Bicara Ringkas 51 : Langkah Yang Dikira Menuju Ke Jalan Zina

54 0 0
                                    

Firman Allah Ta*ālā :

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَىٰ ۖ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

"Dan janganlah kalian menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat". [Surah al-Isrō^ ayat 32].

Sebahagian orang begitu keterlaluan menghukum sesuatu perbuatan atau bentuk interaksi antara lelaki dan wanita yang sesama mereka bukan mahram sebagai wasilah kepada zina secara gampang sehingga yang masih dalam lingkungan harus, terkawal dan tidak ada apa-apa masalah yang munasabah pun dikelompokkan bersama orang yang melangkah di jalan zina atau hampir sahaja menuduh seseorang ada keinginan untuk perbuatan tersebut.

Bahkan, mereka menjadikan sabda Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- yang ini :

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا ، أَدْرَكَ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ ، فَزِنَا الْيَدَيْنِ الْبَطْشُ ، وَزِنَا اللِّسَانِ النُّطْقُ ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي ، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ

"Sesungguhnya Allah Tābaroka wa Ta*ālā menetapkan ketetapan ke atas anak Ādam daripada zina. Ia akan mengenainya secara pasti. Maka, zina dua tangan adalah dengan memegang kuat. Zina lidah adalah pertuturan. Dan bagi jiwa adalah menginginkan dan menggemari. Kemaluan akan membenarkan yang itu dan mendustakannya". [Riwayat An-Nasā^iyy dalam as-Sunan al-Kubrō, no. 10164].

Sebagai pemangkin untuk menegaskan lagi pengharaman yang ingin dihukumkan dengan menuduh beberapa perbuatan yang tidak ada masalah padanya sebagai orang yang melakukan penzinaan pada anggota badan seperti mata, tangan, lidah dan lain-lain.

Perlu kita beringat bahawa menuduh sesuatu perbuatan itu sebagai dosa atau wasilah kepada dosa, apatah lagi menuduh seseorang itu ada niat untuk melakukan dosa dan menuju ke jalan-jalannya secara gampang adalah perbuatan yang jahat yang termasuk salah satu dosa, bahkan jenayah ilmiah lantaran kegopohan sekalipun atas alasan untuk memelihara agama orang sekeliling, melindungi mereka daripada kancah zina, mengelakkan fitnah dan pelbagai alasan yang lain lagi yang zahirnya murni.

Janganlah kerana alasan itu menyebabkan seseorang mencegah dosa dengan dosa yang lain atau menjustifikasikan sikap serampangan dan keterlaluan. Inilah yang selalu diabaikan oleh sebahagian orang yang bersemangat dalam sentimen keagamaan. Menuduh sesuatu itu haram dan berdosa, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya juga termasuk kemungkaran, dosa dan haram.

Kalaulah firman Allah Tabāroka Wa Ta*ālā tentang larangan mendekati zina itu difahami sedemikian, lalu diaplikasikan pada firman-Nya yang berikut :

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mereka bertanya tentang wanita yang haid. Katakanlah: "Ia adalah kesakitan, maka jauhilah wanita itu ketika haid dan janganlah kalian mendekatinya sehinggalah mereka suci. Apabila mereka suci, maka datangilah mereka dari arah yang Allah telah memerintahkan kalian. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri". [Surah al-Baqoroh ayat 222].

Adakah maksudnya suami tidak boleh tidur sekatil langsung dengan isteri yang haid kerana disebutkan larangan mendekatinya? Sebegitu juga aplikasi dengan firman Allah ini :

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualDonde viven las historias. Descúbrelo ahora