Bicara Ringkas 44 : Gurauan Seksual Bagi Pasangan Muslim

110 1 0
                                    

Firman Allah Ta*ālā :

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ

"Dihalalkan untuk kalian menyetubuhi isteri pada waktu malam bulan puasa". [Surah al-Baqaroh ayat 187].

₍Rofaṯ₎ (رفث) di sini merujuk kepada kata-kata yang keji sepertimana yang dinyatakan dalam «Jamharoh al-Luġoh» karya Abū Bakr Muḥammad bin al-Ḥasan al-Azdiyy, «al-*Ayn» karya Abū *Abdul Roḥmān al-H̱olīl bin Aḥmad bin *Amr bin Tamīm al-Baṣriyy, «Tahḏīb al-Luġoh» karya Muḥammad bin Aḥmad bin al-Azhariyy al-Harowiyy, «aṣ-Ṣiḥāḥ Tāj al-Luġoh Wa Ṣiḥāḥ al-*Arobiyyah» karya Abū Naṣr Ismā*īl bin Ḥammād al-Fārōbiyy, «Mujmal al-Luġoh» karya Ibn Fāris, «Mašāriq al-Anwār *Alā Ṣiḥāḥ al-Āṯār» karya *Iyāḍ bin Mūsā bin *Iyāḍ, «Muẖtār aṣ-Ṣiḥāḥ» karya Zaynuddīn Abū *Abdullah bin Abū Bakr al-Ḥanafiyy ar-Rōziyy, «Tāj al-*Urūs Min Jawāhir al-Qōmus» karya al-Murtaḍō az-Zabīdiyy dan «Lisān al-*Arob», karya Ibn Manẓūr, jilid 2, m/s 153, keluaran Dār Ṣōdir.

Malah, sebahagian mereka mendefinisikan bahawa ia merupakan ungkapan-ungkapan keji yang menunjukkan kepada aktiviti persetubuhan dan yang membawa kepadanya sehingga Abū al-Qōsim Maḥmūd bin *Amr az-Zamaẖšariyy dalam «Asās al-Balāġoh» menyatakan bahawa perlunya lapikan kerana kata-kata itu. Sememangnya benar jika ar-Rofaṯ itu disandangkan dengan ₍Ḥarf Jarr₎ ₍Ilā₎ (إلى) akan membawa kepada ₍al-Ifḍō^₎ (الإِفْضَاء), iaitu persetubuhan sepertimana yang disepakati oleh ahli bahasa.

Dalam al-Quran, ada sembilan lafaz lain yang digunakan untuk menunjukkan makna persetubuhan atau persenggamaan. Iaitu, ₍Atā₎ (أَتَى), ₍Massa₎ (مَسَّ), ₍Lāmasa₎ (لَامَسَ), Bāšaro (بَاشَرَ), ₍Istamta*a₎ (اسْتَمْتَعَ), ₍Afḍō Ilā₎ (أَفْضَى إِلَى), ₍Daẖola Bi₎ (دَخَلَ بِ), ₍Taġoššā₎ (تَغَشَّى) dan ₍Qoroba (قَرَبَ). Adakah kebetulan lafaz ₍Rofaṯa Ilā₎ (رَفَثَ إِلَى) digunakan sedangkan maksud asalnya adalah berkata-kata kotor? Adakah Allah bersikap lalai dalam memilih lafaz berkenaan? Apakah ini sekadar kalimah yang disebutkan tanpa mempeduli etimologi yang memberi kesan makna, rasa dan penghayatan?

Az-Zamaẖšariyy ketika mengemukakan sebab disebutkan ₍ar-Rofaṯ₎ yang menunjukkan maksud yang buruk ketika dikinayahkan bagi maksud persetubuhan :

استهجانا لما وجد منهم قبل الإباحة، كما سماه اختيانا لأنفسهم

"Kerana menganggap buruk terhadap apa yang menimpa sebahagian mereka sebagaimana Dia menamakannya pengkhianatan terhadap diri mereka sendiri". [Al-Kaššāf *An Ḥaqō^iq Ġowāmiḍ at-Tanzīl, jilid 1, m/s 230, keluaran Dār al-Kitāb al-*Arobiyy, Beirut].

Saya tidak menyetujui hal ini untuk dua sebab. Pertama, pendapat ini seolah-olah menyatakan Allah mahu menghukum mereka atas keterlanjuran mereka, sedangkan kehalalan yang Allah berikan ini semestinya bukan atas dasar mengherdik mereka secara sindir dan sinis. Ini bermaksud seolah-olah Allah tidak meredhai penganugerahan keharusan itu kepada hamba-Nya.

Kedua, Allah tidak menghalalkan sesuatu yang lawan kepada ₍aṭ-Ṭoyyibāt₎, iaitu ₍al-H̱obā^iṯ₎, iaitu sesuatu yang dianggap jijik. Tidak mungkin sama sekali Allah akan menyatakan kehalalan bagi sesuatu dengan ungkapan yang menggambarkan sifat buruk dan tercela padanya sehingga kehalalan itu tidak dapat didekati dan dinikmati secara senang.

Yang saya dapat cadangkan ialah Allah menyebut ₍ar-Rofaṯ₎ kerana Dia ingin menambahkan keseronokan dalam menikmati rukhsah dan keharusan yang Dia berikan kepada hamba-Nya. Bayangkan selama ini seseorang itu diharamkan untuk meneguk arak, lalu diizinkan untuk meminumnya semahu-mahunya setelah itu? Tentu sahaja ia kegembiraan yang hebat. Lebih-lebih lagi jika yang diharamkan dahulu kini dihalalkan dengan nada yang begitu eksplisit dan provokatif yang menggirangkan jiwa pendengar.

₍Ar-Rofaṯ₎ sebagai simbolik bagi menunjukkan dihalalkan untuk seseorang menggunakan apa sahaja cara yang lebih ekstrim, iaitu menggunakan kata-kata yang kotor supaya memperoleh kenikmatan paling maksima setelah kelonggaran yang diberikan.

Maknanya Allah bukan memberikan kelonggaran semata-mata untuk memberi pilihan sama ada untuk melakukannya atau meninggalkannya, tetapi Allah merangsang hamba-Nya supaya berlazat-lazatan kepada yang lebih ekstrim lagi dengan keharusan ini dengan mencipta iklim aktiviti itu dengan sesuatu yang hebat.

Ini seolah-olah Allah ingin berkata kepada hamba-Nya: "Berkata-kata kotorlah kepada isteri kalian yang mendorong kepada perhubungan seksual pada malam hari bulan puasa". Sama seperti jika dikatakan: "Teguklah arak dengan rakus sampai kalian mabuk". Bukankah ini memberi kesan rasa yang berbeza?

Ini bermaksud salah satu elemen hubungan seks ada penggunaan kata-kata kotor dalam menyalakan rangsangan dan kimia antara pasangan. Bagaimana mungkin ini dapat direalisasikan jika tidak menggunakan ungkapan yang eksplisit? Begitu juga bagaimana mungkin ungkapan sebegini dapat diserapkan dalam pengetahuan dan idea jika masyarakat sekitarnya tidak begitu giat dalam merutinkannya sehingga dapat mempengaruhinya?

Sekarang, jika kita terlalu bersopan sangat sehingga enggan mengakui ungkapan tidak senonoh itu sebahagian daripada bahasa tempatan seseorang, bagaimana mungkin ₍ar-Rofāṯ₎ pada ayat ini dapat direalisasikan?

Sebab itu perlu ada orang yang mahir perlu terkehadapan dalam hal ini untuk mengajar dan berkongsi supaya pasangan suami isteri memperoleh cetusan kreativiti atau mengaplikasikan cumbuan atau gurau senda yang sesuai dengan getaran perhubungan intim sesama pasangan. Sememangnya perlu ada pengajaran untuk fahami teknik gurauan dan percandaan yang berkesan untuk menceriakan lagi pergaulan suami dan isteri.

Kemudian, sememangnya perlu ada komuniti yang merangsang cetusan idea ini dalam perbualan. Pada saya, tidaklah salah jika sesama rakan berkongsi cara bermanja, beramah mesra, berjenaka dan membina keintiman.

Kalaulah masing-masing terlalu tertutup dan hal itu perlu untuk segenap keadaan, bagaimana seseorang dapat merealisasikan yang terbaik untuk mewujudkan ₍ar-Rofāṯ₎ bersama pasangannya kerana terkontang-kanting untuk mencari idea yang mendasar dan pembantu untuk menyuburkan ilham kepadanya?

Saya juga menyokong agar perkara ini sampai tidak terlalu terbuka ke tempat awam yang tidak sepatutnya. Sepertimana suami isteri kadangkala dilihat tidak senonoh apabila melakukan aktiviti yang dikira normal dalam perkahwinan seperti berpelukan, berciuman dan bergomol, seperti itu jugalah bicara dan gurauan tentang seks.

Saya mencadangkan bahawa ia hanya wajar dilakukan dalam kelas yang formal yang khusus untuk menyentuh tema seumpama berikut atau cukup dengan sesama komuniti atau bulatan teman yang boleh berinteraksi untuk bicara seperti berikut bagi mengelakkan kegusaran dan lebih banyak perbalahan dengan komuniti di luar.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/653277946147225600/bicara-ringkas-seksual-44-gurauan-seksual-bagi

com/post/653277946147225600/bicara-ringkas-seksual-44-gurauan-seksual-bagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now