"Aku tak suka dia! Aku benci dia! Dari dia mula kahwin dengan Faiq. Aku memang tak suka!"

"Atas sebab apa mama benci dia?"

"Kau tak payah sibuklah Najla. Kau sedar kau tu anak aku. Kau sepatutnya dengar kata aku! Kau nak jadi anak derhaka ke? Sejak Faiq cerai kau makin kuat membangkang cakap aku kan. Ubat guna-guna apa yang pompuan tu bagi kat kau!"

"Mama! Cukuplah ma. Kak Najla minta maaflah pada Esha. Kak Najla terpaksa buka cerita ni. Terutama kau Faiq!" Mencerlung mata Kak Najla memandang adiknya.

"Apa kena mengena dengan aku pulak Kak. Kau tau kan aku dah bercerai dengan dia. Malaslah nak ambik tau dah." Faiq membalas.

"Faiq, aku mintak kau pandang muka budak kecil tu. Kau renung muka dia betul-betul. Dia ada iras kau kan. Kening, mata dan lekuk dagu dia betul-betul ikut kau kan."

"Lepastu kau nak cakap budak tu terkenan muka aku ke? Alah, Kak kebetulan aje tu. Mana tau masa tengah mengandung si Esha tu selalu tengok gambar Faiq ke sebab tu terkenan." Ujar Faiq malas nak ambil tahu.

"Tak ada maknanya dia terkenan muka kau Faiq! Darah yang mengalir dalam badan dia tu anak kandung kau! Dia zuriat kau!" Bergema suara Kak Najla. Habis basah pipi Kak Najla kerana air matanya juga turut mengalir deras.

"Sudahlah kak." Rayuku.

"Dia perlu tahu Esha. Tiga tahun akak simpan benda ni sorang-sorang tau tak. Akak rasa berdosa! Dia ada anak Esha."

"Akak tak payah buat lawaklah dia dah gugur bila masa dia mengandung! Eh, perempuan! Apa yang kau dah cerita pada kakak aku hah! Kau dah gugur tapi kau mengaku anak haram tu anak aku!" Faiq memandang tepat pada mataku. Jelas kebencian terserlah dimatanya.

Sekali lagi Ariz ingin menangis cepat-cepat Hilman mengambil Ariz lalu dibawa pergi jauh. Dia tersilap seharusnya budak kecil tak harus mendengar pertengkaran orang dewasa takut akan menganggu emosinya.

"Faiq, bawak mengucap! Aku tahu itu bukan diri kau yang sebenar." Kak Najla memintas. Tak lama Faiq mendiamkan diri kembali.

"Sebelum keluarga mak long dengan pak ngah sampai aku nak minta maaf andai kata aku akan menyakiti hati mana-mana pihak. Mahupun Esha, Faiq, mama dan kau Ratna. Aku dah lama simpan perkara ini. Terlalu lama. Kau tau tak Faiq malam Esha dituduh curang itu. Esha tumpah darah iya dia keguguran. Dia tak sedar yang kandungan dah masuk 12 minggu sebab dia tak ada langsung rasa tanda-tanda kehamilan yang dia alami."

"Apa lagi kau nak cakap pasal kes kecurangan dia kak?" Jauh Faiq melemparkan pandangan ke arah lain.

"Dia hamil anak kembar Faiq. Esha keguguran salah satu janinnya. Syukur Alhamdullilah masih ada satu janin yang masih sihat. Dialah Ariz Aqeel Bin Faiq Aiman. Kau tak payah risau pasal budak tu. Budak tu cuma pinjam nama kau sebagai bapa dia untuk di bin kan. Sedangkan bapak dia Faiq dah lama mati! Mati kerana sikap kejam dia!" Teresak-esak Kak Najla menuturkannya.

Semua membisu.

"Kau tau tak sebelum dia keguguran tu. Dia baru balik dari makan dengan Ryana. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang tak dikenal entah siapa upah jantan tu. Dia seret Esha sambil tekup hidungnya dengan ubat tidur. Pada waktu itu Esha dianiaya. Lepas jantan tu dah habis kerja dia. Dia campak perempuan ni kat tepi jalan. Ryana kebetulan lalu dia nampak Esha tumpah darah. Ryana sangka yang Esha dirogol tapi tak doktor dah sahkan dia tak dirogol tapi dia keguguran. Lepastu kau pulak datang dari mana kau ceraikan dia macam orang gila! Aku berani sumpah cerita itu benar. Aku dengan Ryana yang uruskan segala tentang Esha. Faiq, kalau kau bencikan Esha jangan sesekali babitkan anak kau. Ariz Aqeel masih anak kau. Budak tu tak bersalah. Aku tahu kau dah bahagia sekarang kan?" Akhirnya rahsia yang lama tersimpan oleh aku telah ketahuan gara-gara Kak Najla.

Tiba-tiba Hilman muncul semula dengan kelam kabut. Ariz sudah lena bersandar di bahu Hilman.

"Mak Long dan Pak Ngah dah sampai sudahlah bertengkar janganlah sampai orang lain tahu pulak. Sayang marilah, anak dah tidur balik ni." Hilman mengajakku berlalu dari situ. Aku tak ada pilihan aku pergi saja tanpa banyak kata. Rahsia semua dah terbongkar. Apa saja yang boleh Faiq buat setelah mengetahui Ariz Aqeel anak kandungnya?

 Apa saja yang boleh Faiq buat setelah mengetahui Ariz Aqeel anak kandungnya?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝙍𝙞𝙣𝙩𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙈𝙚𝙡𝙤𝙙𝙞 𝙍𝙞𝙣𝙙𝙪Where stories live. Discover now