BAB 37

2.5K 75 4
                                    

3 Tahun Kemudian...

Masa berlalu pantas tatkala itu aku dapat melihat anak terunaku semakin membesar dengan sihat dan kuat.Nama diberikan kepadanya Ariz Aqeel. Terkadang terlintas rasa kesal kerana dibesarkan tanpa kasih sayang daripada seorang bapa yang sebenarnya dan dia cuma mengharap kasih sayang dari seorang lelaki yang aku anggap teman baik iaitu Amerrul Hilman. Lelaki yang dahulu pernah mengharap cintaku.

Sudah beberapa tahun aku menetap di bumi Kuantan. Aku bersyukur aku dan Ariz di kelilingi oleh orang-orang yang baik dan positif. Hilman sentiasa membantu dan melindungi kami. Aku bekerja dengan dia sebagai business partner. Dia tak segan mengajarkan aku perkara baru. Bagiku dia adalah lelaki yang baik.

Dalam masa yang sama dia mempunyai bakat yang terpendam. Hilman punyai bakat mencipta lirik lagu dan tidak dinafikan semua bagus belaka hasil karya miliknya. Lagunya ada juga berunsurkan ketuhanan. Setakat ini dia sudah menghasilkan enam buah lagu dan ada beberapa buah lagu telah dibeli oleh syarikat rakaman terkenal.

"Hei Sha, jauh termenung orang suruh tolong fikirkan susunan lirik. Dia fikir benda pulak ya." Hilman memetik jari di hadapan mukaku.

"Hilman, Sha nak buat satu lagu boleh tak? Tapi Hilman tolonglah masukkan melodi bagi nice boleh. Lagu ni berkisarkan perasaan Sha sendiri tau."

"Apa pulak tak boleh, untuk bakal isteri Hilman ni." Hilman mengusik aku.

"Amboi, Sha tak nak Hilman berharap sangat nak kat Sha tau nanti Hilman sakit hati lagi macam mana?"

"Kalau macam tu nasib Hilman lagi nak buat macam mana. Orang kata kalau dah jodoh takkan kemana kan? Hilman tak kesah pun apa perasaan Sha sekarang. Pada Hilman perasaan kita tak boleh paksa kan." Kedengaran nada seperti kecewa.

"Sha ingat nak balik kampung kesian dekat Mak Sha rindu sangat dengan cucu sulung dia tu." Aku memandang ke arah Ariz yang bermain dengan kereta mainannya.

"Lama ke? Minggu depan Hilman ingat nak bawak Sha kenal-kenal dengan keluarga Hilman. Ye lah diorang pun nak tau Hilman kenal dengan siapa. Betul tak? Lagipun masa tu keluarga besar Hilman pun ada pakcik makcik Hilman dengan anaknya pun ada."

"Ramainya, Sha takutlah nanti kalau diorang fikir bukan-bukan pasal Sha. Ye lah Sha kan dah pernah kahwin."

"Aku tinggal hangpa sekejap dah panjang lebaq dah hangpa sembang na. Tak mau tunggu aku langsung noh." Suara Kak Lola menyampuk perbualan kami dia merupakan sepupu Hilman.

"Kak Lola sihat ka? Lama sungguh na nak tidoq kan si Darel tu. Kami ni sempat pikiaq dua baris susunan lirik lagu ni ha." Aku membalas.

"Hangpa ni kerja sampai bawak mai rumah aku na. Tak la hangpa tau dak jenuh la nak tidoq kan anak aku sorang tu dah umoq 5 tahun masih nak mami dia temankan.Sendiri nak membuta lepastu merengek tak boleh tidoq. Padahal terang cerah lagi belum malam. Ni hangpa lagumana sekarang dah seminggu tak jumpa. Laki aku tu la sekali dapat balik kampung tu dia mana ingat dah rumah sini. Aku ingat nanti kalau hangpa jadi kahwin aku nak bagi hangpa berdua sewa sini ajelah aku dengan laki aku dok pindah penang sana senang. Tak dak dok ulang alik sana sini," ujar Kak Lola sambil menuangkan air teh o panas ke dalam cawan.

Aku tersedak mendengar kata-kata Kak Lola. Tak terlintas dalam hati ini nak mendirikan rumah tangga dengan Hilman sungguhpun dia banyak membantu. Aku menganggapnya tak lebih daripada seorang sahabat.

"Hang ni Sha, tok sah dok kalut sangat aih sampai tersedak. Tok sah risau sangat la aku cakap kalau hangpa jadi kahwin ada jodoh akan datang. Iyalah hangpa bukan makin muda. Hang pun Sha baru anak sorang tapi masih nampak macam anak dara tau laku lagi kalau nak buh hantaran rm15 ribu." Kata-kata Kak Lola membuatkan aku geli hati hantaran rm15 ribu tak layak langsung. Anak dara sekarang pun rm10 ribu pun kira banyak tu. Zaman kegawatan ekonomi ni tak perlu hantaran puluhan ribu cukup mas kahwin dah boleh terwujudnya hubungan suami isteri itu.

Hantaran kalau sampai berbelas ribu tapi tak bahagia tiada guna juga. Buat yang wajib sudahlah. Hantaran semua kan adat.

"Merapu la Kak Lola mau bengkok tulang Hilman nak simpan rm15 ribu nak pinang Sha." Aku tergelak kecil.

"Kalau tuan badan dah setuju bukan rm15 ribu je puluh ribu pun Hilman sanggup tau." Hilman tersengih apabila mendengar usikan Kak Lola.

"Isy, janganlah macam Sha bukan manusia boleh dijual beli macam tu. Sha nak lelaki yang boleh terima baik buruk Sha. Ikhlas dengan Sha dan paling penting restu keluarga dan dia boleh terima anak Sha ni."

"Anak hang makin besaq makin comel na. Badan bulat, kulit putih pakej mata besaq. Harap-harap kalau aku mengandung terkenanlah dengan muka anak hang si Adi ni."

"Adi apanya kak, Ariz la. Kan dah berkali Sha bagitau nama dia Ariz Aqeel.Apalah makcik Lola ni pelupa kan sayang." Aku mengomel tentang Kak Lola sambil menatap muka Ariz.

"Aku main bedal ajelah janji ada nama betul dak?"

"Iyalah kak Lola."

Bila dah hampir seminggu tak jumpa Kak Lola dapat pulak berborak dengan Kak Lola mulut becok situ memang satu persatu topik boleh kait-kait bersangkut paut. Kebetulan Kak Lola ajak makan malam bersama hari ini.

 Kebetulan Kak Lola ajak makan malam bersama hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now