Bicara Ringkas 23

152 1 0
                                    

Analisis Surah An-Nūr Ayat 31 Pada Maksud Perhiasan Dan Hukum Memperlihatkan Aurat Kepada Yang Bukan Mahram

Firman Allah Subḥānahu Wa Ta*ālā :

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖوَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup dadanya dengan tudung mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan mereka atau hamba-hamba sahaya mereka atau pengikut lelaki yang tiada lagi keberahian atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan". [Surah an-Nūr ayat 31].

Sebahagian orang berpendapat perhiasan yang dimaksudkan ialah objek hiasan yang dipakai di beberapa anggota badan. Sebenarnya, pendapat ini tidak tepat. Perhatikan kalimah yang terdapat pada ayat tersebut seperti berikut :

أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ

"Atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan".

Maka, jelas bahawa perhiasan yang dimaksudkan ialah anggota tubuh badan, iaitu bahagian aurat. Tidak pada selainnya. Hal ini kerana Allah suruh menutup bahagian perhiasan, kemudian digandingkan dengan aurat pada satu ayat yang sama. Jelas, penafsiran perhiasan sebagai aurat adalah lebih dekat.

Manakala, memperlihatkan aurat pada yang bukan mahram adalah diizinkan melalui penyebutan ini :

أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ

"Atau pengikut lelaki yang tiada lagi keberahian atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan".

Pada kenyataan ini, di sini tiada pengkhususan hanya untuk mahram semata-mata dan diharuskan bagi membuka aurat kepada mereka. Sebab keharusannya ialah kerana mereka itu adalah golongan yang aman daripada fitnah disebabkan ketiadaan syahwat baginya. Maka, dengan memahami illah keharusannya, atas sebab itulah diizinkan untuk membuka aurat secara tidak langsung walaupun di hadapan orang yang memiliki syahwat selagimana illah itu tercapai.

Ibrah diambil pada keumuman dari setiap seginya, bukan pada kekhususan lafaz dan sebab semata-mata melainkan ditunjukkan baginya. Jika lafaz teks hanya menyebutkan perkataan tertentu, bukan semestinya pengamalan hanya bergantung pada yang disebut. Walaupun teks hanya menyebutkan pengikut yang tua yang sudah tidak memiliki keinginan seksual dan kanak-kanak, tetapi hal tersebut mengandungi illah yang mendirikan hukum padanya.

Misalnya, adalah penyebutan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- :

الْخَمْرُ مِنْ هَاتَيْنِ الشَّجَرَتَيْنِ : النَّخْلَةِ وَالْعِنَبَةِ

"Arak terdiri dari dua pohon ini; kurma dan anggur". [Ṣoḥīḥ Muslim, no. 3786].

Walaupun begitu, ia tidak difahami bahawa arak yang diambil kira cumalah terhad kepada dua ini sahaja. Ia adalah apa sahaja jua buah atau substansi yang bertujuan untuk memabukkan peminumnya. Penyebutan dua-dua ini adalah kerana ia adalah bahan yang dominan dan mudah diperoleh pada ketika itu, bukan untuk mengehadkan kepada kedua-dua itu sahaja. Maka, apabila ada bahan lain yang menepati illah pada kedua-dua bahan ini, maka ia tetap termasuk sekalipun tidak disebutkan.

Sedemikian juga dengan penyebutan pada ayat tersebut. Dua golongan yang disebutkan, iaitu orang tua yang tiada keinginan seksual dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat adalah kerana mereka ini aman daripada gangguan seksual jika kita memaparkan aurat kepada mereka, bukan untuk mengehadkan bahawa hanya mereka ini sahaja.

Sebahagian orang membezakan antara aurat ringan dan aurat berat untuk hal ini, namun pembahagian itu tiada dalil baginya sama sekali. Ibrah diambil pada keumuman dari setiap seginya. Apabila disebutkan perhiasan, iaitu aurat secara umum, maka tidak wajar mengkhususkannya kepada bahagian tertentu melainkan dibawakan dalil baginya. Sebagaimana tidak boleh mengkhususkan pengikut lelaki dan kanak-kanak kepada yang mahram sahaja, sedemikian juga dengan hal ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621287458432221184/bicara-ringkas-seksual-23-analisis-surah-an-n%C5%ABr

com/post/621287458432221184/bicara-ringkas-seksual-23-analisis-surah-an-n%C5%ABr

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu Seksualحيث تعيش القصص. اكتشف الآن