BAB 17

3.5K 170 0
                                    

"Ryana." Tangan milik Ryana aku genggam, mata milik Ryana juga aku renung.

"Hang ni dah kenapa? Ada masalah ke?" soal Ryana seperti resah.

"Tak." Aku menggeleng laju untuk menafikan.

"Habis tu hang dah kenapa?"

"Aku dah buat solat istikharah dan aku nampak...."

"Hang nampak siapa Hilman ke Faiq?" Ryana begitu teruja untuk tahu.

"Aku nampak Shakeel."

"What! Hang tau tak tu bakal laki aku, macam mana Shakeel pulak boleh... apa ni?" Ryana menggeleng bagai tak percaya dengan apa yang aku katakan tadi dan dia mulai menjauhkan diri daripada aku.

"Aku tak tau macam mana Shakeel boleh..." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata Ryana sudah memotong.

"Dah! Aku tak nak dengar! Hang ni sebenarnya perampas kan?" Ryana sudah mahu menangis kecewa saat ni. Aku sudah tertawa besar akibat tak dapat menahan.

"Hang dah kenapa gelakkan aku? Hang dah nak rampas Shakeel aku lepastu hang gelakkan aku pulak. Selama ni aku percayakan hang! Sampai hati hang!" Air mata yang jatuh berguguran Ryana lap dengan hujung lengan bajunya.

"Ryana! Aku main-main ajelah, mengarutlah kalau aku nampak Shakeel. Hang kena percaya Ryana jodoh hang memang dah tertulis dengan Shakeel. Kalau hang nak tau aku nampak Faiq dalam mimpi aku. Pada mulanya, aku tak dapat terima benda ni tapi nak buat macam mana. Kalau aku menolak tak baikkan? Sebab andai kita dah berjodoh dengan seseorang sejauh manapun kita pergi kita akan bersatu jugak nanti."

"Kali ni hang tak bohong kan?" Ryana seolah-olah masih tak berpuas hati.

"Iya, memang aku tak bohonglah. Dahlah jangan takut sangat Shakeel tetap jadi milik hang. Ingat aku ni jahat sangat ke nak ambil bakal suami kawan."

"Jadi hang terimalah dengan pinangan Faiq tu?" Ryana mengukirkan senyuman lebar.

"Terima... aku dah cakap dengan mak aku. Malaslah cakap dengan Faiq. Biarlah mak aku sendiri yang cakap dengan keluarga Faiq yang aku dah terima. Hang senyum lebar sangat ni apahal? Seronoklah rancangan hang nak tolong Faiq dan aku kahwin berjaya?"

"Mestilah aku seronok, aku dah tak sabar nak buat majlis kahwin sekali dengan hang. Aku nak beritahu Shakeel tentang perkara ni boleh tak?" Teruja betul mak cik Ryana ni.

"Okeylah pergilah cakap, tapi jangan beritahu Faiq okey. Aku nak dia tahu sendiri bukan dari mulut hang. Sudahlah, hang pergilah kerja tak lama lagi si Faiq sampailah tu nak hantar Nabihah." Aku meninggalkan Ryana dan masuk ke dapur untuk menyambung kerja.

"Yes! Akhirnya rancangan aku berjaya!" Terdengar suara Ryana hingga ke dapur. Gembira sangat dia ni, seronoklah tu dapat naik pelamin sekali dengan aku? Macam-macamlah Ryana ni. Tak apalah kalau itu yang dapat bahagiakan dia apa salahnya.

❁❁❁❁❁

"Assalamualaikum, kau buat apa tu?" Suara Faiq memberi salam menyapa gegendang telingaku. Nak apalah tu? Ini mesti dia dah tahu yang aku dah terima ikatan pertunangan ini.

"Walaikumussalam, saya tengah buat kerjalah jaga Nabihah. Awak nak apa? Kalau tak ada benda yang penting boleh tak jangan call. Saya rimaslah." Sebenarnya aku tertidur sekejap tadi akibat terlalu penat. Mujurlah Nabihah pun tengah tidur dengan aku sekali. Panggilan dari Faiq mengejutkan aku dari lena.

"Janganlah marah, kita ni kan bakal jadi suami isteri nanti." Entah kenapa dengar saja ayat itu keluar dari mulut Faiq membuat aku rasa geli.

"Jadi awak dah tahulah yang saya dah terima pinangan tu kan? Okey bermakna minggu depan kita tak payah jumpa. Saya malas, dah nak kahwin nanti baru boleh keluar. Bye!" Baru sahaja aku hendak mematikan panggilan Faiq sudah menghalang.

"Eh nanti dulu, kau ni belum jadi bini aku dah tak dengar cakap aku. Nanti dah jadi bini aku tak taulah macam mana."

"Apa yang awak merepek ni? Awak ni tak ada kerja ke nak ganggu saya aje?"

"Dengarlah wahai cinta hatiku, aku nak cakap ni minggu depan kita keluar beli barang kahwin. Ada faham?"

"Malaslah."

"Jangan sampai aku heret kau bawa ke shopping mall tu." Faiq cuba mengugut aku. Agak-agak macam manalah Faiq ni heret aku sampai ke sana. Mampu ke dia ni nak heret aku?

"Iyalah, macamlah kita ni nak kahwin hujung bulan ni. Kita ni kan kahwin bulan depan," ujar aku begitu yakin.

"Siapa cakap bulan depan? Kita kahwin hujung bulan ni, tak ingat ke majlis perkahwinan Shakeel dan Ryana bila?" Macam mana aku boleh lupa tentang tarikh perkahwinan Ryana ni? Ya Allah, aku kena kahwin dengan Faiq ni hujung bulan ni jugak ke?

"Saya terlupa," balasku ringkas.

"Sekarang ni simpan dalam kepala otak kau tarikh perkahwinan kita berdua sama dengan tarikh perkahwinan Ryana dan Shakeel. Faham? Belum tua dah pelupa. Okeylah bye assalamualaikum jodoh." Talian dimatikan oleh Faiq.

"Walaikumussalam bakal suami," balasku walaupun aku tahu yang talian sudah dimatikan. Aku tak pasti apa perasaan aku saat ini. Rasa kosong saat ini, aku mula terfikir adakah aku sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang baru nanti?

❁❁❁❁❁

❁❁❁❁❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now