BAB 3

5.5K 271 5
                                    

Seusai solat subuh aku segera mengemas apa yang patut kemudian sediakan sedikit sarapan. Maklumlah hari ini si budak kecik Nabihah akan datang. Ini bermakna, hari ini adalah hari pertama untuk aku mula bekerja. Harap-harap Nabihah berilah aku sedikit kerjasama, tolong jangan nakal sangat tau. Tak larat aku nak melayan nanti.

"Hai Esha, hari ini Kak Najla hantar anak dia kan? Selamat bekerja jangan lupa kasi budak tu makan. Jangan dera dia pulak tau." Ryana mengekek selepas habis berkata-kata. Nak mengenakan akulah tu!

"Hello, hang ingat aku ni tak dak akal ka sampai nak dera anak orang. Walaupun mak dia dah bagi lampu hijau dekat aku supaya marah anak dia kalau anak dia nakal tapi aku tak nak buat. Fasal apa, fasal dia bukan anak aku." Terang aku panjang lebar. Ryana ini harap aje muka cantik tapi kadang-kadang wayar putus juga.

"Apa-apa ajelah, kalau aku tak boleh tahan jaga anak orang yang nakal macam budak Nabihah tu. Silap-silap tempat tinggal aku yang seterusnya hospital bahagia weh. Tak sempat aku nak kahwin dengan Shakeel nanti."

"Ada ke situ pulak! Gatal hang ni Ryana." Aku menggelengkan kepala.

"Apa? Bukan senang weh aku nak ambil hati Shakeel. Apatah lagi tunggu masa dia nak melamar aku. Tup-tup bakal bini dia masuk hospital bahagia. Fuh, kesian dekat Shakeel aku." Ryana meneguk sedikit air teh yang sudah beransur sejuk.

"Sibuk sangat nak fikir soal kahwin. Aku ni dalam kepala otak, perkataan 'kahwin' tu tak pernah terlintas langsung dalam kepala tau." Aku menarik kerusi yang berada bersebelahan Ryana lalu melabuhkan punggung di situ.

"Sebab apa? Hang takut eh nak kahwin?"

"Takutlah jugak, tapi sebab pertama aku tak nak kahwin lagi adalah aku nak bahagiakan keluarga aku dulu. yang kedua, aku takutlah dapat suami yang curang dan panas baran. Aku takut."

"Janganlah fikir macam tu, doa banyak-banyak supaya tidak dijodohkan dengan orang sebegitu. Aku rasa kan hang pun panas baran kut. Asal bergaduh dengan aku mesti tak nak bertegur sampai seminggu." Selamba Ryana menyapu Nutella pada roti. Bibir Ryana memuncung panjang.

"Aku bukan panas baran Ryana. Cuma, ada satu masa aku geram memang aku lepaskan semua. Macam kes aku gaduh dengan hang sebab aku malas nak layan hang. Pandang muka hang buat sakit hati aje. Entah kenapa bila pandang muka hang, rasa macam ada aura negatif."

"Oh mak kau!" Latah Ryana saat tiba-tiba bunyi hon kereta mengejutkan aku dengan dia.

"Fuh, jantung aku! Nasib baik tak gugur kalau tak, tak sempat aku kahwin dengan Shakeel." Ryana masih memejam rapat matanya. Tangannya diletakkan pada dada. Terkejut beruk nampaknya si Ryana ni.

"Apalah teruk sangat pergi hon kereta dekat depan rumah orang. Aku bakar jugak kereta tu karang." Aku segera mencapai tudung sarung yang diletakkan di sofa dan keluar dari rumah untuk melihat siapa yang berada di hadapan rumah. Ternyata ada sebuah kereta berwarna hitam. Okey ini mesti, Nabihah kan?

Seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian kemas keluar daripada kereta dengan seorang budak perempuan yang diyakini seratus peratus Nabihah. Lelaki ini siapa eh? Kurang asam jawa betullah pergi hon dekat depan rumah orang. Tak boleh bagi salam ke? Sudahlah Ryana tu kaki latah.

Aku menatap wajah lelaki itu. Macam kenal mamat ni tapi siapa eh?

"Kau ni mesti Aimara Qalesha kan?" soal lelaki itu dengan nada angkuh.

"Iya sayalah tu," balas aku bersahaja.

"Assalamualaikum dan hai Nabihah!" Aku menegur Nabihah. Entah kenapa Nabihah mengalihkan pandangannya ke tempat yang lain. Seolah-olah menyampah dengan aku. Eh, budak ni nak sombong dengan aku jugak ke?

"Nabihah memang macam ni baru bangun dari tidur. Salam perkenalan saya Faiq, bapa saudara kepada Nabihah. Setiap pagi saya akan hantar dia ke sini. Lagi satu, jangan lupa jaga Nabihah elok-elok. Kalau apa-apa yang terjadi kau kena bertanggungjawab sepenuhnya faham!"

Kerek betul mamat ni, cakap macamlah aku ni pernah membunuh orang. Hello, tengok kaki oranglah. Sudahlah cakap guna 'kau aku'. Sombong!

"Faham tak apa yang aku cakap ni? Nampak macam blur aje." Faiq tersenyum senget.

"Faham, saya ada satu pesanan yang ikhlas untuk Encik ya. Encik boleh tak lain kali jangan hon depan rumah ni. Belajar tinggi-tinggi takkan tak pandai bagi salam? Kalau nak tau kawan saya tu kadang-kadang suka melatah. Kalau dia kena serangan jantung siapa nak jawab? Oh lupa pulak saya, Encik boleh panggil saya Esha." Aku tersenyum sinis padanya. Lelaki ini cukup menjengkelkan pada aku.

"Kau dari dulu sampai sekarang tak berubah eh?"

"Memanglah dari dulu tak berubah, kenapa Encik kenal saya ke? Saya tak kenal Encik siapa. Kenal pun baru lima minit." Aku mencebikkan bibir tanda menyampah.

"Nah ambillah Nabihah ini. Jangan lupa jaga elok-elok. Kalau melayan kau ni silap-silap aku masuk kerja lambat tau tak." Nabihah sudah bertukar tangan dengan aku. Beratnya Nabihah ni! Lelaki kerek itu segera masuk ke dalam perut keretanya. Dalam beberapa saat sahaja kereta itu hilang dari pandangan.

"Menyampah betul aku dengan lelaki macam tu. Cakap macam dah pernah kenal aku." Aku segera membawa Nabihah masuk ke dalam rumah.

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now