sama ketawa para hadirin yang menjadi saksi membuatkan aku sedikit tenang.

"Aimara Sofea tu baru tingkatan tiga takkanlah kau nak kahwin dengan dia pulak?" Along menggelengkan kepalanya lalu menyambung semula tugasnya.

"Kali ni dah sedia ke belum? Nanti tersebut nama orang lain lagi haru jadinya kang."

Faiq menggangguk sekali lagi.

"Muhammad Faiq Aiman Bin Nasir, aku nikahkan kau dengan Aimara Qalesha Binti Shafie dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Aimara Qalesha Binti Shafie dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai." Akhirnya debaran itu berakhir. Aku telah selamat menjadi isteri kepada Faiq.

Tatkala Faiq menyarungkan cincin pernikahan di jari manisku. Aku dapat rasakan separuh kebahagiaan aku ada padanya. Aku dan Faiq bertentangan mata. Selesai menyarungkan cincin dahiku dikucup oleh Faiq. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu kepada agar hubungan kami berdua kekal hingga hujung nyawa.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now