Bicara Ringkas 21 : Tidak Perlu Khuatir Dengan Jin Yang Miang

187 0 0
                                    

Ada sebahagian agamawan bodoh mengeluarkan kenyataan bahawa seseorang tidak boleh tidur dalam keadaan berbogel kerana khuatir jin akan merogolnya tanpa dia sedar. Mengapa tidak keluarkan kenyataan supaya jangan bersetubuh sambil berbogel kerana khuatir jin akan sontot di dubur lelaki dan perempuan? Dalam keadaan mulut tidak tertutup, mengapa pula tidak khuatir bahawa akan ada jin yang melakukan nyepong? Sememangnya jelas ini merupakan kenyataan dari lidah yang nista dan hati yang kotor.

Rasulullah -ṣollallahu *alayhi wasallam- sendiri dalam riwayat Aḥmad menyuruh agar menjaga aurat melainkan apabila dengan isteri dan hamba sahaya. Tidak perlu khuatir apa yang diperlakukan oleh benda ghaib.

Kita tidak perlu menyibuk terhadap sesuatu yang baginda tidak memberi perhatian terhadap. Kalau kita tetap berikhtiar dengan ubat-ubatan walaupun hakikatnya kita tidak tahu kesan penyembuhannya, mengapa yang ini perlu dikhuatirkan?

Tidak perlu beralasan warak dan berjaga-jaga. Warak tidak menghalalkan perbuatan berlebihan. Sengaja meragukan yang telah jelas halal dan ₍aṭ-Ṭoyyibāt₎ adalah jalan-jalan yang mendekati kekufuran dan kesyirikan. Kalau pun warak, ia tidak ada kewajaran sama sekali untuk menjadi fatwa umum.

Hairan mereka lebih takut jin memperkosa secara senyap yang itupun sekadar andaian atau pengalaman peribadi yang terdedah dengan pertikaian, tetapi tidak takut untuk mengeluarkan kenyataan bebal dan menjijikkan akal.

Kalaulah ini begitu penting, kita pun yakin bahawa ahli ilmu seluruh dunia daripada dahulu sampai sekarang akan memperingatkan hal ini. Tidak hanya terbatas dalam wilayah nusantara sahaja.

Saya tahu ada sebahagian ahli fiqh menyatakan makruh untuk bersendirian dalam keadaan berbogel. Namun, alasan mereka bukan sebab jin atau gangguan dari alam ghaib. Malah, kalau tidur dengan berselimut pun, ia terkeluar daripada hukum makruh ini. Apapun, janganlah suka mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dalam agama ini.

Ambilan : https://amirkazuma.tumblr.com/post/621286800627007488/bicara-ringkas-seksual-21-tidak-perlu-khuatir

com/post/621286800627007488/bicara-ringkas-seksual-21-tidak-perlu-khuatir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Al-H̱iṭōb Al-Wajīz : Isu SeksualWhere stories live. Discover now