Bicara Ringkas 50 : Mengapa Membahaskan Isu Fiqh Seksual Secara Terbuka?

49 0 0
                                    

Kitab «Bulūġ al-Munā Fī Ḥukm al-Istimā^» karya aš-Šawkāniyy sememangnya karya yang menyambar kejutan kerana kandungannya bernuansakan tepisan terhadap dalil-dalil pengharaman terhadap hukum lancap sekalipun di akhir kesimpulannya, dia menghukumnya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kitab «Bulūġ al-Munā Fī Ḥukm al-Istimā^» karya aš-Šawkāniyy sememangnya karya yang menyambar kejutan kerana kandungannya bernuansakan tepisan terhadap dalil-dalil pengharaman terhadap hukum lancap sekalipun di akhir kesimpulannya, dia menghukumnya makruh atas faktor selain daripada istinbat langsung dari teks-teks agama yang sabit. Pandangan ini menghampiri pandangan pendahulunya, Ibn Ḥazm dalam «al-Muḥallā Bi al-Āṯār».

Muqbil bin Hādī al-Wādi*iyy dalam «Tuḥfah aš-Šāb ar-Robbāniyy Fī ar-Rodd *Alā al-Imām Muḥammad bin *Aliyy aš-Šawkāniyy» yang membantah karya yang disebutkan itu berangan-angan agar aš-Šawkāniyy tidak menulis judul seperti ini dan beberapa yang lain daripadanya.

Manakan tidak? Karya ini telah menyentuh isu sensitif dalam kalangan masyarakat, dibahaskan secara terbuka, dijadikan karya yang disebarkan kepada orang ramai dan melawan pandangan arus perdana yang mengharamkannya dan memandang buruk terhadapnya.

Bayangkan jika tiba-tiba salah seorang tokoh berpengaruh dalam masyarakat, bahkan negara-negara muslim menzahirkan pandangan yang menyalahi pegangan umum. Sudah tentu ia akan menyemarakkan lagi keresahan dan kegusaran bersama kehairanan yang meributkan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa perlu membahaskan isu ini yang boleh ditatapi oleh orang ramai dan disebarkan ke merata tempat serta menimbulkan polemik yang menggusarkan warga sekeliling yang telah lama berpegang dengan pendapat itu dan mewarisinya zaman berzaman? Ia boleh dilihat dari dua sudut.

Yang pertama adalah kita lihat pada perspektif penghasilan «Ifādah Ḏawī al-Afhām Bi Anna Ḥalq al-Liḥyah Makrūh Wa Laysa Bi Ḥarōm» karya *Abdul *Azīz bin Muḥammad bin aṣ-Ṣiddīq al-Ġumāriyy; tokoh ilmuwan berketurunan Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam-. Kitab ini membentangkan analisis bahawa mencukur janggut adalah sekadar makruh sahaja dan tidak sampai ke tahap yang haram.

Kenapa perlu menghasilkan karya yang akhirnya mencetuskan perbalahan terhadap rata-rata tokoh ilmuwan yang berpandangan bahawa ia adalah haram, malah memandang jelek terhadap orang yang mencukurnya? Jawapannya adalah pada mukaddimahnya.

Dia menjelaskan bahawa pengharaman ini sampai memasukkan seseorang itu termasuk dalam dosa besar, bersikap barbar terhadap hukum itu dan melaknat orangnya, bahkan sehingga mengatakan batal solat orang yang mencukurnya atas alasan ia menyerupai golongan kafir dan berhiasan seperti hiasan golongan nasrani dan Yahudi!

Dari sini, jelaslah bahawa ia bukan sekadar penghukuman haram sahaja. Ia juga memberi impak kepada interaksi dan tanggapan kita terhadap orang yang melakukan sesuatu yang haram di sisinya seperti memasukkannya dalam dosa besar dan melaknat orangnya. Ini bukan isu piscisan yang ditimbulkan kerana sengaja menbibitkan sensasi dalam masyarakat atau hanya sekadar beriadah dalam intelektualisme semata-mata.

Sebegitu jugalah mereka yang menghukum pengharaman lancap. Mereka tidak sekadar menyatakan bahawa ia adalah haram. Mereka juga ada yang memasukkannya dalam dosa besar, mengaibkan pelakunya apabila diketahui dan memasukkannya dalam hukuman takzir!

Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now