BAB 42

3.1K 100 15
                                    

"Aku rasa macam pernah kenal Aimara Qalesha." Balas Faiq acuh tak acuh.

"Kau sendiri lebih kenal dia berbanding aku Faiq. Jawapan itu ada pada kau sendiri." Sindir Hilman.

"Lupa nak cakap itu yang Kak Najla pegang tu anak aku Faiq. Ariz Aqeel namanya. Budak tu tak banyak meragam. Pandai betul dia senangkan ibunya. Dia tahu ayah dia dah tak ada sebab tu dia pandai jaga diri." Berdas-das Hilman memerli Faiq. Faiq diam dengan lidahnya kelu.

"Kenapa I tengok muka budak tu macam iras Faiq? You kan bekas isteri Faiq. Bukan ke you keguguran? Bila masa pulak you mengandung balik ni. Ke you mengandung anak luar nikah?" Ratna memintas sambil memerli. Kali ini mereka semua seolah-olah terkedu dengan soalan yang diutarakan oleh Ratna si tikus itu.

"Cik Ratna, maaf kalau kata-kata saya akan sakitkan hati awak. Tapi demi Allah. Saya tak pernah melakukan hubungan sumbang dengan lelaki bukan suami saya. Saya berani sumpah yang anak saya memang anak yang sah taraf. Alhamdullilah, anak saya masih di bin kan dengan nama bapanya." Aku berterus terang dengan hati yang sakit.

"Boleh percaya ke cakap dia ni? Dah sah-sah dia pernah gugur lepas tu diceraikan bila masa pulak dia mengandung? Tak taulah anak jin mana pulak dia kandungkan." Gerutu Puan Maria yang lama menyepi.

"Mak lang boleh tak jangan hina bakal isteri Hilman!" Hilman mula mengeraskan suaranya.

"Mak lang bukan menipu Hilman! Tapi bukaklah mata Hilman luas-luas perempuan ni diceraikan atas sebab apa! Tanya pada Faiq apa sebab perempuan murah ni diceraikan! Mak Lang takkan restu hubungan korang berdua!" Tempelak Puan Maria.

"Apa pun sebab dia diceraikan. Hilman masih percaya pada dia. Apa pun status budak tu kenapa nak dipersoalkan!" Hilman meradang.

"You memang dah gila Hilman! Sanggup you terima perempuan murah tu. You tahu yang budak tu hasil dari luar nikah. Yang you telan bulat-bulat kenapa?" Ratna menyokong Puan Maria.

"Cukup! Kita datang sini nak buat apa? Nak sambut family day kan? Kenapa nak bertekak ni!" Kak Najla mula bersuara.

"Eh, Najla kau tengok budak Hilman ni masih nak pertahankan budak Esha ni! Kau tau tak yang kau pegang tu anak haram! Kau tak jijik ke Najla!" Puan Maria membedil Kak Najla. Makin merah padam muka Kak Najla.

"Mama, mama yakin ke anak Esha ni anak luar nikah. Mana tau selepas bercerai dia kahwin dengan lelaki lain." Kak Najla masih dapat mengawal amarahnya.

"Kau ingat aku bodoh ke Najla? Kau ingat aku tak pernah membela anak ke. Budak besar macam ni takkan umur baru setahun? Ni sekurangnya dah masuk dua tahun umurnya. Bila dia kahwin? Kau pikirlah tolak eddah dia lagi. Sempat pulak dia cari laki lain. Tak tau pulak dia rembat je mana-mana laki untuk jadi pak sanggup anak dia tu." Bisa sungguh kata-kata Puan Maria.

Ariz meraung sebaik mendengar orang-orang yang ada disitu terjerit-jerit mengamuk. Hari ini aku dihina lagi. Air mataku mula mengalir. Aku lebih rela diri ini dihina tapi bukan Ariz Aqeel dia masih kecil untuk dihukum.

Kak Najla segera memberikan Ariz kepadaku. Hanya Kak Najla saja yang tahu. Ariz akan lebih tenang bila denganku.

"Sayang Ariz, tak ada apa. Tak ada orang marah Ariz sayang. Jangan menangis sayang. Anak ibu kan kuat. Ariz kan hero ibu." Tanpa segan silu aku berkata sendiri pada Ariz seolah-olah Ariz faham dengan kata-kataku. Sambil itu aku menepuk lembut bahu lalu ku kucup mesra dahinya. Lama-kelamaan dia kembali tenang semula.

"Aku tak faham kenapa semua nak benci Esha? Apa salah dia? Apa dosa dia sampai semua hina dia. Aku tak faham. Mama! Kenapa benci sangat dengan budak Esha ni cuba mama jelaskan sikit. Tolonglah bagi alasan yang munasabah. Mungkin Najla boleh faham apa yang dah lama terbuku di hati tu."

𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now