"Siap sedia." Jawab Hilman dengan yakin.

"Baiklah, mari kita mulakan." Tok kadi mula menghulurkan tangannya pada Hilman. Hilman kelihatan sangat gembira. Berlainan pula dengan apa yang aku rasa. Entahlah rasa seperti tak nak teruskan majlis ini pun ada.

"Muhammad Amerrul Hilman Bin Zamri, aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dengan Aimara Qalesha Binti Shafie dengan mas kahwinnya lapan ratus ringgit tunai." Dengan sekali lafaz saja lelaki ini telah menjadi suamiku. Air mataku mengalir sendiri.

Inilah jodohku. Inilah imamku Ya Allah. Hilang segala resah yang bertandang di hati tadi.

Sesi menyarungkan cincin bermula. Dia menyarungkan cincin di jari manisku. Ku pandang wajahnya yang kelihatan sangat bahagia.

Tiba-tiba aku sedar ada kelibat seorang lelaki yang berpakaian agak lusuh serba-serbi hitam. Dengan riak wajah yang agak marah. Dia memegang sebilah pisau.

"Ratna!" Laung suara dari lelaki itu.

Kami berdua tercengang. Aku pandang wajah Ratna yang mula takut. Dia menangkap Ratna daripada belakang. Hadirin yang ada tadi terus lari menjauhkan diri dari Ratna.

"Korang jangan dekat! Ratna aku punya!" Jerkah lelaki itu.

Air mata Ibu Ratna mula merembes jatuh meminta anaknya dilepaskan. Faiq cuba menahan agar Ibu Ratna tidak bertindak sendiri mendekati lelaki aneh itu.

"Kau nak apa dari Ratna!" Faiq bertanya.

"Aku nak dia! Kau tau tak perempuan jalang ni dah buat apa? Kau Faiq kan? Eh, akulah orang suruhan dia yang suruh aku tidur dengan bekas bini kau. Tapi lepas aku buat kerja dia tak bayar! Dia dah kikis duit aku sampai papa kedana! Perempuan bodoh ni patut mati." Lelaki itu mula menghalakan pisau di leher Ratna. Lelaki ini seperti berada dalam tindakan luar kawal.

"Faiq, tolonglah I cintakan you. I tak nak mati lagi." Rayu Ratna.

"Kau diam perempuan!"

"Jefri, I mintak maaf. I tak niat nak larikan diri dari you. Tapi you kena faham yang I pun ada masalah." Ratna cuba membela diri.

"Pergi mampus kau punya masalah. Hari ini aku nak kau mati!" Lelaki itu mengelar leher Ratna. Darah membuak-buak jatuh membasahi karpet masjid. Ratna sudah jatuh menggelupur kesakitan tapi tiada siapa yang mahu menolong. Ibu Ratna dah meraung melihat keadaan anaknya.

Aku menjerit ketakutan. Air mataku turut mengalir deras.

"Kau pun perempuan! Kau pun patut ikut mati dengan Ratna bodoh ni." Jefri mula menghala pisau ke arah ku. Jefri yang sudah seperti hilang akal mula meluru ke arahku hendak menikam. Belum sempat sampai mata pisau itu sudah tertikam pada badan Hilman bahagian belakang. Belum puas Jefri menikam. Dia menikam Hilman secara bertubi-tubi lalu dia berundur ke belakang seketika.

"Hilman!" Jeritku sambil meluru ke Hilman yang berlumuran darah. Hilman berada dalam pangkuanku.

"Hilman jangan tinggalkan saya. Kita baru kahwin. Jangan buat saya macam ni." Aku dah tak peduli dengan Jefri. Kalau dia nak bunuh sekalipun aku dah tak peduli. Faiq ikut sekali menghampiriku.

"Terima kasih sebab jadi isteri Hilman walaupun cuma lima minit Sha." Tersangkut-sangkut Hilman berkata.

"Jangan tinggalkan Sha, ya Allah suami aku!" Aku memeluk Hilman seerat mungkin.

"Faiq, tolong kahwin dengan Sha." Hilman berkata sekali lagi. Dadanya berombak.

"Apa kau cakap ni, dia tu masih isteri kau. Bertahanlah, inilah impian kau Hilman berkahwin dengan orang yang kau cintai." Balas Faiq turut sedih melihat keadaan Hilman yang sudah tenat.

"Aku tak mampu bertahan, biarlah aku ikut mak ayah aku disana. Jaga Sha baik-baik. Allahuakbar!" Hilman mengerang dan menarik nafas panjang lalu dia menghembus nafasnya yang terakhir.

"Hilman! Faiq, Hilman hidup lagi kan? Suami aku ya Allah. Kenapa kami di takdirkan begini ya Allah." Aku mencium pipi Hilman berkali-kali sambil tersedu-sedu. Hari ini seharusnya jadi hari bahagiaku tapi hari ini menjadi hari kepergian suamiku yang tak sempat ku kecapi bahagia bersama. Terasa seperti hilang separuh nyawaku.

"Kau yang patutnya mati bukan lelaki ni!" Jefri naik gila sekali lagi dia ingin membunuhku kemudian aku perasan yang Faiq pula menghalangku daripada Jefri. Aku nampak Faiq ditikam. Lemah seluruh tubuhku melihat Faiq sanggup berbuat begitu. Hatiku menjerit.

"Faiq!" Kak Najla melaung nama adiknya.

"Jangan bergerak!" Tiba-tiba polis tiba dan mereka dah mengepungi setiap pintu masjid.

Jefri menjadi takut. Dia melepaskan pisau jatuh ke bawah lalu cuba untuk membolosi diri tapi tak mampu. Masjid telah dikepung sepenuhnya. Pihak polis telah berjaya mencekup Jefri.

Faiq telah rebah setelah ditikam. Aku lihat jasad Ratna dan milik Hilman. Menggeletar jari jemariku. Aku mahu mendekati Faiq tapi memandangkan Kak Najla sudah mendekati Faiq maka aku matikan hasratku.

"Ya Allah, Faiq jangan tinggalkan kami. Jangan ikut Feiqah. Ya Allah!" Kak Najla sudah meraung sekuat-kuatnya. Aku terkedu. Faiq pun telah tiada? Jantungku benar-benar rasa ingin gugur. Rasa gelap dunia seketika kemudian aku pun turut rebah.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now