BAB 40

3.2K 92 9
                                    

"Awalnya Sha balik sini." Hilman yang baru sampai menegurku.

"Sebab hal kerjalah Sha balik awal. Dekat kampung susah sikit nak curi masa nak buat kerja. Iyalah anak lagi nak layan mak lagi. Kan dah lama tak jumpa jadi bila dah lama tak berborak faham-faham jelah." Terang aku panjang lebar.

"Baguslah ada effort nak buat jugak baru pagi tadi Hilman dah semak sikit fail yang Sha baru email."

"Sembang ni kan tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba terpacak depan rumah Sha ni dah kenapa? Sha belum call dah sampai tau."

"Ikut gerak hati ni." Tapak tangan diletakkan ke dadanya lalu keningnya digerak berulang kali.

"Mengada eh tolong keluarkan Ariz dalam kereta sekejap." Tanpa banyak kata Hilman segera mengambil Ariz keluar dari kereta.

"Alhamdullilah, sihat betul anak ayah Man ni kan. Pandai betul ibu ni jaga."

"Amboi Hilman, cakap macam kita tak reti jaga anak ya." Aku menggelengkan kepala.Hilman tertawa kecil.

"Siapkan kerja sebelum 25 haribulan. Tak silap Hilman lusa dah 25 haribulan. Jangan lupa kerja biar alert, pantas dan berkualiti baru boss makin sayang kan?"

"Ada-ada ajelah Hilman ni."

******

Andai satu hari aku bertemu dengan Faiq. Apa yang aku nak buat? Ligat fikiran aku memikirkannya semuanya berlaku gara-gara aku telah bermimpi tentang dia. Aku bermimpi yang aku telah bersatu semula dengan Faiq. Aku terkejut lalu bangun dari tidur tatkala mendengar tangisan dari Ariz yang merengek mahukan susu. Selepas saja bangun tidur dalam keadaan mengejut kepalaku terus rasa sakit dengan kadar segera.

Mungkin disebabkan aku terlampau penat memandu kereta seorang diri balik daripada kampung. Sehingga kini badanku masih rasa letih. Ariz selepas makan dia terus melelapkan matanya. Mudah sungguh menjaga Ariz. Tak banyak songeh dan tak juga tak selalu meragam cuma itulah anak lelaki mesti aktif sikit. Pantang terbiar sekejap habis bertabur barang Ariz 'kemas'.

Aku mengagahkan diri menyiapkan saki baki kerja yang masih tertangguh oleh kerana lagi dua hari aku dan Hilman akan bercuti bersama keluarga Hilman selama tiga hari. Beria-ria menjemput bercuti sekali dengannya.

Telefon yang terselit di bawah timbunan fail aku cari. Berbunyi menandakan panggilan masuk. Tertera nama 'My BFF' siapa lagi kalau bukan Ryana. Apalah yang dia cakap malam-malam macam ni.

"Assalamualaikum Ryana kau kenapa ni? Ada hal penting ke?" Soalku sambil memicit-micit kepala yang masih terasa berdenyut-denyut.

"Walaikumussalam, tadi aku nampak Faiq dengan Ratna."

Aku tergamam.

"Jadi ada kena-mengena dengan aku ke?" Soalku yang tak berminat. Tak perlu untuk apa aku tahu. Dia bukan suamiku lagi. Melainkan... iya anakku. Ariz Aqeel masih anak kepada lelaki itu. Hanya hubungan itu saja.

"Kau tak terkejut ke?"

"Kenapa? Kau masih sangka aku akan cemburu pada mereka? Pleaselah benda dah lama berlalu. Aku dah bahagia kot. Dari dulu lagi aku tau mereka ada plan untuk bersatu. Tengok cara diorang bercakap pun dah tahu. Malaslah nak fikir. Aku penat tau tak baru balik kampung dengan kepala pening nak siapkan kerja lagi. Tak lama lagi nak kena follow Hilman pergi family day dia. Nak sangat kenalkan aku pada keluarga dia." Malas nak panjangkan cerita mengenai lelaki itu. Biarlah dia boleh bahagia dengan pilihan hati dia. Aku pun masih boleh bahagia dengan pilihan hati aku tapi siapa? Adakah Hilman? Adakah lelaki itu benar-benar ikhlas denganku.

"Lama diam mengelamun ke. Okeylah sorry, aku tak ada niat nak bangkitkan hal ni. Aku pun tak nak ganggu kau. Buatlah kerja kau. Aku tau kau dah bahagia dengan pilihan kau sebab tu kau lupakan aku. Sampai aku nak bercakap dengan kau pun. Kau macam nak tak nak. Aku tau kau masih terasa hati sebab aku pernah plan jodohkan kau orang berdua. Aku minta maaf. Aku kenal kau Esha, kadang bibir kau kata lain tapi hati kau kadang kata lain." Sebak Ryana menuturkan. Masalahnya tak ada angin tak ada ribut kenapa dia seolah terasa dengan aku.

"Apa kau merepek ni? Aku bukan tak nak bercakap dengan kau Ryana. Kau tahukan aku sibuk. Aku kuat kerja kadang anak pun tak ada masa dengan aku. Tolonglah jangan salah faham."

"Tak payahlah nak berdalih. Aku tau kau marah sebab aku rapat dengan Kak Najla kan."

"Tak, tak adalah." Sejujurnya iya aku terasa hati bila dia terlalu rapat dengan Kak Najla. Perbuatan Ryana kadang-kadang aneh. Adakalanya dia membela Faiq. Sedangkan dia tahu Faiq yang salah. Faiq yang tinggalkan aku. Dia yang campak aku macam sampah tapi masih ada yang membelanya.

"Esha, aku mohon kau jangan buruk sangka pada aku dan Kak Najla. Aku tak nak perkara ni jadi keruh."

"Apa yang keruhnya aku tak faham! Kau ada sorokkan sesuatu dengan Kak Najla ke?"

"Kau akan faham nanti. Aku mintak diri dulu, Raysha merengek nak tidur ni. Assalamualaikum." Talian Ryana dimatikan.

Ryana telah banyak berubah. Padahal dia yang menyokong aku. Dia yang memberiku semangat tapi kini dia lain. Sangat lain. Aku tak mengerti. Ku biarkan perkara itu menjadi tanda tanya. Aku memutuskan untuk tidur saja. Memandangkan kepalaku tak berkurang rasa sakitnya.

 Memandangkan kepalaku tak berkurang rasa sakitnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now