Bicara Ringkas 26

98 0 0
                                    

Akibat Yang Terjadi Apabila Seseorang Bersikap Acah-Acah Suci Dalam Hal Ehwal Seksual

Di sini saya akan menjelaskan kesan yang akan terjadi apabila adanya sikap acah-acah suci daripada berasosiasi dengan seks serta menganggap keji, jijik, geli dan getik terhadap elemen seks melalui perolehan saya sepanjang pengamatan saya dalam isu seks.

Pertama, berfatwa selain daripada pendapat muktamad dalam mazhab šāfiᶜian dan ḥanafian dalam isu perbezaan hukum melihat aurat yang hakiki dengan aurat yang tidak hakiki. Dengan kata lain, hukum melihat faraj pada pantulan cermin dan bayangan tidak sama dengan hukum melihat faraj yang sebenar-benarnya. Sila rujuk penulisan saya yang berjudul «Hukum Melihat Aurat Yang Bukan Hakiki».

Malangnya, golongan yang fanatik dengan šāfiᶜian, mengimposkan orang ramai untuk menganut mazhab ini di setempatnya serta mencela orang yang menyalahinya dan mengikritiknya berfatwa sebaliknya dalam permasalahan ini memandangkan pandangan ini tidak memihaknya, khususnya dalam perkara seksual!

Kedua, menganggap syahwat dan khayalan seks itu adalah termasuk sifat yang mengotorkan jiwa dan berdosa secara mutlak tanpa mempertimbangkan tahap pusaran jiwa yang sebenarnya untuk dikira sebagai berdosa. Sila semak penulisan saya yang berjudul «Adakah Syahwat Itu Sendiri Berdosa?».

Bahkan, sebahagian orang begitu gamblang mengatakan bahawa hukum lelaki berkhayal persetubuhannya dengan wanita ajnabi adalah haram secara mutlak, padahal Ibn Ḥajar al-Haytamiyy dan Ibn *Ābidīn sepertimana yang saya menyebutkan kupasan mereka dalam penulisan itu membahaskannya panjang tentang isu ini dan bukan simplistik seumpama sebahagian orang pada hari ini yang puritan acah-acah suci daripada seks.

Ketiga, menganggap bahawa melancap itu merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan bukan termasuk perilaku yang mulia walaupun terdapat ahli ilmu yang mengharuskannya. Padahal, sebahagian pakar kesihatan kini telah pun menjelaskan kebaikannya, manfaatnya dan panduan untuknya.

Keempat, menganggap bahawa seks oral adalah perbuatan yang tidak senonoh dan makruh. Jika boleh untuk bersedap-sedapan pada bahagian antara dubur, mengapa menikmati seks oral adalah tidak sopan? Inilah kerancuan sebahagian puritan dan rahib dalam agamawan.

Kelima. menyembunyikan terjemahan ₍Kawā*ib₎ dalam 「Surah an-Nabā^ ayat 33」 secara eksplisit yang membawa makna gadis atau bidadari yang berbuah dada bulat dengan lapikan seperti menyebut bidadari atau perawan semata-mata atas alasan rasa malu, sedangkan Allah tidak malu mengungkapkannya secara eksplisit.

Kalau sesiapa merasakan ini bukan puncak keseriusan terhadap keberagamaan puritan dan kerahiban yang acah-acah suci daripada seks tertanam dalam rata-rata muslimin, apa lagi yang lebih teruk menyembunyikan makna yang Allah menyebutkannya secara eksplisit?

Keenam, memandang sinis dan cemuh terhadap para agamawan yang membicarakan dan mewacanakan isu seks yang vital untuk umat seperti tips untuk memperoleh keseronokan dalam bersenggama agar tidak berlaku konflik dan rasa terseksa dalam aktiviti itu dan isu kesihatan berkaitan dengan aktiviti seks.

Ketujuh, menjadikan teks agama lain yang berkategori-X sebagai modal untuk memalukan dan mengaibkan penganut agama lain. Inilah yang saya lihat pada sebahagian laman sesawang dan blog yang cuba menggeladah sebahagian teks agama untuk memperolok-olokkan agama lain kerana ada assosiasi dengan tema seks, padahal dalam teks agama Islam juga ada sedemikian.

Kelapan, sebahagian orang tidak dapat menerima kesahihan hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- menyetubuhi sembilan isterinya dengan satu mandian. Ini pun sama seperti kes penyembunyian makna eksplisit pada perkataan ₍Kawā*ib₎ tadi.

Tidak pernahkah berfikir sejenak untuk mengenal pasti punca bagi penolakan ini? Kalau bukan disebabkan puritan yang memandang keji terhadap seksualiti dan rahib yang acah-acah suci daripada perkara seksual, apa lagi?

Kesembilan, sebahagian orang merasa negatif terhadap reaksi Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang timbul syahwatnya apabila seseorang wanita lalu di hadapannya. Bahkan, sebahagian orang sampai menolak kesabitan riwayat ini.

Saya pernah melihat sebahagian orang dicela kerana menyebutkan bahawa baginda juga bersyahwat kerana ingin menampilkan sifat kemanusiaan baginda. Seakan-akan perkataan ini tidak sopan disebutkan kepada sosok yang mulia menurut para pencelanya.

Apa beza mereka yang menolak hadis persetubuhan baginda dengan sembilan isteri dan yang menyembunyikan terjemahan makna eksplisit pada perkataan Kawā*ib₎ dengan orang ini? Tidak ada beza melainkan kadar ekstrim kerahiban dan puritan yang berbeza.

Kesepuluh, memandang keji perkahwinan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- dengan *Ā^išah yang berusia enam tahun yang selama ini tidak dipertikaikan pada zaman itu dan yang berhampiran dengannya. Mereka yang mencela ini sebenarnya tidak pernah meninjau bagaimana usia minimum yang legal untuk perkahwinan di Eropah pada zaman dahulu.

Kesebelas, undang-undang lebih berat sebelah untuk menekan pengguna pornografi berbanding perokok dan peminum arak yang jelas mudaratnya lebih besar. Bahkan, sikap masyarakat pun menampilkan pendekatan yang teruk.

Kalau diketahui sebahagian orang menonton pornografi, ada yang sampai dihalau dari kelas dan tidak dibenarkan lagi menghadiri kelasnya lagi atau diherdik habis-habisan sampai mahu ditengking dari pagi sampai malam. Akan tetapi, perokok lebih disantuni, bahkan tidak ada masalah untuk duduk bersama untuk bersosial.

Kesepuluh adalah ahli bahasa, terutamanya bahasa Arab, lebih-lebih lagi jika ia dari cendekiawan muslim enggan melibatkan diri untuk menyelesaikan isu masalah istilah dan perkataan untuk memuatkan makna yang berkaitan dengan seks sehingga menyebabkan berlakunya pertindihan makna yang tidak sesuai dan pembentukan makna berdasarkan kaedah yang tidak tepat, lalu ia tersebar secara berleluasa.

Saya telah mengupasnya secara lanjut di dalam penulisan saya yang berjudul «Cadangan Perkataan Bahasa Arab Yang Berkaitan Dengan Seksual».

Kesebelas adalah kajian seks secara saintifik seringkali dipinggirkan terutamanya dalam komuniti muslim sedangkan ia merupakan perkara yang paling dasar dalam perkahwinan dan rutin yang biasa dalam kalangan masyarakat. Ini perkara yang banyak telah saya ungkitkan dan wacanakan di pelbagai tempat.

Malah, apabila saya berkongsi tentang penulisan yang berkaitan dengan seks dari portal yang berautoriti, saya adakalanya mendapat respons dari sebahagian agamawan yang geli-geliman dengan wacana seksual dengan pertanyaan: "Apakah ini?" untuk mengingkari perbuatan saya. Padahal, ilmu tentangnya adalah kebaikan umum dan setiap orang yang menginginkan manfaat berhak mengambil tahu tentangnya.

Kedua belas adalah respons soal selidik dan temu ramah kadangkala dijawab berlainan apa yang difahami kerana pengaruh bias dan tidak mahu keluar daripada dogma masyarakat sekeliling. Secara sepintas, boleh rujuk penulisan saya yang berjudul «Kepentingan Mempelajari Dan Mengkaji Ilmu Seksologi».

Saya sama sekali tidak menafikan adanya konotasi yang memalukan pada isu seks, namun janganlah keterlaluan sehingga akhirnya merosakkan perkara lain yang mempunyai elemen seks hanya kerana memiliki dogma persepsi negatif terhadap seks. Kesannya sangat serius dan parah disebabkan penilaian sesuatu perkara berdasarkan sentimen, bukan neraca kematangan akal budi dan jiwa yang lurus kepada objektif.

Apabila saya cuba menentang keberagamaan dengan jubah puritan dan rahib walaupun rata-ratanya tidak mengaku sedemikian, sebahagian orang mencela saya sebagai orang miang yang bertarung untuk kepentingan berahinya. Namun, mereka sendiri buta kesan-kesan keberagamaan seperti ini.

Kalau contoh yang diberikan ini bukan yang serius dan parah, cukuplah kita sedar bahawa rata-rata umat kita ditimpa musibah pemikiran dan tanggapan yang merata lagi bertancap kuat.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621424182815866880/bicara-ringkas-seksual-26-akibat-yang-terjadi

com/post/621424182815866880/bicara-ringkas-seksual-26-akibat-yang-terjadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now