Bicara Ringkas 13 : Orang Lain Punya Angkara, Orang Lain Yang Terkena

189 1 0
                                    

*Abdullah bin *Abbās -roḍiyallahu *anhumā- berkata :

أَرْدَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَضْلَ بْنَ عَبَّاسٍ يَوْمَ النَّحْرِ خَلْفَهُ عَلَى عَجُزِ رَاحِلَتِهِ وَكَانَ الْفَضْلُ رَجُلًا وَضِيئًا فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلنَّاسِ يُفْتِيهِمْ وَأَقْبَلَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَثْعَمَ وَضِيئَةٌ تَسْتَفْتِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَفِقَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَأَعْجَبَهُ حُسْنُهَا فَالْتَفَتَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا فَأَخْلَفَ بِيَدِهِ فَأَخَذَ بِذَقَنِ الْفَضْلِ فَعَدَلَ وَجْهَهُ عَنْ النَّظَرِ إِلَيْهَا فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ فِي الْحَجِّ عَلَى عِبَادِهِ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْتَوِيَ عَلَى الرَّاحِلَةِ فَهَلْ يَقْضِي عَنْهُ أَنْ أَحُجَّ عَنْهُ قَالَ نَعَمْ

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- membonceng al-Faḍl bin *Abbās di belakangnya atas belakang haiwan tunggangannya pada hari raya korban. Al-Faḍl seorang lelaki yang tampan. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- berhenti kepada orang ramai dan memberi fatwa kepada mereka. Lantas, datang seorang wanita daripada bani H̱oṯ*am yang cantik meminta fatwa daripada Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Al-Faḍl mulai memandangnya dan takjub terhadap kejelitaannya. Nabi -ṣollallahu *alayhi wasallam- pun berpaling. Namun, al-Fadhl tetap melihatnya. Lantas, Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-pun mengunjukkan tangannya, lantas baginda memegang dagunya dan mengalihkan wajahnya darpada melihatnya. Lantas, wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah. Sesungguhnya Allah memfardukan haji untuk hamba-Nya. Aku mempunyai seorang ayah yang sangat tua yang tidak mampu untuk stabil atas tunggangannya, adakah aku boleh menggantikan untuknya dan mengerjakan haji untuknya?". Baginda berkata: "Ya". [Ṣoḥīḥ al-Buẖōriyy, kitāb al-Isti^ḏān, no. 5874].

Berbeza dengan sebahagian orang lakukan. Mereka mengeluarkan pendapat bahawa perlu menutup sesuatu anggota khususnya wajah dan pergelangan tangan kerana menimbulkan syahwat dan mencetuskan fitnah. Sedangkan orang yang memandang itulah yang perlu menjaga pandangan mereka.

Pakailah dengan apa-apa cara sekalipun. Kalau orang yang memandang itu sendiri tidak mahu menjaga pandangannya, maka dosa itu tertanggung pada mereka, bukan pada pemakai. Mengapa dosa orang lain menjadi tanggungan beban yang lebih banyak untuk diri pemakai itu?

Kadangkala pendapat-pendapat mengarut dikeluarkan sebegini sebenarnya menyebabkan banyak masalah dan berpihak kepada penindasan terhadap wanita. Wanita sudah pun menunaikan haknya, mengapa pula dia perlu ditambah bebannya kerana orang lain punya angkara?

Contoh penindasan terhadap wanita adalah sepertimana yang dilakukan oleh sebahagian orang yang mewajibkan wanita menutup wajahnya atas alasan itu adalah tumpuan segala kecantikan dan penyebab seorang lelaki itu tergiur, lalu dia berkewajipan untuk menutupnya.

Alasan ini bukan berasaskan dalil sama sekali. Akan tetapi, sekadar mengenakan kaedah ₍Sadd aḏ-Ḏarō^i*₎; penghadang haluan kerosakan yang selalu diguna pakai oleh sebahagian simplistik lagi pandir yang kononnya mahu memelihara agama seseorang dan maruah muslim.

Namun, apabila kita bertanya bagaimana pula dengan lelaki jika ada permasalahan yang sama? Mereka ini sama akan diam sambil buat-buat tidak tahu atau kita akan kedengaran alasan bodoh untuk membezakan antara lelaki dengan wanita sama ada dari sudut status hukum, situasi dan sebagainya.

Mereka kononnya ingin menegah seseorang dariapda terjebak dalam kemungkaran dan mencegah daripada terjadinya yang tidak diingini. Namun, mereka telah melakukan kemungkaran dengan mendiskriminasi wanita dan berbuat yang tidak patut dalam penerapan kaedah ilmu.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621272055564894208/bicara-ringkas-seksual-13-orang-lain-punya

com/post/621272055564894208/bicara-ringkas-seksual-13-orang-lain-punya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now