BAB 46

3K 101 20
                                    

Malam ini aku terpaksa akur dengan arahan Hilman. Makan malam pada hari akhir family day Hilman. Iya, sepanjang aktiviti family day mereka aku tak pernah masuk campur. Oleh kerana, tak mahu bersemuka dengan keluarga Faiq yang lain. Sedang aku menyuap makanan ke dalam mulut. Hilman yang berada di sebelah membisikku sesuatu.

"Nak dengar Hilman menyanyi tak?"

Aku mengerling ke arahnya.

"Boleh ke? Pergilah nak dengar jugak. Bosan dengar abang tu aje nyanyi. Suara Hilman kan sedap." Sempat aku memuji suara Hilman.

Hilman sudah tersipu malu. Dia bingkas bangun dan melangkah ke arah mikrofon yang dipegang oleh abang busker di restoran itu. Sempat Hilman mengenyitkan sebelah matanya ke arah abang busker itu. Seperti ada sesuatu yang dirancangnya.

Abang busker itu menyerahkan mikrofon kepada Hilman. Hilman duduk di atas kerusi.

"Saya tujukan lagu ini kepada Aimara Qalesha. Namanya memang Aimara, tapi dia bukan pemarah. Dia lembut, baik dan paling penting saya cintakan dia. Dia juga perempuan pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya. Terimalah lagu ini dari Amerrul Hilman." Sempat Hilman selitkan gurauan dalam ucapannya.

Muzik dimulakan. Hatiku mula merasakan getaran halus. Perasaan yang sudah lama ku tak rasakan. Aku pandang Faiq. Dia perasan aku merenungnya. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah Hilman semula. Hilman sudah mula ingin menyanyi.

Jadilah pasangan hidupku
Jadilah ibu dari anak-anakku
Membuka mata dan tertidur di sampingku

Aku tak main-main
Seperti lelaki yang lain
Satu yang kutahu
Kuingin melamarmu

Jadilah pasangan hidupku
Jadilah ibu dari anak-anakku
Membuka mata dan tertidur di sampingku
Aku tak main-main
Seperti lelaki yang lain
Satu yang kutahu
Oh, satu yang kumau
Kuingin melamarmu.

Aku tergamam. Hilman menyerahkan mikrofon itu semula pada abang busker lalu dia bangun dan mendekatiku semula. Aku pun ikut bangun dan menghadap dia.

"Aimara Qalesha mungkin dalam dunia ni awak anggap tak akan ada lelaki yang boleh menerima awak lagi. Tapi percayalah cinta saya tetap akan utuh dalam hati. Bersaksikan keluarga besar saya ini dengan lafaz Bismillah dan juga diiringi restu orang-orang yang saya sayangi. Saya melamar awak untuk menjadi isteri saya Aimara Qalesha. Jadilah isteri saya. Saya akan jaga awak dan anak awak sebaik-baiknya Sayang." Hilman menunjukkan sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian.

Aku terharu tak pernah aku rasa dihargai begini. Air mataku jatuh berguguran. Aku mengangguk perlahan sebagai tanda setuju. Iya, Amerrul Hilman adalah kebahagiaan aku yang sebenar. Terima kasih Allah kerana mempertemukan kami berdua.

Hilman menunduk dia tersenyum bahagia dalam bibirnya tak berhenti dengan lafaz Alhamdulillah.

"Cincin ni saya simpan. Saya nak sarungkan masa kita nikah nanti." Ujar Hilman. Aku hanya mengangguk faham.

Aku tahu pandangan Faiq kepadaku begitu tajam. Aku sudah tak peduli dengan apa anggapan mereka. Aku bahagia itu yang paling penting. Aku yakin pasti ada yang sakit hati melihat kebahagiaan aku lebih-lebih Puan Maria.

Pelanggan lain yang ada dalam restoran itu hanya tersenyum menyaksikan lamaran Hilman kepadaku.

Tiba-tiba ada sorakkan daripada Kak Najla.

"Tahniah Hilman! Semoga kau orang bahagia!" Ujar Kak Najla.

Faiq pun bangun lalu bersalaman dengan Hilman.

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now