BAB 61

4.3K 88 2
                                    

Setelah menjawab panggilan telefon daripada Shakeel, Faiq mengukirkan senyuman lebar. Apa bendalah yang diborakkan tak tahulah.

"Amboi seronoknya sampai tersengih-sengih kenapa?" Soal aku ingin tahu.

"Shakeel dia kata Ryana pergi check. Positif pregnant." Balas Faiq.

"Amboi Ryana, tak bagitau Esha pun." Aku mengerutkan kening.

"Dah rezeki dia Esha. Alhamdulillah, seronok Bie dengar Shakeel bercerita. Teruja betul, padahal dah ada anak pertama kut. Inilah perasaan bila nak jadi ayah kan." Faiq kelihatan tumpang bahagia dengan berita gembira Shakeel.

"Shakeel dulu tu pernah plan tak nak Ryana pregnant dulu. Tapi siapa kita nak menolak rezeki. Sudahnya, keluar juga anak dara dia si Raysha tu. Alhamdulillah, elok Shakeel jaga anaknya. Shakeel tu dahlah soft spoken." Aku mula memuji Shakeel.

Wajah Faiq dah berubah cemburu. Mula dah cemburu tu.

"Habis Bie tak soft spoken ke?" Soal Faiq.

"Sikitlah." Ujarku sambil menghulurkan mainan pada Ariz. Faiq sudah menarik wajahnya.

Aku mencapai telefon diatas meja lalu mendail nombor telefon milik Ryana. Tak sampai beberapa saat panggilan sudah diangkat. Aku tekan mode pembesar suara agar Faiq mendengar sekali perbualan kami.

"Assalamualaikum, Ryana amboi pregnant tak bagi tau aku ya? Kalau Faiq tak cakap. Silap-silap kau dah bersalin baru aku tahu kau mengandung." Gurauku.

"Aku nak cakaplah tapi Shakeel yang cakap dulu. Orang excited nak jadi daddy lagi kan?" Sempat aku dengar tawa Ryana dalam talian.

"Tahniah Ryana dan Shakeel sekali. Tahniah Raysha jugak nak jadi kakak."

"Alhamdulillah rezeki kami. Kau Esha, dah lima bulan kahwin ada hasil ke?" Amboi kemain soalan Ryana dah macam mak cik bawang. Aku pandang wajah Faiq yang masih masam kerana aku memuji Shakeel tadi. Dalam dia mencuri dengar juga perbualan aku dengan Ryana.

"Entahlah Ryana, aku rasa tak lama lagi Ariz pun dah nak jadi abanglah." Selepas mendengar Ryana menjerit sakan. Kemain suka dia mendengar. Faiq? Setelah mendengar dia terus berubah wajah.

"Seriuslah? Betul ke kau ni?" Ryana menyoal lagi.

"Iya buat apa aku nak tipu. Kau ingat aku ni saja-saja gemuk ke? Aku gemuk sebab pregnant lah. Kau sendirikan perasan macam mana gemuknya aku sekarang?" Balasku.

"Janji apa pulak ni sama-sama pulak pregnant. Okey, aku nak bagitau Shakeel." Ryana terus mematikan taliannya.

Faiq terus mendekatiku. Dia bertanya ingin kepastian.

"Betul ke ni?" Soalnya sambil mengerutkan dahi.

"Betullah takkan nak tipu pulak kalau soal macam ni."

Faiq mendengar terus bersujud syukur. Aku nampak dia terlalu bahagia. Setelah selesai sujud syukur dia mencium pipiku.

"Terima kasih sayang sebab sudi kandungkan anak Bie. Terima kasih, mungkin inilah perasaan Shakeel masa dapat tahu dia jadi ayah. Bahagianya tak terhingga." Faiq meraup wajah.

"Itu baru satu berita."

"Habis berita lagi satu apa?" Soal Faiq ingin tahu.

"Kali ni kembar jugak Bie." Aku tersenyum saat memberi tahu perkara itu. Makin bersorak Faiq lalu mendakap erat tubuhku. Aku sebenarnya mual dengan bau tubuh badan Faiq. Tapi apakan daya, aku relakan saja. Datang dah sindrom Kak Seri dekat aku bila hidu bau badan suami mulalah mual saja.

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now