Bicara Ringkas 5

514 2 0
                                    

Sikap Sengaja Memalingkan Kepada Isu Lain Daripada Fokus Topik Perbincangan Yang Asal Dalam Isu Aurat Bukan Hakiki

Apabila saya membahaskan bahawa tidak haram melihat aurat yang bukan hakiki, ada orang sengaja memalingkan perbincangan dengan menyatakan bahawa khuatir akan orang terjebak dengan fitnah, menimbulkan syahwat dan bermacam-macam lagi.

Mereka tidak boleh membezakan teras perbincangan dan isu sampingan. Mereka tidak boleh membezakan hukum yang asal atau instrinsik dan hukum yang ekstrinsik atau yang mendatang.

Kita sekarang sedang membincangkan sama ada wujud atau tidak pemisahan hukum antara aurat yang sebenar pada anggota jasad dengan aurat yang diserupakan seperti anggota. Bukan berbahas tentang reaksi dan tindakan orang lain setelah mengetahui pendapat pemisahan hukum tersebut atau kesan kepadanya. Bezakan baik-baik! Jangan alih dan lari daripada topik yang asal!

Ini sama apabila kita mengatakan harusnya untuk menampakkan wajah bagi wanita, mereka akan mengatakan kecantikan wajahnya akan menimbulkan fitnah dan mencetuskan syahwat bagi orang lain. Mereka bukan mahu berbahas sama ada wajah wanita itu boleh dibuka atau tidak. Yang mereka mahu adalah beralih ke isu yang lain yang bukan perbahasan utamanya semata-mata untuk tidak mahu menampakkan keingkaran mereka terhadap keharusannya dan kegagalan mereka untuk membuktikan sebaliknya.

Tatktik beralasan khuatir fitnah, mencetuskan syahwat, penyebab tercalarnya maruah seorang muslim atau apa jua atas alasan untuk menjaga agama seseorang ini menjadi cara pintas untuk mengharamkan sesuatu dan menutup segala perbincangan mengenai legitimasi keharusan itu atau tidak. Pelbagai yang harus dan dibenarkan pada asalnya secara syarak menjadi haram disebabkan alasan ini.

Jika mereka tidak berjaya untuk membuktikan kesilapannya, mereka cuba buat gambaran buruk terhadapnya. Seolah-olah andaian mereka itulah yang akan terjadi. Semacam apabila kita mengatakan harus untuk memakan tujuh pinggan nasi jika itu sesuai dengan kadar perutnya dan laparnya, tiba-tiba mereka akan dalih bahawa itu akan melahirkan rasa tamak, tidak bersyukur kepada nikmat yang ada dan sebagainya semata-mata untuk menggambarkan memakan tujuh pinggan nasi itu adalah buruk setelah mereka tidak mampu menafikan fakta itu.

Sungguh keji permainan mereka. Penuh muslihat dan licik. Mereka sangka mereka boleh memperdaya Yang Maha Mengetahui isi jantung hamba-Nya untuk menutup pengingkaran mereka yang tersemat di lubuk sanubari mereka?

Merekayang sengaja melakukan jenayah ilmu dengan menciptakan imej yang tidaksepatutnya untuk sesuatu hakikat atau fakta, pasti akan menjerumuskan merekadalam kebodohan dan menempah kecelakaan.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621269328702193665/bicara-ringkas-seksual-5-sikap-sengaja

com/post/621269328702193665/bicara-ringkas-seksual-5-sikap-sengaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now