Bicara Ringkas 36 : Beza Cara Penghujahan Saya Dengan Liberal Dalam Isu Seksual

127 0 0
                                    

Mereka yang telah lama mengikuti penulisan saya yang berkaitan dengan hal ehwal seksual mungkin telah tahu apa pandangan saya dalam isu tersebut

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Mereka yang telah lama mengikuti penulisan saya yang berkaitan dengan hal ehwal seksual mungkin telah tahu apa pandangan saya dalam isu tersebut. Sebahagiannya memang kontroversi, pelik daripada yang lain dan melawan arus perdana. Saya akui kesemua itu.

Namun, beza saya dengan yang lain, terutamanya liberal adalah saya berhujah sama seperti cara ortodoks lakukan. Saya membahas dari sudut kaedah fiqh dan ilmu hadis. Jika saya memetik pendapat ahli ilmu yang berpendapat sama dengan saya, saya tidaklah pertahankannya dengan cara ₍Argumentum Ad Verecunndiam₎ atau penyandaran kepada tokoh berpengaruh.

Saya akan bentangkan dan bahaskan dalil-dalil yang boleh menyokong keabsahan pendapat mereka melalui neraca kaedah fiqh. Penulisan-penulisan saya menjadi saksi dalam hal ini. Saya sama sekali tidak menjustifikasikan sepertimana mereka lakukan, iaitu atas dasar gembira, rasa suka-suka atau sentimen kebebasan dan hak kemanusiaan dan peribadi atau cara perbahasan yang tidak dikenali dari dasar-dasar manhaj Islam.

Apabila saya ingin mengatakan bahawa homoseksual tidaklah salah, saya bahas dari sudut status hadis; sahih atau tidak dan aplikasi kaedah fiqh. Apabila saya berkata tidak ada masalah untuk lelaki dan wanita bersalaman tanpa berlapik, saya juga mengaplikasi kaedah fiqh dan menjawab dalil-dalil larangan dengan melihat perspektif ilmu hadis dan neraca kaedah fiqh.

Begitu juga yang lain-lain. Saya tidak bercakap kosong. Cara penghujahan sebeginikah yang akan ditemui dalam wacana golongan liberal? Rata-ratanya tidak.

Saya tahu bukan semua akan menerima pembentangan dan kupasan saya, tetapi saya membuktikan bahawa saya tidak membentangkan pendapat hanya dengan sentimen. Salafi dan ortodoks adalah dasar saya dalam penafsiran agama walaupun rata-rata golongan ini tidaklah menyamai saya dalam pandangan ini. Cuma, saya ingin menyatakan dasar apa yang saya gunakan dalam membentangkan hujah.

Bagi yang tidak dapat membentangkan hujah balas ilmiah, lebih baik diam. Anda mahu menunjukkan bahawa anda berada di jalan yang benar, tetapi yang mampu menyebutkan adalah kutukan, cercaan, celaan, sindiran, perlekeh, ejekan dan lain-lain kata nista.

Inikah manhaj ilmu yang disanjung dan ingin didakwah kepada masyarakat? Tidak ada beza pun dengan orang bodoh yang lain kecuali kepandaian kata-kata dalam mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan tahap keras kepala yang lebih tinggi.

Anda membenci liberal atau aliran lain, tetapi adakah dengan cara sebegini untuk mendepani mereka? Sebeginikah cara untuk mempersembahkan bahawa agama ini terunggul daripada yang lain dalam bidang ilmu, idea, falsafah dan wacana intelek?

Apa beza mereka yang mengikuti pandangan atas dasar suka-suka dan gembira dengan mereka yang menolak pandangan dengan cara mengeji, mengaibkan, menyindir, mencerca dan mengutuk orang lain? Tidak ada beza pun. Kedua-duanya menjustifikasikan dengan sentimen, emosional dan mengikut perasaan mereka dalam menghamburkan apa yang mereka pegang.

Orang yang memilih lesbian atas dasar suka sama suka dan gembira tidak ubah berbeza dengan orang yang menolak hanya dengan cara menyindir, mengaibkan, mencerca, mengutuk, membantai dan memaki orang lain. Kedua-duanya tidak menyumbang apa-apa ilmiah dan hanya menunggang ke mana sahaja perasaan itu mengikut.

Kalau kitab fiqh pernikahan dibakar sepertimana yang dicadang dan seseorang ingin membina semula dengan hujah dan digunakan metod ‛uji apa sahaja', kedua-dua pihak ini tidak akan dapat membina apa-apa melainkan kedangkalan akal dan kedunguan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/624411344593174528/bicara-ringkas-36-beza-cara-penghujahan-saya

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualKde žijí příběhy. Začni objevovat