BAB 43

3.2K 115 18
                                    

Sejak dari tadi air mataku masih tak kering. Aku memutuskan untuk berkurung saja dalam bilik dan ditemani Ariz Aqeel yang masih diulit mimpi. Setelah hampir tiga tahun berlalu diri aku masih dibenci! Dihina! Aku tak peduli jika diri ini diletakkan pada kedudukan di paling bawah tapi bukan anak aku. Anak aku adalah segala-galanya. Aku sanggup mati kerana anak!

Ya Allah tak sanggup melihat anak kecil yang tak berdosa ini dihina sedemikian rupa.

"Ayah Ariz takkan sayang Ariz, dia bencikan ibu tapi dia palitkan kamu sekali sayang." Ku kucup sekali lagi pipi gebu Ariz. Ikutkan hati sekarang juga aku nak balik! Takkan semudah itu aku nak mengalah. Apa ingat aku dah tak ada maruahkah.

Kesal! Ya aku sangat kesal sebab setuju untuk ikut Hilman ke sini. Aku tak tahu yang Faiq adalah sepupu Hilman. Patutlah masa mula-mula kahwin dulu dengan Faiq aku ternampak yang mereka bersembang dah macam lama kenal. Rupanya memang lebih dari kenal!

Tiba-tiba pintu bilikku diketuk.

Aku kesat air mata. Bingkas aku bangun dari katil lalu segera membuka pintu. Terlihat wajah manis Faiq yang mengukirkan senyuman. Bersebelahan ada adiknya Feiqah. Baru aku sedar yang Feiqah dah bertudung labuh. Dah insaf ke? Entahlah kadang luaran nampak baik tapi dalaman busuknya hati Tuhan saja yang tahu. Masih berlayar difikiran tentang kata-kata hinaan yang keluar dari bibirnya dahulu.

"Assalamualaikum Esha."

"Walaikumussalam, nak buat apa datang sini? Tak cukup hina anak aku? Kau nak apa? Kau jangan risau aku takkan tuntut apa-apa pun dari kau untuk aku mahu pun anak aku. Ariz Aqeel anak aku. Jangan sesekali sakiti dia. Aku takkan berdiam diri. Kau belum kenal aku sepenuhnya Faiq Aiman." Aku menjeling melihat Faiq Aiman.

Pelik. Lelaki itu langsung tak melenting macam petang tadi. Kalau tak dah meroyan macam orang gila.

"Saya minta maaf." Itu saja yang mampu keluar dari bibir lelaki itu.

"Maaf? Kau kan tak ada dosa dengan aku. Eh pergilah layan bini kau si Ratna tu. Sibuk sini apahal? Ni yang bawak adik kau yang paling bagus sekali ni kenapa?" Aku menjeling melihat penampilan Feiqah dari atas sampai bawah.

"Dia tak kacau awak kenapa awak perlu babitkan dia? Benci sangat awak pada dia. Apa dosa dia pada awak." Faiq mula mengeraskan suaranya.

"Kau dengan berpakaian macam ni kau mesti lebih tahu soal hukum kan? Kau tahu kan dosa sesama manusia selagi orang tu tak maafkan kau. Kau akan tanggung dosa tu. Takkan senang macam tu aku nak maafkan kau!" Benci! Meluat! Perasaan yang aku tak dapat gambarkan pabila melihat mereka berdua.

"Feiqah tahu feiqah salah. Tolonglah maafkan Feiqah. Feiqah takut, Feiqah akan tanggung dosa ni sampai Feiqah mati." Rayu Feiqah yang mula melutut.

"Benci betul awak dengan keluarga saya kan." Balas Faiq yang merenung wajahku. Suaranya kembali mengendur.

"Aku memang benci! Kau tuduh anak aku anak haram! Kau tahu tak sembilan bulan aku kandungkan anak aku tanpa suami disisi. Aku lahirkan anak aku tanpa suami disisi. Sakit yang aku tanggung selama ni tak ada yang faham! Kau senang-senang tuduh anak aku macam tu. Kau memang iblis! Aku takkan maafkan kau!" Akhirnya terhambur segala kemarahanku.

"Kita boleh bincang cara baik Esha. Esha yang saya kenal dulu lemah lembut bukan macam sekarang."

"Dahlah, bincang apa? Dulu lepas aku keguguran kau ada nak bincang dengan aku? Sikit pun kau tak pandang aku. Kau ceraikan aku dalam keadaan hina. Mama kau campak aku macam sampah. Kau lupa kau cakap kau kahwin dengan aku bukan sebab cinta kan? So apa kau nak? Kita dah lama bercerai kau pun dah bahagia dengan cinta hati kau si Ratna kan. Apa lagi? Lagi satu sebelum kau terlupa kau sematkan dalam kepala hotak kau tu. Aimara Qalesha dah mati! Mati dalam hati kau! Mati dalam hidup kau! Kau tak perlu rasa bersalah dengan apa yang kau buat. Itu adalah keputusan yang betul. Aku betul-betul bahagia bercerai dengan kau. Buktinya aku dah jumpa cinta sejati aku Hilman!" Bergema satu ruang bilik dengan suara aku. Belum pernah aku semarah ini.

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now